Monday, September 3, 2012

Kejayaan Polis Selangor, LAPAN DITAHAN PECAH RUMAH

Dipetik dari Portal Rasmi PDRM:  http://www.rmp.gov.my/index.cfm
Sepasukan polis dari kontinjen Selangor menahan lapan lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam satu kejadian pecah syarikat pengiklanan milik seorang ahli pernigaan di Seri Kembangan. Hasil tangkapan yang dilakukan, pihak polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Serdang melibatkan kumpulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Adnan bin Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 26 tahun sehingga 52 tahun dan dua daripada mereka mempunyai rekod lampau kesalahan dadah. Beberapa peralatan pecah rumah antaranya alien key, pemotong kunci manga, monitor, mesin pengimbas dan cpu turus dirampas. 

Kesemua suspek ditahan dibawah seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan direman.





Panduan Pencegahan Jenayah

Dipetik dari Portal Rasmi PDRM:  http://www.rmp.gov.my/defaultbase.cfm?path=main/pencegahan.cfm?mod=21&recID=381

Senarai Panduan Pencegahan Jenayah :
.......................................................................................................................................................
PENYELUK SAKU
cara untuk menghindari penyeluk saku:

·   Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
·   Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
·   Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli-belah.
·   Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
·   Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
·   Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

JENAYAH SIBER

PDRM sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan jenayah seumpama ini. PDRM ingin menasihatkan semua pengunjung Internet supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri menjadi mangsa penipu siber.

BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA PENIPU SIBER? 
TIPS BAGI MENGELAKKAN DARIPADA DITIPU DI ALAM SIBER
  1. Sebelum berurusan jual beli di Internet, pastikan dahulu identiti orang yang anda berurusan adalah betul.
  2. Pastikan anda tahu maklumat-maklumat penting penjual tersebut seperti alamat, nombor telefon,email dan maklumat- maklumat penting lain.
  3. Sila buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepada anda. Pastikan ia adalah nombor akaun milik penjual yang sebenar.
  4. Sekiranya anda ada berhubung dengan penjual melalui email, sila simpan email tersebut bersama-sama dengan ムFull Email Headerメ.
  5. Sekiranya anda ada berhubung melalui telefon dengan penjual tersebut, sila simpan segala log file yang ada termasuk   sms dan ムlog fileメ dan ムcall historyメ.
  6. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
  7. Cuba elakkan daripada membeli barang-barang yang ditawarkan di Internet pada harga yang terlalu murah daripada harga asal oleh orang persendirian.

LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA BERTEMU ATAU MENJADI MANGSA PENIPU SIBER

TIPS JIKA DITIPU DI ALAM SIBER
  1. Cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di ムWallメ, ムPrivate Messageメ, email, sms,telefon dan sebagainya.
  2. Cetak maklumat-maklumat penjual/ suspek yang terdapat di akaun facebook tersebut.
  3. Cetak gambar-gambar produk yang ingin dibeli tersebut.
  4. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
  5. Bawa semua perkara di atas kebalai polis dan buat laporan polis secepat yang mungkin.
  6. Teruskan berhubung dengan suspek dan melengah-lengahkan agar komunikasi dengan suspek tidak putus.
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai penipu siber, sila salurkan maklumat  ke mcc@rmp.gov.my untuk tindakan dan siasatan pihak polis.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku :-

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna モtimerヤ, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada. 12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

Perlindungan keselamatan keadaan rumah:

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang ムdoor viewerメ dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan ムCCTVメ.
6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untukmengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung,terutamanya ketika musim perayaan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


KECURIAN KENDERAAN
TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:

·   Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini.

CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
·    Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
·    Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.
·    Pastikan juga kereta sentisa dikunci.
·   Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
·    Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta.
·     Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting)

CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:
·    Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
·    Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
·    Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu.
·    Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri.
·   Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

RAGUT

di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:

·    Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·   Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka. 
bagaimana ia boleh belaku:
·    Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
·    Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
·    Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
·    Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
·    Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.

langkah-langkah keselamatan dari ragut:
·    Sentiasa membawa wang secara minima.
·    Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
·   Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
·    Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
·    Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
·   Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
·   Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
·   Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
·    Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
ROGOL

cara-cara mengelak dari kejadian rogol:

·   Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
·   Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
·    Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
·    Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
·   Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
·    Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
·   Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
·   Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
·   Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
·    Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
·   Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
·   Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
·    Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama. 

mengatasi ancaman rogol:
·   Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
·    Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
·    Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
·   Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
·   Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
·   Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
rompak/samun
ROMPAKAN DI RUMAH

·    Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
·    Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
·   Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
·   Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN di tempat awam
·   Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang berpeleseran di kawasan lif.
·    Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.
·    Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
·    Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
·    Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
·    Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.
·   Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam.
·   Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.

apa perlu dilakukan apabila anda dirompak.
·    Anda perlu bertenang.
·    Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
·   Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
·   Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
·   Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.
 
 

BERSAMA-SAMALAH KITA WASPADA DENGAN PERSEKITARAN, ELAKKAN DARI BERJALAN BERSEORANGAN DI TEMPAT GELAP DAN SUNYI, ELAKKAN DARI MENERIMA PELAWAAN DARI ORANG YANG TIDAK DIKENALI, SENTIASA PEKA TERUTAMA DI KAWASAN LETAK KERETA, SEKIRANYA NAMPAK SESEORANG YANG MENCURIGAKAN LAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA (CATAT NO KENDERAAN, AMATI KEADAAN FIZIKAL SBG), TIDAK MEBALAS EMAIL DARI PIHAK YANG MENCURIGAKAN DAN PASTIKAN PERKARA TERSEBUT DENGAN PIHAK YANG BERKAITAN DAN YANG PENTING BEKERJASAMA ANTARA KITA, SESAMA JIRAN SBG.

Berita Semasa : Op Selamat Lebih Positif

Dipetik dari Portal Ramsi Polis Diraja Malaysia:  http://www.rmp.gov.my/

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel shahriman.


Bukit Aman - 29 Ogos. "Saya berpendapat kempen Op Selamat ini telah menunjukkan impak yang positif, khususnya dari aspek sikap pengguna-pengguna jalan raya." Kata YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pada Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Op Selamat 2012 yang telah diadakan di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.

Dari segi bilangan kes, sebanyak 17,937 kemalangan telah dicatatkan pada tahun ini berbanding dengan 19,606 kes bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 1,669 kes.

Berbanding dengan Ops Sikap ke-24, jumlah kemalangan telah menurun sebanyak 8.5 peratus, jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 12.7 peratus dan jumlah kematian menurun sebanyak 15.9 peratus.

Bagi kemalangan maut pula, sebanyak 226 kes telah dicatatkan, melibatkan 243 kematian pada tahun ini, berbanding 259 kes pada tahun lepas yang melibatkan 289 kehilangan nyawa dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 46 kematian.

Menurutnya lagi, penglibatan penguatkuasaan dari agensi-agensi lain telah menjuruskan kepada penurunan kadar kemalangan dan maut. Dalam masa yang sama, faktor kesedaran orang ramai mengenai kempen keselamatan ini juga mungkin menyebabkan mereka lebih berhati-hati ketika di jalan raya kerana menyedari mereka sedang di perhatikan.

Di dalam tempoh cuti hari raya ini juga, menurut YDH Ketua Polis Negara, PDRM telah mendapat respon yang menggalakkan daripada orang ramai iaitu sebanyak 26,726 tuan rumah telah menggunakan saluran seperti SMS dan Hotline Rakan COP, serta menghantar borang balik kampung di balai untuk memaklumkan kepada pihak polis berkaitan rumah yang ditinggalkan kosong semasa perayaan dan pihak polis telah menjalankan sebanyak 67,807 lawatan dan pemantauan ke rumah-rumah tersebut.

Di majlis ini juga, YDH Ketua Polis Negara turut menyampaikan Anugerah Pemandu Berhemah kepada 50 orang pemandu berhemah iaitu terdiri daripada 10 orang pemandu bas, 10 orang pemandu motokar dan 30 orang penunggang motosikal yang dipilih di atas rekod pemandu-pemandu yang bebas daripada saman polis untuk 3 tahun kebelakangan.

