Penganjuran pertandingan bolasepak 9 sebelah oleh KRT Desa Mewah sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini akan diadakan pada 30 Mei 2009 di Stadium Kajang.
Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Norman (SU) telah diadakan pada malam semalam 4 Mei 2009 untuk membincangkan beberapa perkara penting demi kelancaran pertandingan tersebut. Antara agendanya ialah
- mengesahkan AJK yang akan terlibat dalam menyelaras aktiviti-aktiviti yang terlibat.
- mengesahkan serta menambahbaikan peraturan pertandingan yang telah didrafkan.
- menyelaraskan biro-biro serta AJK yang akan terlibat dalam memantau aktiviti serta perkara-perkara yang terlibat.
- mencadangkan penghantaran surat kepada KRT-KRT diseluruh Zon Semenyih
- mencadangkan satu mesyuarat yang akan melibatkan wakil-wakil KRT Zon Semenyih yang akan menyertai pertandingan ini (cadangan tarikh pada 16 Mei 2009).
- cadangan hadiah yang akan diberikan kepada pemenang.
- Surat dari Jabatan Perpaduan Daerah untuk MPKJ (sewa stadium) serta mendapatkan kerjasama dari pihak yang terbabit.
Dalam mesyuarat ini SU mengharapkan kerjasama yang jitu daripada AJK yang telah dilantik demi kelancaran pertandingan ini. Diharapkan dari kejayaan menganjurkan pertandingan ini dapat memupuk kerjasama, persefahaman serta hubungan antara KRT menjadi lebih baik. Sekiranya penganjuran ini mencapai matlamat yang ditetapkan, pertandingan ini bolehmenjadi contoh dan diteruskan pada setiap tahun samada oleh KRT Desa Mewah atau KRT yang lain.
No comments:
Post a Comment