Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Norliza Wasilan
bhnews@bharian.com.my
Rakyat Malaysia bakal ke luar negara disaran patuhi panduan
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggariskan empat langkah pencegahan sebagai panduan untuk diambil rakyat Malaysia yang bakal ke luar negara, balik dari luar negara atau sedang berada di luar negara, bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak selesema babi yang sudah menular daripada manusia ke manusia.
Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, kementerian menasihati mereka mengambil langkah pencegahan itu susulan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4.
Empat langkah pencegahan itu ialah:
Menurut kenyataan itu lagi, semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sudah diarahkan untuk menasihati rakyat Malaysia di sana supaya berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di lokasi masing-masing.
Selain itu, kementerian sudah mengarahkan semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara untuk melakukan pemantauan berterusan serta mengemas kini Wisma Putra dengan maklumat mutakhir mengenai perkara berkenaan.
"Seramai 60 rakyat Malaysia berdaftar tinggal di Mexico, negara yang dikesan tercetusnya selesema babi dan lima lagi di negara Amerika Tengah, kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada wabak berkenaan," katanya.
Katanya, kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Amaran Selesema Babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau serta mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak itu daripada merebak ke Malaysia.
"Sehingga 28 April (kelmarin), tiada kes selesema babi dilaporkan di Malaysia dan tiada laporan rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti wabak itu.
"Kementerian akan terus mengeluarkan kenyataan media dari semasa ke semasa mengenai perkembangan wabak itu. Orang ramai dinasihati melaporkan kepada Bahagian Konsular, Kementerian Luar, di talian 03-8887 4000 sekiranya mereka mengetahui atau dimaklumkan sebarang kes (membabitkan rakyat Malaysia) oleh kawan, saudara mara atau rakan sekerja yang berada di luar negara," katanya.
Berita dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090430000754/Article/index_html
No comments:
Post a Comment