Bagi kategori daerah, tempat pertama dimenangi oleh IPD Batu Pahat, IPD Subang Jaya di tempat kedua dan IPD Kulai Jaya di tempat ketiga.

Bagi kategori Kontinjen pula, Kontinjen Sabah di tempat pertama, Kontinjen Terengganu di tempat kedua dan Kontinejen Kelantan ditempat ketiga.

Turut hadir pada majlis ini ialah YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid Pengarah KDN/KA PDRM, Y.Bhg Datoメ Noorizah binti Abdul Hamid Pengarah Urusan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (PLUS), Yang Berbahagia Encik Hamdan bin Ismail Naib Presiden Jualan Sektor Kerajaan Telekom Malaysia, Y.Bhg Datoメ Dr. Kuljit Singh Ear Nose Throat Konsultan Prince Court Medical Centre, Y.Bhg Prof. Dr Wong Shaw Voon Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Y.Bhg Encik Leslie Leon Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Kontinjen, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.


Antara yang hadir.


Antara yang hadir.


Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.


Bersama tetamu.


Bersama tetamu.


Antara yang hadir.


Antara yang hadir.


Antara yang hadir.


Ucapan dari YDH Ketua Polis Negara.


Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.


Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.


Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.


YDH  Dato' Hj Hamza Bin Taib, PJP Sabah menerima anugerah Kontinjen Terbaik.



Gambar kenangan.


Latar Belakang Parlimen Hulu Langat

Hulu Langat

Hulu Langat is a district (daerah) and parliamentary constituency located between Kuala Lumpur and Putrajaya. Being located in the southeast corridor of the Klang Valley, it is quietly booming. The constituency encompasses the Kajang, Semenyih and Dusun Tua state seats.
It is the fifth largest district in Selangor with a population of 915,667. It has a mix of urban and rural settlements with a majority of the population settling in towns near Kuala Lumpur. These population centers, such as Cheras and Ampang effectively became suburbs of the greater metropolitan area.

Population

City folks who want some peace and quiet away from the rat race in Kuala Lumpur are investing in properties here and settling down in new townships such as Bandar Sungai Long and Sunway Semenyih.
According to the Population and Housing Census Malaysia 2000, Hulu Langat's population increased from 177,900 in 1980 to 413,900 in 1991 and 865,500 in 2000. Malays make up 53%, followed by the Chinese (36.5%), Indians (9.7%) and others (0.8%).
The number of registered voters as of September was 87,839 scattered in Kajang (29,095), Semenyih (27,203) and Dusun Tua (31,541).

Federal Parliament and State Assembly Seats


List of Hulu Langat district representatives in the Federal Parliament (Dewan Rakyat)

Parliament  ↓ Seat Name  ↓ Member of Parliament  ↓ Party  ↓
P99 Ampang Zuraida Kamarudin PKR
P100 Pandan Ong Tee Keat BN
P101 Hulu Langat Che Rosli Che Mat PAS
P102 Serdang Teo Nie Ching DAP

List of Hulu Langat district representatives in the State Legislative Assembly (Dewan Undangan Negeri)

Parliament  ↓ State  ↓ Seat Name  ↓ State Assemblyman  ↓ Party  ↓
P99 N20 Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz PAS
P100 N21 Chempaka Iskandar Abdul Samad PAS
P100 N22 Teratai Lee Ying Ha DAP
P101 N23 Dusun Tua Ismail Sani BN
P101 N24 Semenyih Johan Aziz BN
P101 N25 Kajang Lee Kim Sin PKR
P102 N26 Bangi Shafie Abu Bakar PAS
P102 N27 Balakong Yap Lum Chin DAP

Thursday, August 30, 2012

Latar Belakang Rukun Tetangga

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.
Sehingga Mac 2009, sebanyak 557 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di negeri Selangor. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
Logo Rukun Tetangga
 
Pengertian Logo
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

1. Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
2. Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
3. 5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
4. 2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
5. Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
6. Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
7. Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
8. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.
                          

