Seni silat adalah warisan melayu yang agung dan ianya melambangan satu kesenian yang unik dalam masyarakat Malaysia. Di bawah RT, satu pasukan seni silat telah ditubuhkan untuk memelihara warisan melayu ini.
Pasukan ini dikendalikan oleh En. Hazim dan pada tahun ini pasukan ini telah memulakan latihan sejak Januari 2009 pada setiap Jumaat malam dan Sabtu malam setiap minggu. Pada cuti persekolahan pula, latihan diadakan hampir setiap malam terutamanya untuk anak-anak demi untuk mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah.
Kini malaysia umumnya dan Desa Mewah amnya menghadapi masalah sosial walaupun tidaklah membimbangkan tetapi masalah sosial ini perlu dibendung dan kegiatan seperti ini amat baik untuk membendung permasalahan ini. Silat juga adalah satu cara untuk mempertahankan diri terutamanya pada kanak-kanak serta juga orang dewasa. Kini banyak kejadian culik dan ragut dan latihan silat mungkin dapat menyelamatkan anak-anak dari kegiatan ini. Ini adalah kerana sifat berani serta teknik yang betul diajar untuk mempertahankan diri dari serangan seperti ini.
Silat bukanlah satu seni untuk kaum melayu sahaja, kaum lain juga boleh mempelajarinya dan kita ketahui silat kini telah diajar dan di praktikkan diseluruh dunia. Oleh yang demikian, RT Desa Mewah mengalu-alukan penyertaan kedalam pasukan ini terutamanya kanak-kanak untuk membina sifat jatidiri yang kukuh dan ianya amat berguna sebagai mempertahankan diri.
Warga Desa Mewah boleh melihat sendiri latihan yang dijalankan di kawasan padang dihadapan surau Desa Mewah pada setiap malam di hujung minggu. Pernyertaan amat dialu-alukan dan segala pertanyaan bolehlah di utarakan ke RT atau En. Hazim di talian 019-3892372.

No comments:
Post a Comment