Monday, January 16, 2012

Mesyuarat Agung & Perlantikan AJK Baru 2012 RTDM

Salam perpaduan kepada semua warga Desa Mewah.

Pihak KRT Desa Mewah telah melaksanakan salah satu agenda penting memasuki tahun baru 2012 ini.

Rasanya masih belum terlewat untuk pihak AJK KRT Desa Mewah untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012, semoga tahun 2012 ini membawa lebih perpaduan, keselamatan, kemeriahan dan kedamaian kepada warga Desa Mewah.

Agenda yang dimaksudkan adalah Mesyuarat Agung dan Pemilihan/Lantikan AJK baru untuk menerajui KRT Desa Mewah bagi Sessi 2012-2013.Mesyuarat didahului dengan bacaan doa memohon keberkatan serta kelancaran mesyuarat oleh Ustaz Zakirin. Selepas itu penerangan akan sejarah penubuhan KRT Desa Mewah, aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang 2010-2011 dan pembentangan kewangan oleh Pengerusi KRT Desa Mewah, Tn. Hj. Zaidi Hj. Hashim yang telah menerajui KRT ini sejak penubuhannya pada tahun 2005. Begitu juga dengan semua AJK-AJK lama.
Selain daripada aktiviti-aktiviti oleh Jabatan Perpaduan sendiri, pihak KRT juga menganjurkan pelbagai aktiviti sukan, kemasyarakatan untuk pelbagai kaum dan penubuhan unit keselamatan untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk taman ini.

Sessi soal jawab antara pendudukan yang hadir dan AJK lama juga dilansungkan dengan jayanya. Pelbagai soalan serta buah fikiran baru dapat dicungkil untuk di fikirkan, dibincangkan dan seterusnya dilaksanakan oleh AJK baru. Sessi pemilihan juga berjalan dengan lancar setelah pembubaran AJK lama. Pemilihan pengerusi sementara iaitu En. Hamdan dari Jalan 7E, dan beliau dapat melaksanakan amanah tersebut dengan jayanya.Perlantikan AJK baru dilakukan secara demokrasi dengan pilihan suara ramai untuk semua AJK. Pengerusi RTDM kekal disandang oleh Tn. Hj. Zaidi Hj. Hashim tetapi En. Norman gagal mengekalkan jawatan yang disandangnya dan jawatan Setiausaha telah beralih tangan kepada En. Nasser (Jalan 5). En. Mohd Noor Shatri juga dapat mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 5 tahun lepas.

Namun begitu, jawatan untuk AJK lain adalah campuran muka baru dan lama. Diharapkan ini akan dapat memberikan semangat baru dan pelbagai ilham cetusan idea bernas dari AJK-AJK yang dilantik.Pihak moderator blog RTDM ingin mengucapkan setinggi TAHNIAH diatas perlantikan ini. Warga Desa Mewah mengharapkan moga taman ini akan kekal aman dengan statistik jenayah yang makin menurun.

Dengan pembangunan pesat dengan tambahan unit kediaman bersebelahan dengan rumah kedai dan pembangunan baru disekitar perumahan Desa Mewah dan Sunway Semenyih tidak menggugat keamanan yang kita kecapi selama ini.

TAHNIAH.....MOGA TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN DILAKSANAKAN SEBAIK MUNGKIN.


Friday, January 13, 2012

Mesyuarat Agung Rukun Tetangga Desa Mewah 2012

Berikut adalah surat untuk panggilan ke mesyuarat kepada penduduk Desa Mewah

Pihak kami berharap kerjasama tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan dapat memberikan pandangan agar Desa Mewah lebih selamat dan harmoni. Sokongan padu semua amat dihargai demi perpaduan dan keselamatan semua.