Senarai Pegawai JPNIN Daerah Hulu Langat

Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat

Alamat :

Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat
No 15G, 15 A-1 & 15 B-B Bangunan Reko Sentral, Jalan Reko Sentral 1, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Telefon :

03-8734 2110
Fax :
03-8737 1106

E-Mail :

ppdhululangat@jpninselangor.gov.my

Senarai Pegawai :



En. Ahmad Radzi bin Arif
Pegawai Perpaduan Daerah
 
  
 
En. Muniandy a/l Murugan
Pembantu Pembangunan Masyarakat
 
 
 
Puan Noorzilawati bt. Mohd Sharif
Pembantu Pembangunan Masyarakat
 
 
 
 
Pn. Adawiyah bt. Mohd Noor
Pembantu Pembangunan Masyarakat
 
 
 
En. Muhamad Nur Izuan Bin Abdul Hamid
Pembantu Pembangunan Masyarakat
 
 
 
En. Md. Noor bin Yusof
Pembantu Am Pejabat

Senarai Pegawai JPNIN Negeri Selangor

Ibu Pejabat

Alamat :

Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Selangor
(Jabatan Perdana Menteri)
Tingkat 9,Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran
Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
 

Telefon :

03-5518 4617
03-5518 4618
03-55107989
03-5519 5514

Fax :

03-5519 5319 (Pengurusan)
03-55102376 (Operasi)
 

Senarai Pegawai :

 
Y.Bhg. Tuan Hj. Abdul Halim Bin Omar
Pengarah
JPNIN Selangor
 
 
 
KOSONG
Timbalan Pengarah
JPNIN Selangor
 
 
 
En. Muhammad Fithal Bin Din
Penolong Pengarah (Rukun Tetangga)
 
 
 
Puan Syuhairah Binti Abdul Sukor
Penolong Pengarah (PMIN)
 
 
KOSONG
Penolong Pengarah (Pengurusan)
 

Puan Siti Zuraidah bt. Abdul Majid
Penolong Pengarah (Pendidikan)
 
 Y.M Cik Raja Razilah bt. Raja Razak
Penolong Pengarah (Latihan)
 
 
Puan Nur Hidayah bt. Nadzif
Pembantu Pembangunan Masyarakat (PMIN)

En. Mohd Rizal bin Sohari
Pembantu Pembangunan Masyarakat (PMIN)
 
 
Zaifuddin bin Abdul Hamid
Pembantu Pembangunan Masyarakat (Rukun Tetangga)
 
 
Puan Siti Suriaty bt. Ibrahim
Pembantu Pembangunan Masyarakat (Rukun Tetangga)
 






En. Mohamad Azahari bin Mohamed Zin
Pembantu Pembangunan Masyarakat (Rukun Tetangga)
 
 
Cik Alifah Bt. Md. Isa
Pembantu Pembangunan Masyarakat (Pendidikan)
 
 
Puan Norzarina Bt. Sohada
Pembantu Pembangunan Masyarakat (Pendidikan)
 
 
Tn. Hj. Mispar bin Sabar
Pembantu Tadbir (Kewangan)
 
 
Puan Azura bt. A.Rahim
Pembantu tadbir (Kewangan)
 
 
En. Mokhsin Bin Misram
Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi)
 
 
Puan Halimah bt. Mudasir
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
 
 
Puan Iedura bt. Mohd Noor
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
 
Puan Ida Rohaina bt. Moktar
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
 
 
En. Nor Azman bin Zainuddin
Pembatu Am Pejabat
 
 
En. Hozi Azwar bin Othman
Pemandu kenderaan Bermotor
 
 
En. Fairuz bin A.Rahman
Pembantu Tadbir (Sambilan)
 
 
En. Hazeq Asraf bin Mohd Nazari
Pembantu Tadbir (Sambilan)
 
 
En. Mohd Azizi bin Sohaimy
Pembantu Tadbir (Sambilan)
 
 
Cik Noor Maliya Aqilah bt. Osman
Pembantu Tadbir (Sambilan)
 
 
Cik Rosmidah bt. Md. Yusoff
Pembantu Tadbir (Sambilan)
 
 
Cik Junaina bt. Khamis
Pembantu Tadbir (Sambilan)