Thursday, April 30, 2009

Jemputan Kumpulan Kompang Desa Mewah

Tidak lama lagi musin cuti sekolah akan bermula, maka banyaklah ibubapa yang akan membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka samada dirumah sendiri atau majlis menyambut menantu. Persembahan permainan kompang adalah salah satu agenda atau adat disetiap majlis-majlis perkahwinan orang melayu dan biasanya adalah kurang meriah sesebuah majlis perkahwinan tanpa alunan kompang untuk mengiringi ketibaan pasangan Raja Sehari tersebut.

Oleh yang demikian, permintaan untuk pasukan kompang bermain untuk memeriahkan majlis perkahwinan adalah amat menggalakkan. Pasukan kompang Desa Mewah juga tidak terkecuali dari mendapat beberapa jemputan untuk bermain dimajlis perkahwinan. Antaranya ialah
  1. Sabtu, 2 Mei 2009   - Kajang Prima
  2. Sabtu, 16 Mei 2009 - Desa Mewah
  3. Sabtu, 30 Mei 2009 - Bandar Baru Bangi
  4. Ahad, 31 Mei 2009 - Bandar Baru Bangi
Pasukan kompang Desa Mewah diwakili oleh pelbagai lapisan umur warganya dan masih membuka peluang untuk warganya bersama-sama meramaikan lagi keanggotaannya. Oleh itu saudara-saudari yang berminat silalah tampil untuk bersama-sama dengan pasukan ini. 

Ini adalah salah satu aktiviti yang sihat yang telah dianjurkan oleh RT Desa Mewah untuk sekurang-kurangnya mengisi masa lapang disamping memperolehi duit tambahan terutamanya dimusim cuti sekolah.


No comments: