Wednesday, July 11, 2012

Road Kerb To Prevent U-turn

As per our last posting, we were very glad that action been taken to construct the road kerb at the junction coming to Jalan Desa Mewah and would like to take this opportunity to thank the party concerned.

 

For info,  the road kerb is just been construct late last week but one portion of the road kerb have been damaged due to a very inconsiderate road user. The function of the road kerb is to prevent the lorries or other vehicles to use this junction for U-turn as it will danger other road user especially from Desa Mewah and Sunway Semenyih. 


Even after construction of the road kerb, we still saw a lot of vehicles ignores it and made a U-turn at this junction.

We would like to advise all road use that use Sunway Semenyih Road not just think about yourself but safety of others. You may not lives at this 2 taman but be more conscious to safety of other resident especially children that use this road.

 BE CONSIDERATE TO OTHERS, DO NOT MAKE A U-TURN HERE

Sunday, July 1, 2012

BAHAYA SIMPANG JALAN SUNWAY SEMENYIH / DESA MEWAH

Salam Perpaduan,

Perhatikan betapa bahayanya simpang ini....watch this video...


Lori ini membuat Pusingan U tanpa menghiraukan keselamatan pemandu lain terutamanya yang ingin membelok masuk dan keluar ke / dari Desa Mewah. Perkara ini telah dibawa ke MPKj tetapi masih tiada tindakan yang dilakukan.

Simpang ini menjadi kegemaran lori mengangkut bahan binaan serta kereta yang ingin ke Kajang. Beberapa kejadian kemalangan telah berlaku sebelum ini dan wajarlan pihak yang berkenaan memikirkan sesuatu demi keselamatan penduduk Desamewah dan Sunway Semenyih.

Antara kesannya;


Walaupun bantahan / piket telah dibuat namun pihak berkuasa masih pekak dan buta dalam hal ini. Perlukah ada nyawa ang melayang baru mereka akan mengambil tindakan.

Kami warga Desa Mewah dan Sunway Semenyih mengharapkan tindakan dan pembaikan simpang ini supaya selamat untuk semua.

Keselamatan Desa Mewah

Salam Perpaduan,

Pihak RTDM telah pun kembali mengadakan kawalan keselamatan di beberapa pintu masuk ke Desa Mewah. Sepertimana yang diketahui oleh penduduk Desa Mewah, pihak RTDM telah bekerjasama dengan pihak RELA Semenyih untuk menyediakan kawalan keselamatan ini. 

Laluan  yang disediakan kawalan keselamatan adalah seperti berikut;

    1. Di jalan masuk ke Jalan 1 - kawalan meliputi Jalan 1 sehingga Jalan 6
    2. Di jalan utama ke rumah pangsa/Jalan 12 - kawalan meliputi Jalan 5 ke Jalan 8, 
        Jalan 11 ke Jalan 19 dan Jalan 20 ke Jalan 21 dan rumah flat.
    3. Di jalan 9 ke Surau - kawalan meliputi Surau / Jalan11 ke Jalan 19.

Kini pihak RTDM telah memulakan menaiktarap kawalan keselamatan dengan menyediakan beberapa pembaikan seperti;
    i) palang dimana RELA mengawal kenderaan keluar masuk di lokasi diatas
   ii) memasang pagar keselamatan disekitar kawasan yang difikirkan kawasan terbuka dimana semua 
       orang tidak kira dalam @ luar boleh masuk ke Desa Mewah.
  iii) palang di laluan keluar masuk (pintu kecil) disediakan di Jalan 18 untuk kemudahan penduduk 
        untuk ke Semenyih tetapi hanya pada waktu2 tertentu sahaja (pagi / tengahari / petang).




Namun begitu pihak RTDM masih mengharapkan kerjasama dan  sokongan padu penduduk untuk menjayakan lagi kawalan keselamatan di Taman Desa Mewah. Status terkini pembayaran untuk unit keselamatan yang menyediakan kawalan keselamatan ini di tahap 50% sahaja. Masih ramai lagi yang tidak memberikan sokongan padu kepada pihak RTDM. 

Dimaklumkan kepada warga penduduk Desa Mewah, bayaran yang dikenakan hanya digunakan untuk pembayaran kepada pihak RELA secara bulanan dan juga untuk menaiktaraf perkhidmatan kawalan keselamatan. Sekiranya penduduk masih sangsi terhadap pengurusan kewangan RTDM penduduk adalah dialu-alukan untuk berhubung dengan pihak Pengerusi dan Bendahari RTDM untuk menyemak akaun kewangan RTDM. 

Penduduk juga dialu-alukan untuk hadir dalam mesyuarat bulanan untuk bertanya atau memberikan pendapat dan pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan RTDM. Kami sebagai wakil suara penduduk Desa Mewah akan cuba memberikan yang terbaik dengan sokongan padu semua penduduk.

Pihak RTDM juga khuatir sekiranya pembayaran kepada Unit Keselamatan ini berkurangan, kemungkinan perkhidmatan kawalan keselamatan juga akan mendapat kesan negative (mungkin dibubarkan lagi).

Pihak RTDM dengan serius mengharapkan kerjasama dan sokongan padu semua warga penduduk Desa Mewah demi menjaga keselamatan, kemakmuran dan keselesaan penduduk menjalani kehidupan harian di taman ini.