Pihak surau dan RT Desa Mewah telah bergotong royong bersama untuk melaksanakan majlis akikah untuk beberapa keluarga di taman ini.
Kerja-kerja melapah yang diketuai oleh Chief Rahiman
Majlis akikah ini adalah untuk anak-anak kepada;
1. En. Nor Affendi (Jalan 8)
2. En. Khairul Zaman (Jalan 7A)
3. En. Damsi (Jalan 5 - wakil kepada anak)
Pembersihan daging, tulang etc.
Untuk majlis ini, seekor lembu telah ditumbangkan dan warga Desa Mewah telah bergotong royong sejak pagi untuk melapah dan seterusnya memasak untuk majlis ini. Ramai telah menyertai gotong royong ini serta melihatkan perpaduan taman ini.
Chef Desa Mewah, Cikgu Razak dibantu oleh rakan-rakan untuk memasak

Gotong royong seperti ini amat kerap dilakukan di taman ini, terutamanya ketika majlis-majlis seperti ini. Ini juga menunjukkan warga Desa Mewah amat perihatin dan perpaduan terjalin dikalangan penduduk amat erat. Kerjasama seperti ini juga dapat membentuk satu kerjasama yang erat dan setiap yang terlibat tahu akan tanggung jawab masing-masing untuk menyiapkan acara ini.
Sisa-sisa atau bahagian yang tidak perlu ditanam.
Kesempatan seperti ini juga diambil untuk membaiki serta memperkemaskan surau untuk majlis-majlis yang akan datang. Dengan adanya acara seperti ini, ramai penduduk datang untuk bergotong royong dan peluang ini diambil untuk saling berkenalan dan merapatkan serta memesrakan silaturahim antara warga Desa Mewah.
Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan dan keharmonian dapat dipelihara untuk menggerakkan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan seterusnya akan dilaksanakan.
Semoga kerjasama seperti ini akan berterusan dan keharmonian dapat dipelihara untuk menggerakkan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan seterusnya akan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment