Saturday, January 31, 2009

Anjing Liar

Desa Mewah, 30 Januari 2009.


Masalah anjing liar yang berkeliaran di taman ini adalah satu isu yang lama. Beberapa aduan telah pun dibuat dan difahamkan Jabatan Penguatkuasa MPKJ (Bahagian Haiwan ) telah beberapa kali datang untuk menangkap anjing-anjing tersebut namun gagal.

Anjing liar yang berkeliaran di Jalan 5.


Anjing liar seperti bersedia untuk mengejar penduduk.


Anjing liar ini amat merbahaya kerana telah berlaku beberapa kejadian kanak-kanak dari taska serta rumah barhampiran telah dikejar oleh anjing-anjing tersebut. Walaupun tiada kemalangan atau kecederaan di laporkan namun ianya memungkinkan kejadian yang tidak diingini akan berlaku.


RTDM difahamkan juga bilangan anjing-anjing ini kini telah berkurangan daripada tahun lepas tetapi ianya masih lagi menjadi ancaman kepada penduduk.


RTDM mengharapkan penduduk tidak memberikan makanan kepada anjing-anjing liar ini kerana ini akan menyebabkan bilangan anjing ini akan bertambah dan seterusnya akan menjadi masalah di taman ini.


RTDM juga ingin menarik perhatian pemilik-pemilik anjing supaya tidak melepaskan anjing-anjing mereka terutamanya diluar kawasan pagar mereka tanpa kawalan. Diharapkan juga agar anjing-anjing mereka tidak dibawa ke taman permainan kanak-kanak kerana ianya akan menjadi isu sensetif terutamanya kepada warga Desa Mewah yang beragama Islam.


Ianya juga akan membahayakan kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu terutamanya diwaktu petang.



Anjing liar cuba masuk ke dalam kawasan pagar dan menyelongkar tong sampah.

Kerjasama semua pihak amat diharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan.

Tuesday, January 27, 2009

Sambutan Gong Xi Fa Cai DM 2009

Pihak RTDM akan menganjurkan sambutan Gong Xi Fa Cai seperti tahun-tahun yang sebelumnya peringkat Desa Mewah. Oleh yang demikian, seluruh warga Desa Mewah adalah dialu-alukan untuk beramai-ramai hadir ke majlis sambutan ini untuk sama-sama memeriahkannya.
Majlis tersebut dijadualkan akan diadakan pada;
Tarikh: 15 Februari 2008 (Ahad)
Masa: 2.00 - 4.30 petang
Tempat: Hadapan Bilik Gerakan RT Desa Mewah
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!!
Sekiranya tuan/puan sudi menyumbangkan makanan/minuman, jemputan tarian singa dan sebagainya adalah sangat dialu-alukan.
Keterangan lanjut boleh diperolehi di Bilik Gerakan RTDM.

Latihan Kompang

Desa Mewah, 27 Januari 2009.

Rukun Tetangga Desa Mewah telah mengadakan aktiviti kompang untuk penduduk yang berminat. Telah bermula sejak tahun lepas (2008), latihan diadakan pada hari Jumaat malam setiap minggu.
Pasukan kompang sekarang diketuai oleh Cikgu Razak, menjemput para penduduk yang berminat untuk menyertai aktiviti ini tidak kira veteran ataupun anak muda yang memerlukan aktiviti yang seumpamanya.
Pasukan kompang Desa Mewah ini telah mendapat jemputan untuk majlis kenduri kahwin sekitar Semenyih dan Bangi. Aktiviti sihat ini dapat mencernakan suasana yang ceria di taman ini.
Untuk maklumat lanjut, info boleh diperolehi di kaunter RT yang dibuka pada setiap malam jam 9.30 - 12.00 malam.

Sunday, January 25, 2009

Penyertaan Unit Keselamatan RTDM

Penduduk Desa Mewah adalah dialu-alukan untuk menyertai Unit Keselamatan RTDM.


Tujuan unit ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memantau keselamatan di Desa Mewah. Untuk menyertai unit ini, penduduk bolehlah berhubung dengan AJK terlibat atau datang sendiri ke kaunter bilik gerakan RTDM setiap hari bermula jam 9.30-12.00 malam.


Yuran bulanan hanyalah RM 25 sebulan. Setiap penyertaan akan diberikan pelekat rumah RTDM secara percuma. Warga Desa Mewah juga boleh mendapatkan sticker kereta dan motor di kaunter berkenaan dengan harga RM 3.00 setiap satu.

RTDM telah menyediakan pengawal keselamatan seramai 3 orang untuk pengawal siang dan 3 orang untuk malam. Rondaan diadakan setiap sejam untuk memantau serta meninjau keadaan dikawasan Desa Mewah.

Pondok pengawal didirikan di pintu utama (laluan utama) serta dijalan 17 yang dikawal 24 jam (laluan utama) dan 12 jam ( jalan 17).

Demi memastikan unit keselamatan terus wujud di Desa Mewah, keahlian warga Desa Mewah amat-amat kami harapkan dan hargai.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, silalah emailkan ke rukuntetanggadesamewah@gmail.com atau datang ke bilik gerakan RTDM untuk perbincangan. Tuan/puan juga dialu-alukan untuk memberikan pendapat, buah fikiran atau apa jua yang dapat memajukan lagi unit ini serta RTDM amnya.



DEMI KEHARMONIAN,KESEJAHTERAAN, KESELAMATAN DAN KESEPAKATAN DESA MEWAH.




RUKUN TETANGGA DESA MEWAH MENGUCAPKAN
GONG XI FA CAI
KEPADA SELURUH WARGA DESA MEWAH YANG MENYAMBUT PERAYAAN TERSEBUT.
KEPADA YANG BALIK KE KAMPUNG HALAMAN, SEMOGA PANDU KENDERAAN BERHATI-HATI, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK & BOLA JARING TERTUTUP DESA MEWAH

Desa Mewah, 25 Januari 2009.
Seperti yang telah di jadualkan, RTDM telah berjaya menganjurkan pertandingan bola sepak & bola jaring tertutup Desa Mewah pada 24 Januari 2009.
Pertandingan telah dimulakan dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada lebih kurang jam 6.30 petang.

MC (DJ) tetap yang bertugas ialah Cikgu Razak.


Untuk pertandingan bola sepak, sebanyak 6 pasukan telah terlibat iaitu :
1. AC Milan
2. Barcelona
3. Celtic
4. FC Porto
5. Liverpool
6. Real Madrid

Bermain secara liga iaitu setiap pasukan berlawan akan berentap sebanyak lima kali, empat pasukan yang mempunyai mata tertinggi telah memasuki peringkat separuh akhir.

Pasukan yang berjaya ke separuh akhir ;
i) Barcelona
ii) AC Milan
iii) FC Porto
iv) Celtic
Pasukan yang berjaya melangkah keperingkat akhir ialah Barcelona & Celtic.
Juara untuk tahun ini ialah Pasukan Celtic yang diketuai oleh Shahrudin Shaari menewaskan pasukan Barcelona 1-0.
Penjaring terbanyak : Adik Mahathir
Pemain terbaik:


Remaja : Adik Mahathir

Veteran: Tn. Hj Anuar
Untuk pertandingan bola jaring pula, terdapat 4 pasukan yang bertanding. Perlawanan diadakan secara liga sekumpulan dan 2 pasukan yang menpunyai mata tertinggi layak ke pertandingan akhir.


Juara untuk pertandingan bola jaring ialah pasukan Desire yang diketuai oleh Puan Shima.
Pemain terbaik ialah Puan Shikin dari pasukan Desire.
Upacara penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh YB Johan Abdul Aziz, ADUN Semenyih. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa acara yang sedemikian baik untuk keharmonian, kesepakatan penduduk. Diharapkan semua kaum juga terlibat dalam acara-acara sebegini.


KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN DEMI HIDUP YANG LEBIH SIHAT.

HIDUP SUKAN UNTUK DESA MEWAH.

Sunday, January 4, 2009

Desa Mewah Closed Tournaments: Football & Netball

3rd January 2009, Desa Mewah,
A discussion with the AJK for the Desa Mewah Closed Tournaments for Football and Netball was held last night and been chaired by En. Norman (SU).
The discussion was to finalize the date and also the preparation for the events. Among the matters that been finalize are;
i) Date for the tournaments been changed from 10 Jan 2009 to 24 Jan 2009 for both footbal and netball due to info from the teachers that on the 10th January 2009 is a replacement school day for some schools.
ii) The event to be hold concurrently and the AJK for both will be picked and confirmed later.
iii) The target for the football is to have 8 teams (13 players/team) and for the netball of 6 teams (10 players/team).
iv) The events will be one day events which starts at 8.00am till complete (FINAL)
v) There will be a 'Piala Pusingan' for both events and this tournament is to be yearly fixture for Desa Mewah.
vi) This events are open only to Desa Mewah and RTDM wants the residents to give their support to the events.
vii) Each player to pay RM 10 (Football) and RM 5 (Netball) fee ( for the cenderahati/medals etc).
For further info, residents can go direct to RTDM counter or AJK RTDM. This events are not for one race but available to all the residents. RTDM wants involvements from the residents where we could know each other and we do our part by showing unity among the residents.
FOOTBALL & NETBALL TOURNAMENTS
DESA MEWAH CLOSED
DATE: 24 JANUARY 2009 (SATURDAY)
PLACE: PADANG DESA MEWAH
TIME: 8.00 AM - 6.30 PM
REGISTRATION CLOSING DATE: 17 JANUARY 2009
ALL RESIDENTS ARE INVITED TO TAKE PART IN THE EVENTS!!