Ramai warga Sunway Semenyih dan Desa Mewah yang mengeluh berkenaan dengan Jalan Sunway Semenyih ini kerana sentiasa dalam keadaan jem terutamanya pada waktu puncak (pagi dan petang).
Keadaan mungkin agak lengang di masa cuti persekolahan tetapi kebiasaannya akan jem teruk terutama di waktu pagi semasa ramai yang berkejar unuk menghantar anak ke sekolah dan pergi kerja. Kadang kala akan mengambil masa hampir 20-30 minit untuk sampai ke simpang trafik light di Jalan Semenyih, iaitu 3-4 kali lampu trafik bertukar warna.
Selain daripada itu pembukaan jalan masuk ke projek pembinaan baru kedai pejabat di Jalan Sunway Semenyih ini juga akan mengundang bahaya kepada para penduduk. Jalan ini digunakan untuk membawa masuk bahan-bahan untuk pembinaan yang mana diketahui umum menggunakan lori besar dan trailler. Jalan Sunway Semenyih hanyalah mempunyai 2 lorong dan "bump" yang dibina adalah merbahaya untuk kenderaan disini disamping keadaan permukaan jalan yang kurang memuaskan.
Sekiranya laluan ini dijadikan laluan tetap masuk ke kawasan pembinaan tersebut dikhuatiri akan membahayakan pengguna jalan ini dan menyebabkan kemalangan. Dengan pertambahan kapasiti trafik dilaluan ini sudah pasti jalan ini akan bertambah sibuk dan keadaan jem akan lebih menyusahkan penduduk disini.
Penduduk Sunway Semenyih dan Desa Mewah akan memohon agar laluan ini ditutup dan berharap pihak MPKj akan memberikan lampu hijau terhadap perkara ini. Mengikut pelan asal pembangunan kawasan ini Jalan Sunway Semenyih ini sepatutnya mempunyai 4 lorong dan pihak pemaju Sunway sepatutnya membina jalan ini mengikut perancangan. Pihak yang berkenaan perlu melakukannya demi keselesaan penduduk disini.
Pihak MPKj juga perlu bertindak terhadap kereta yang diletakan disepanjang jalan ini untuk mengelakkan jem dan merbahaya kepada kenderaan yang lalu lalang. Kebanyakkan kenderaan ini adalah kepunyaan pekerja di projek pembinaan berkenaan.
Begitu juga simpang ke Desa Mewah yang kini digunakan oleh lori pengangkut bahan binaan untuk membuat u-turn. Telah banyak kejadian dimana kenderaan yang mahu membelok ke Desa Mewah hampir kemalangan dan ada beberapa kemalangan telah berlaku di kawasan tersebut.
Pihak RTDM telah beberapa kali menghantar surat kepada MPKj supaya simpang tersebut dibuat line marking yang sepatutnya ada dipersimpangan tetapi sehingga kini tiada jawapan yang positif daripada pihak MPKj. Diharapkan pihak MPKj memandang berak perkara ini dan tindakan segera diambil sebelum kemalangan yang meragut nyawa berlaku. Tindakan pencegahan amat penting dan amat dihargai.
KESELAMATAN PENDUDUK ADALAH LEBIH PENTING DAN TINDAKAN YANG SEWAJARNYA PERLU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN. TINDAKAN MPKj AMAT-AMAT DIHARGAI.
No comments:
Post a Comment