Flat adalah salah satu jenis penempatan selain dari rumah jenis semi-D, double storey dan single storey. Kawasan flat ini dilengkapi dengan kemudahan seperti lampu jalan, taman permainan kanak-kanak, rumah sampah serta tempat letak kereta dibawah flat atau di luar.
Flat di Desa Mewah terdiri dari 2 buat blok setinggi 5 tingkat tanpa lift. Kini hanya hampir separuh sahaja unit-unit di flat tersebut didiami oleh pelbagai kaum.
Oleh kerana kedudukan flat ini agak terbelakang di kawasan Desa Mewah ini, keadaannya kini agak tidak terjaga. Banyak masalah di kawasan ini terutamanya lampu jalan tidak berfungsi, beberapa manhole untuk menyalurkan najis ke rumah pam tersumbat dan airnya 'overflow' serta beberapa 'manhole' sudah tiada penutupnya. Keadaan ini adalah amat membahayakan terutamanya kanak-kanak yang bermain-main disekitar kawasan tersebut.
Manhole tersumbat dan air najis overflow
Keadaan ini berlaku kerana kurangnya maintenance di flat ini. Ketiadaan wakil dari flat juga menyebabkan keadaan ini tidak dilaporkan kepada pihak yang berkenaan terutamanya Indah Water dan MPKj. Penduduk di flat ini juga mengharapkan penglibatan RT Desa Mewah sebagai wakil penduduk untuk datang dan melihat serta mendengar permasalahan di flat ini.
Dengan mendekatkan diri dengan penduduk flat ini, mereka akan merasakan lebih dihargai dan berharap akan dapat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Keadaan rumah sampah dengan sampah bertaburan disekelilingnya.
Di kawasan tempat letak kereta luar, terdapat barangan pembinaan serta mesin excavator yang di letakan tanpa sebarang tanda amaran. Ini adalah membahayakan terutamanya kanak-kanak yang gemar untuk memanjat mesin tersebut. Barangan yang tidak disusun dengan baik juga boleh mengundang haiwan berbahaya seperti ular untuk bersarang disitu.
Mesin serta barangan pembinaan diletakkan tanpa tanda amaran (secara illegal)
Flat ini juga terdedah kepada vandalisme seperti menconteng dinding.
Cadangan untuk mengadakan satu GOTONG ROYONG untuk membersihkan kawasan flat antara AJK RT dengan penduduk flat akan diadakan seperti maklumat dibawah;
Tarikh : 17 Mei 2009
Masa : 8.00 pagi
Gotong royong ini diadakan dengan tujuan untul mengeratkan lagi silaturahim, kerjasama, saling berkenalan serta salah satu cara untuk mendengar permasalahan mereka dikawasan flat ini. Dengan cara ini diharapkan AJK RT serta penduduk flat dapat bekerjasama serta mengharapkan ramai lagi penghuni flat akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh RT.

SALAM PERPADUAN UNTUK SEMUA WARGA PENDUDUK DESA MEWAH TANPA MENGIRA AGAMA, KAUM, SERTA FAHAMAN POLITIK.
No comments:
Post a Comment