Thursday, February 24, 2011

Pertandingan Karom dan Bola Sepak Tertutup Desa Mewah 2011

Salam Perpaduan,

Seperti yang dilakukan sebelumnya, Pihak RT Desa Mewah (RTDM) akan menganjurkan pertandingan Karom dan Bola Sepak Tertutup Desa Mewah 2011.

Tujuan penganjuran ini adalah untuk meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan serta kenal mengenal antara warga Desa Mewah. Dari itu diharapkan pertandingan ini akan dapat melibatkan semua golongan lapisan masyarakat Desa Mewah. Atas semangat inilah pihak RTDM berusaha untuk merangka acara-acara tertentu untuk keterlibatan masyarakat semua agar perpaduan dapat disemai dan sentiasa mekar dan segar dalam komuniti ini.

Pertandingan bola akan diadakan pada

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : Padang Bola Desa Mewah

Kepada penduduk Desa Mewah (Lelaki) yang berusia 13 tahun keatas tanpa mengira kaum adalah diharapkan dapat mendaftarkan diri anda di bilik gerakan RTDM sebelum 10 Mac 2011. Pertandingan ini terhad kepada maksima 8 pasukan dan setiap pasukan akan mengandungi 10-11 pemain.

Pendaftaran adalah secara individu dan akan dibahagikan kepada pasukan secara undian yang akan diadakan pada 11 Mac 2011 di RTDM. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari AJK RT atau En. Din Public / En. Md Noor.

Pertandingan karom pula akan diadakan di Bilik Gerakan RTDM. Penyertaan juga terbuka kepada penduduk Desa Mewah. Untuk tarikh pertandingan serta format, maklumat boleh diperolehi di RTDM juga.

Diharapkan penduduk Desa Mewah dapat menyokong setiap acara anjuran RTDM demi untuk perpaduan yang lebih erat di taman kita ini.

Hj. Ramli Jelajah Borneo Secara Solo

Salam Perpaduan,

Seorang warga Desa Mewah, Hj. Ramli Hj. Yusuf akan melakukan Jelajah Berbasikal Secara Solo ke Borneo (Sarawak, Sabah dan Brunei) mulai 26 Febuari 2011 dan dijangka akan menamatkan penjelajahan beliau pada 10 April 2011.

Beliau amat terkenal di Semenyih terutamanya kerana beliau sebelum ini telah berjaya menamatkan penjelajahan berbasikal ke seluruh Semenanjung pada tahun lepas.

Penjelajahan beliau pada kali ini disokong oleh UMNO Caw. Desa Mewah, RT Desa Mewah, Gagasan Perpaduan Semenyih, KEMOJA serta YB Datuk Hj. Johan Abdul Aziz (ADUN Semenyih).

Majlis pelancaran pelepasan beliau akan diadakan pada 26 Febuari 2011 (Sabtu) jam 9.45 pagi bertempat diperkarangan Bilik Gerakan Rukun Tetangga Desa Mewah.

Warga Desa Mewah berbangga kerana beliau adalah perintis kepada cara hidup sihat dan sentiasa dilihat berbasikal disekitar taman serta Semenyih. Diharapkan cara hidup sihat beliau akan menyemarakan lagi usaha kearah kehidupan sihat untuk seluruh warga Desa Mewah khasnya.

Oleh yang demikian, marilah kita warga Desa Mewah memberikan sokongan terhadap usaha beliau untuk melakukan penjelajahan berbasikal secara solo di Malaysia Timur dan beramai-ramai hadir ke Perkarangan RT Desa Mewah untuk memberi semangat dan sokongan padu terhadap usaha beliau.

Kami mendoakan agar beliau dapat menamatkan pejelajahan tersebut dan kembali ke Desa Mewah dengan sihat dan selamat.

"Semoga Diberi Kesejahteraan dan Kejayaan Oleh ALLAH Jua"