Keadaan taman permainan yang telah dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Perkara telah hampir setahun berlaku tetapi tiada tindakan pembaikan oleh pihak yang berwajib. Lokasi taman permainan ini adalah bersebelahan dengan Jalan 5.
Warga Desa Mewah yang berada didalam kawasan kendalian MPKJ, berhak mendapat kemudahan yang sempurna.
RTDM telah beberapa kali menulis surat ke MPKJ dan wakil rakyat berhubung dengan perkara ini tetapi tiada tindakan lanjut diambil.
Bermula dari hujung November 2008, apa yang dilihat ialah pihak MPKJ telah memotong hampir semua pokok renek (landscape asal) di sepanjang jalan masuk ke taman ini hingga ke Jalan 21 & Flat. Walaupun sekarang kawasan jalan masuk ke taman ini agak kemas tetapi pemotongan pokok renek ini agak mengurangkan kehijauan dan keindahan taman ini.
Kawasan jalan masuk ke rumah masih lagi tidak dimaintain seperti rumput dipotong, longkang dibersihkan etc. Pokok renek di kawasan permainan di jalan 5 (mini stadium) juga perlu di cantas rapi kerana kawasan tersebut menjadi tempat tumpuan muda mudi berkumpul dan oleh kerana ianya agak terlindung dari jalan, kawasan ini menjadi tumpuan remaja untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Antara kejadian yang dapat dilihat dengan jelas sehingga kini ialah permainan kanak-kanak yang dibakar.
Warga Desa Mewah mengharapkan tindakan yang positif kepada setiap aduan yang dibuat terutamanya kepada MPKJ serta wakil rakyat Semenyih.
SEMOGA TAHUN BARU 2009 YANG BAKAL MENJELANG AKAN MENLADI LEBIH BAIK DARI 2008.
SELAMAT TAHUN BARU 2009.
Moderator Blog RTDM
5.56pm, 31/12/08
No comments:
Post a Comment