Sunday, March 11, 2012

Unit Keselamatan : Penutupan Jalan & Aliran Laluan Keluar Masuk Desa Mewah

Desa Mewah, 11/3/2012

Sejak kebelakangan ini banyak kejadian jenayah berlaku di Desa Mewah samada ianya disedari oleh penduduk atau tidak. Kejadian seperti pecah rumah, mencuri, ragut dan banyak lagi makin berleluasa sejak ketiadaan pengawal keselamatan di taman ini.

Pihak AJK RTDM telah bermesyuarat untuk mengaktifkan kembali unit keselamatan dan mengadakan pengawal keselamatan untuk taman ini.

Dimaklumkan bahawa pihak RTDM telah melakukan bancian terhadap penduduk taman ini samada setuju atau tidak untuk mengembalikan pengawal keselamatan agar pemantauan dapat dilakukan pada hujung bulan Febuari 2012. Sambutan penduduk terhadap bancian tersebut agak mengecewakan dan hasilnya hanya lebih kurang 250 penduduk mengembalikan borang bancian daripada lebih 1000 yang diedarkan. Namun begitu kesemua 250 penduduk yang mengembalikan bancian tersebut bersetuju untuk diadakan semula pengawal keselamatan di taman ini dengan penambahbaikkan.

Pihak RTDM juga telah menetapkan untuk bayaran bulanan untuk mengadakan pengawal keselamatan ini. Bayaran tersebut adalah seperti berikut;
          1) Rumah Semi-D  - RM 50/sebulan
          2) Rumah Double/Single Storey - RM 30/sebulan dan,
          3) Rumah Flat - RM 15/sebulan

Pihak RTDM telah bersetuju untuk melantik pihak Restoren Sayang Maju sebagai tempat penduduk melakukan pembayaran untuk keselamatan ini dan pembayaran juga boleh dilakukan di Bilik Gerakan RTDM pada waktu malam.
 
Disamping itu pihak RTDM juga telah bersetuju untuk melakukan beberapa penambahbaikan seperti;

i) Penutupan jalan/lorong tikus (laluan tidak rasmi) di Jalan 17, Jalan 3 dan Jalan 21 

ii) Akan membaiki pagar yang telah dibuka atau dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara berperingkat dan sekiranya tahap kewangan mengizinkan.

iii) membuat penutupan beberapa jalan secara kekal untuk memudahkan pengawalan aliran trafik seperti di Jalan 1, Jalan 10 (depan surau) dan Jalan 12.

iv) Lencongan trafik tersebut akan dihalakan ke Jalan 5  dan ke Flat/Jalan 21 (boom gate akan dipasang selepas simpang Jalan 12) untuk trafik dari Jalan 1 - Jalan 8 dan Flat - Jalan 21. Untuk Jalan 10 - Jalan 19 akan dilencongkan dan keluar di Jalan 10 (depan surau - boom gate akan dipasang).

Oleh yang demikian hanya ada dua (2) exit sahaja iaitu di simpang Jalan 12 dan Jalan 10. Kawasan kedai akan bebas dari sekatan jalan tersebut untuk memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan dan makan.

Selain itu, sistem sticker kenderaan (motosikal/kereta/lori) juga akan dimulakan. Ianya hanya untuk warga Desa Mewah yang mempunyai kenderaan sahaja. Pihak luar tidak dibenarkan membeli sticker ini. Sticker kenderaan ini perlu diperbaharui setiap 4 bulan (Jan - April, Mei - Ogos dan Sept - Dis) dalam setahun.

Unit Keselamatan RTDM juga memperkenalkan plate RTDM untuk rumah dimana ianya perlu diperbaharui setiap tahun.

Dari itu, pihak RTDM memerlukan penduduk Desa Mewah agar memberikan kerjasama yang sebaik mungkin supaya cadangan laluan tersebut dapat dilakukan dengan lancar dan teratur.

Pihak RTDM juga mengalu-alukan warga Desa Mewah untuk memberikan komen-komen yang membina untuk menambahbaikan lagi sistem keselamatan di taman ini. Kesemua sistem keselamatan ini akan dimulakan mulai 1 April 2012. Penduduk boleh melakukan pembayaran mulai dari tarikh tersebut juga.

Sekiranya penduduk mempunyai komen atau cadangan sila ajukannya kepada mana-mana AJK yang terlibat. Pihak RTDM berharap perkara ini akan memberikan manafaat dari segi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan untuk kita semua tinggal di taman ini.


No comments: