Wednesday, December 31, 2008

Kemudahan Desa Mewah Rosak


Keadaan taman permainan yang telah dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Perkara telah hampir setahun berlaku tetapi tiada tindakan pembaikan oleh pihak yang berwajib. Lokasi taman permainan ini adalah bersebelahan dengan Jalan 5.
Warga Desa Mewah yang berada didalam kawasan kendalian MPKJ, berhak mendapat kemudahan yang sempurna.
RTDM telah beberapa kali menulis surat ke MPKJ dan wakil rakyat berhubung dengan perkara ini tetapi tiada tindakan lanjut diambil.
Bermula dari hujung November 2008, apa yang dilihat ialah pihak MPKJ telah memotong hampir semua pokok renek (landscape asal) di sepanjang jalan masuk ke taman ini hingga ke Jalan 21 & Flat. Walaupun sekarang kawasan jalan masuk ke taman ini agak kemas tetapi pemotongan pokok renek ini agak mengurangkan kehijauan dan keindahan taman ini.
Kawasan jalan masuk ke rumah masih lagi tidak dimaintain seperti rumput dipotong, longkang dibersihkan etc. Pokok renek di kawasan permainan di jalan 5 (mini stadium) juga perlu di cantas rapi kerana kawasan tersebut menjadi tempat tumpuan muda mudi berkumpul dan oleh kerana ianya agak terlindung dari jalan, kawasan ini menjadi tumpuan remaja untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Antara kejadian yang dapat dilihat dengan jelas sehingga kini ialah permainan kanak-kanak yang dibakar.
Warga Desa Mewah mengharapkan tindakan yang positif kepada setiap aduan yang dibuat terutamanya kepada MPKJ serta wakil rakyat Semenyih.
SEMOGA TAHUN BARU 2009 YANG BAKAL MENJELANG AKAN MENLADI LEBIH BAIK DARI 2008.
SELAMAT TAHUN BARU 2009.
Moderator Blog RTDM
5.56pm, 31/12/08

Pengambilan Ahli Baru Seni Silat

PENGAMBILAN AHLI BARU
SENI SILAT KUNCI MELAYU KESATRIA WARISAN MALAYSIA

CAWANGAN DESA MEWAH

LATIHAN BERMULA JANUARI 2009

SILA HUBUNGI: EN. HAZIM - 019-3892372
UNTUK KETERANGAN LANJUT.

SEMUA ADALAH DIALU-ALUKAN.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK TERTUTUP DESA MEWAH

Seperti tahun-tahun yang lalu, pihak RTDM akan menganjurkan

PERTANDINGAN BOLA SEPAK TERTUTUP DESA MEWAH 10 SEBELAH
Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)
Tempat : Padang Dihadapan Surau Desa Mewah
Pertandingan ini adalah terbuka untuk semua warga Desa Mewah. Sila daftarkan nama anda di kaunter bilik gerakan RTDM kepada AJK yang bertugas.
Tujuan pertandingan ini diadakan saban tahun adalah untuk memupuk setiakawan, mengeratkan silaturahim, menjalin kerjasama serta kenal mengenal antara warga Desa Mewah.
Kami mengharapkan penyertaan semua kaum yang ada di taman ini. Pengundian anggota pasukan, nama pasukan serta jadual perlawanan akan diadakan di bilik gerakan RTDM pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Semoga aktiviti ini akan mendapat sambutan yang baik dari penduduk.

Kaunter Perkhidmatan & Sticker Kenderaan

Desa Mewah, 31 Disember 2008

Kami ingin menarik perhatian warga Desa Mewah bahawa tuan puan perlu mendapatkan sticker kenderaan yang baru bagi tahun 2009.
Ini adalah salah satu langkah keselamatan untuk taman ini dan segala pertanyaan perlulah di salurkan kepada AJK yang bertugas di kaunter di Bilik Gerakan Rukun Tetangga Desa Mewah.
Jadual kaunter di buka adalah seperti berikut;
i) Isnin hingga Jumaat - 09.30 - 12.00 malam
ii) Sabtu & Ahad - 10.00 - 12.00 tengahari
09.30 - 12.00 malam
Kaunter ini dibuka adalah untuk kemudahan tuan puan menyalurkan permasalahan berkaitan taman ini untuk dibincangkan sebelum di ketengahkan ke pihak yang berkenaan.
Diharapkan mendapat kerjasama dan sambutan dari tuan puan yang budiman.
DISINI KAMI RTDM MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009.

Sunday, December 21, 2008

Keadaan Terbaru Desa Mewah

21-12-2008 (Ahad)

Inilah wajah terbaru Desa Mewah setelah sebahagian landscapenya (pokok renek) telah dibuang oleh MPKJ.


Adakah anda semua menyukai wajah terbaru Desa Mewah ini? Mungkin ada yang suka kerana nampak kemas disepanjang jalan masuk utama dari simpang tiga hingga ke jalan 21/flat dibelakang.




Pemandangan yang nampak kemas setelah rumput diselenggara.





Rumput di taman permainan di antara Jalan 3 dan Jalan 5 di potong tetapi pokok renek belum di potong dan menghalang pandangan.



Kawasan jogging nampak kemas setelah rumput di potong.

Rekaan Baru Untuk Plate Rumah


Ini adalah plate rekaan terbaru yang di tambah ayat. Warna belum diputuskan.
Warga Desa Mewah adalah dialu-alukan untuk menyertai UNIT KESELAMATAN, RTDM.
BERILAH SOKONGAN ANDA PADA RTDM DEMI KESELAMATAN BERSAMA.

Saturday, December 20, 2008

Malaysian Book Of Records (Merebus Ketupat)

Antara gambar-gambar yang sempat untuk di masukkan di dalam laman blog ini. Norman, minta abang Bomba isi air tu cepat, ketupat tak start rebus lagi ni.


Teruknya la, nak air kena beratur. Tak masak la ketupat.

Tolong hidupkan api ni, ada mancis tak. banyaknye ketupat dia!!!!!!!!!

Sedap ke tak rasa ketupat tu...

Akhirnya masak jugak ketupat kita.

Din, kira berapa banyak dah masak, dah nak kira ni.....





Friday, December 19, 2008

Blog Update

Assalamualaikum dan salam perpaduan kepada semua warga Desa Mewah.
Agak lama juga laman blog ini tidak dikemaskini . Ini adalah kerana moderator blog telah berpindah kerja di luar Selangor dan Kuala Lumpur. Dengan merasakan tanggung jawab untuk memberikan maklumat berkenaan taman kita, moderator berharap akan daapat mengemaskini laman blog ini sekerap yang mungkin.
Tahun 2008 hanya tinggal lebih kurang 11 hari lagi. Menuju ke tahun baru ini, banyak perkara yang telah berlaku di taman kita dengan disedari atau tidak. Terdapat juga kejadian yang tidak diingini berlaku namun semua dapat kita hadapi bersama.
Beberapa peristiwa berlaku di sepanjang 3 bulan laman blog ini tidak dikemas kini seperti;
1. Penyertaan RTDM sebagai wakil Desa Mewah untuk mencipta rekod didalam Malaysian Book Of Records (Merebus Ketupat terbanyak) Daerah Hulu Langat, Selangor.
2. Mesyuarat RTDM yang berlangsung pada 13/12/08.
3. Bersama surau Desa Mewah melaksanakan ibadah kurban pada 8/12/08.
dan banyak lagi. Setiap peristiwa tersebut akan cuba moderator masukkan dalam blog ini untuk maklumat warga Desa Mewah.
Kami pihak RTDM, menyeru warga penduduk agar dapat menyertai skim keselamatan Desa Mewah demi untuk menjada keamanan dan kemakmuran taman ini. Sehingga kini lebih kurang 75% penghuni di taman ini menyertai skim ini. Walaupun seluruh warga Desa Mewah adalah ahli rukun tetangga tetapi rukun tetangga hanyalah satu entiti yang mewakili warga Desa Mewah dalam untuk menyuarakan pandangan dan permasalah ke pihak Majlis Perbandaran Daerah Kajang (MPKJ).
Di dalam rukun tetangga terdapat skim rondaan bersama yang memerlukan kerjasama penduduk untuk terlibat bersama. Telah beberapa kali skim ini cuba untuk dilakukan tetapi tidak mendapat sambutan dari penduduk. Kekurangan ini telah di ambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri, pecah rumah dan sebagainya.
Oleh yang demikian pihak RTDM telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan skim keselamatan RTDM demi untuk mengawasi keselamatan Desa Mewah. Antara yang telah dilakukan ialah dengan mengambil pengawal keselamatan yang kini mengawasi dan membuat rondaan 24 jam di keseluruhan taman kita. Banyak lagi yang perlu di lakukan demi untuk meningkatkan lagi pengawasan keselamatan dengan antara yang telah diputuskan dalam mesyuarat seperti pemasangan CCTV di pondok jaga yang akan merekodkan semua aktiviti keluar masuk kenderaan, pelawat serta warga Desa Mewah itu sendiri.
Ini semua memerlukan kos dan diharap kerjasama warga Desa Mewah dapat mendaftar dan membayar untuk perkhidmatan ini setiap bulan. Demi keselamatan serta keharmonian taman kita adalah tanggungjawab kita dan ini adalah salah satu cara. Kesibukan harian demi mencari rezeki tidak akan berbaloi sekiranya kita asyik merasakan kehidupan kita tidak selesa dan tenteram di perumahan ini.
Pihak RTDM menyeru sekali lagi agar seluruh penduduk Desa Mewah dapat memberikan kerjasama dalam setiap program dan acara yang RTDM anjurkan.
Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima serta membincangkan segala permasalahan dan cadangan yang membina demi keamanan, keharmonian, kesepakatan dan menjalin kerjasama seluruh penduduk tanpa mengira kaum, agama dan status kita.
Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua atas segala sumbangan tenaga, kewangan, buah fikiran dan banyak lagi pada semua warga DESA MEWAH.
SEMOGA PERPADUAN TAMAN INI SEMAKIN UTUH,
Sekian.