Monday, September 22, 2008

Langkah Keselamatan Sempena Raya Puasa 2008

Sempena menyambut Raya Puasa 2008 ini, pihak RTDM menyarankan beberapa langkah yang perlu untuk warga Desa Mewah untuk memastikan keselamatan harta benda mereka.
Antara langkah-langkah yang disarankan ialah:
  1. Pasang lampu didalam rumah (ruang tamu) atau depan rumah.
  2. Pastikan semua tingkap, pintu serta grill dikunci dengan sempurna.
  3. Pastikan menghentikan langganan suratkhabar kerumah anda semasa cuti raya ini.
  4. Hantar nama ke RTDM untuk dihantar ke pihak polis supaya rondaan dapat dibuat sepanjang cuti ini.
  5. Penduduk yang tidak pulang ke kampung dapat memberikan kerjasama membantu untuk mengawasi rumah jiran masing-masing dan laporkan kepada pengawal atau terus ke pihak polis sekiranya ada kejadian yang mencurigakan.
  6. Pastikan GAS memasak di cabut kepalanya untuk mengelakkan kebocoran gas.
  7. Sekiranya perlu, cabut semua soket elektrik supaya tidak berlakunya litar pintas.

Pengawal keselamatan akan mengawal 24 jam di pintu utama masuk ke taman ini dan juga pondok di jalan 17. Rondaan akan dipertingkatkan sepanjang cuti raya ini.

Akhir sekali pihak RTDM merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang warga Desa Mewah berikan selama ini dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang dan meramaikan lagi penglibatan warga DESA MEWAH.

Penulis blog ini sebagai wakil pihak RTDM megucapkan;

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

PANDULAH BERHATI-HATI PERGI DAN BALIK KE KAMPUNG HALAMAN ANDA. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

Semua warga DESA MEWAH dijemput ke Majlis Rumah Terbuka RTDM yang akan diadakan kelak selepas raya ini. Tarikh dan masa akan diberitahu kelak.

Mesyuarat Bulan RTDM 09/2008

27 September 2008, Desa Mewah, Semenyih


Pihak RTDM telah mengadakan mesyuarat bulanannya bagi Bulan September 2008. Ianya telah dipengerusikan oleh En. Zaidi Mohd Hashim (Pengerusi RTDM). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil setiap kaum walaupun agak ramai AJK yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu.

Agenda mesyuarat pada kali ini membincangkan;


  1. Ucapan kata-kata aluan Pengerusi RT
  2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat bil: 05/08.
  3. Perkara berbangkit
  4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan
  5. Pembentangan laporan keselamatan
  6. Perbincangan persiapan Hari Raya - Kawalan keselamatan, jamuan hari raya
  7. Hal-hal lain
  8. Penutup
Antara yang diperbincangkan ialah
  • Laporan perbelanjaan Sukaneka Desa Mewah yang telah diadakan pada 10/8/08
  • Sumbangan kepada surau atas kesudian membenarkan RTDM menyambung bekalan elektrik dan air.
  • Penyambungan telefon-bersetuju untuk talian talipon untuk kemudahan penduduk melaporkan masalah dan isu-isu keselamatan terus kepada guard.
  • Stiker rumah akan digantikan pada tahun 2009 dengan saiz yang lebih besar dan tertera perkataan "Premis Anda Diawasi Oleh RTDM"
  • Laman blog telah diujudkan untuk memudahkan AJK serta warga Desa Mewah untuk mendapat informasi terkini dan juga untuk meluahkan permasalahan kepada RTDM. Alamat laman blog tersebut http://rtdesamewah.blogspot.com/ berserta alamat email : rukuntetanggadesamewah@gmail.com. Warga penduduk Desa Mewah juga dialu-alukan menyumbang untuk laman blog ini dengan info-info yang membina dan bermanafaat.
  • Sumbangan RTDM kepada warga Desa Mewah yang ditimpa musibah/kemalangan sehingga menyebabkan kematian telah dipersetujui oleh AJK RTDM.
  • Kawalan keselamatan di kawasan Desa Mewah akan dipertingkan dengan mengambil pengawal sementara untuk membantu pengawal yang sedia ada. Kawalan utama di pintu masuk utama serta dipondok dijalan 17 akan diadakan 24 jam serta rondaan yang lebih kerap.
  • Penduduk Desa Mewah diharap dapat memberikan nama kepada RTDM sekiranya balik beraya di kampung untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan pemantauan lanjut.
  • Pihak Biro Keselamatan RTDM melaporkan ada 2 kes keselamatan di Desa Mewah sepanjang tahun ini sehingga September 2008.

- Kes pecah rumah di jalan 13 - berlaku pada bulan ogos 2008

- Kes curi tayar kereta di jalan 13 - berlaku pada bulan september 2008

Pihak RTDM mengharapkan kerjasama semua warga Desa Mewah agar melaporkan kepada pengawal keselamatan sekiranya ada kenderaan atau orang yang meragukan berkeliaran disekitar taman. Ini akan membolehkan pengawal keselamatan menahan mereka yang berkenaan untuk tujuan pemeriksaan dan soal siasat. Sekiranya perlu, laporkan kepada pihak berkuasa polis dinombor yang disediakan.



Antara AJK yang hadir.

Clocking device untuk pengawal check points dilokasi yang telah persetujui.



PROGRAM GERAK PADU

Pada 27 Ogos 2008 yang lepas, pihak Jabatan Perpaduan telah menganjurkan PROGRAM GERAKPADU, Rukun Tetangga Zon Kajang dan Semenyih yang berlangsung di Dewan Kecil, Majlis Perbandaran Kajang.

Majlis ini disertai oleh 12 kawasan rukun tetangga Zon Kajang dan 19 kawasan rukun tetangga Zon Semenyih. Program Gerakpadu ini adalah bertujuan untuk memantau keaktifan setiap kawasan rukuntetangga di daerah Hulu Langat ini. Pegawai penyelaras untuk KRT Daerah Hulu Langat ini adalah Puan Suziana Hj. Ismail.

Pihak RTDM telah diwakili oleh;
  1. En. Norman Md Rabani - Setiausaha
  2. En. Mahadi Salleh - Naib Bendahari
  3. En. Mutaiyah Pampayan - Ahli Jawatan kuasa
Taman Desa Mewah adalah antara 19 KRT yang teraktif didaerah Hulu Langat. Setakat ini, Desa Mewah aktif untuk kelompok komuniti Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran tetapi masih terbelakang untuk Jiran Usia Emas, Skim Ronda Sukarela dan Tabika Kemas.

Pihak RTDM juga telah menghantar penyata kewangan dan penyata bank mengikut bulanan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah tarikh Program Gerak Padu untuk Bulan Oktober sehingga Disember 2008.
  1. 20 Oktober 2008 (8.00 malam) bertempat di Pusat Komuniti Taman Asa Jaya

  2. 08 November 2008 (8.00 malam) bertempat di Kompleks Penghulu Semenyih

  3. 22 Disember 2008 (8.00 malam) bertempat di Pusat Komuniti Taman Sri Tanjung

Pihak RTDM berharap agar seluruh warga Desa Mewah dapat bersama-sama mengaktifkan rukuntetangga kawasan kita. Segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk.