Friday, August 15, 2008

HARI SUKANEKA DESA MEWAH 2008


Here are some photos from

Hari Sukaneka Desa Mewah 2008.



Pendaftaran peserta di bahagian pendaftaran.

Antara Gerai yang menjual pelbagai makanan.


Gelanggang siap sedia untuk memulakan acara.

Antara petugas sukarela (Pasangan romantik Desa Mewah Din/June).


Briefing oleh Ketua Penyelaras acara, Cikgu Wan

MC terhebat masa kini DJ Razak.......

Petugas bahagian hadiah & hadiah2 untuk setiap pemenang



Among the 1st acara for the day "Tiup belon sampai pecah" sedang menerima arahan dari petugas untuk memulakan acara.

Lari dalam guni mendapat sambutan yang hangat dikalangan kanak-kanak.

Tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan Hari Sukaneka YB Johan (ADUN Semenyih)

Bacaan doa untuk memohon kepada Allah akan kelancaran Hari Sukaneka oleh Ustaz Zakirin



Ucapan oleh Pengerusi Rukun Tetangga Desa Mewah, En. Zaidi Hj Hashim

Ucapan perasmian oleh YB Johan



Acara merebut gula-gula mendapat sambutan hangat dikalangan anak-anak bawah 5 tahun termasuk ibu-ibu mereka.



Penghargaan kepada penyumbang-penyumbang untuk Hari Sukaneka


Antara peserta-peserta awal yang telah memenangi hadiah bagi acara masing-masing
Guard untuk Unit Keselamatan Desa Mewah yang telah berjaya menggagalkan cubaan pecah rumah serta telah menjalankan tugas dengan baik mendapat penghargaan.





Tetamu kehormat YB Dr. Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat) serta wakil Jabatan Perpaduan Pn. Suziana Ismail

Penyampaian Hadiah Pertandingan Carom Tertutup Desa Mewah

Johan : Shaari 5 minit

Naib Johan : Cikgu Razak (DJ)


Ketiga : Tok Siak
Keempat : Ramli Canggih




Acara mummy berpasangan


Acara makan pisang oleh kaum ibu



Disini pihak RTDM merakamkan jutaan terima ksaih atas kerjasama semua pihak secara langsung atau tidak, serta sambutan yang luar biasa terhadap acara yang dijalankan.



Pihak RTDM juga memohon maaf sekiranya ada atas kelewatan acara serta apa jua kesilapan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penduduk.



Sekiranya ada cadangan yang membina dapatlah disalurkan ke email RTDM atau komen didalam blog ini. Pihak RTDM akan memastikan acara yang akan datang lebih baik & lancar.



TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.







Saturday, August 9, 2008

MESYUARAT PERLAKSANAAN SUKANEKA DESA MEWAH 2008

Desa Mewah, 9/8/2008


Tarikh Mesyuarat : 8/8/2008


Masa: 9.30 malam


Tempat: Bilik Gerakan RTDM




Mesyuarat dipengerusikan oleh En Norman, membincangkan perincian terakhir sebelum SUKANEKA berlangsung pada Ahad ini.



Perbincangan bermula.


Para hadirin meneliti minit mesyuarat lepas yang diedarkan

Kusyuknyeeeee...... Ada yang tak puas hati ke. Hai.. Cikgu senyum je. Dah siap ke tugasan.





Masing-masing rancak membincangkan pendapat.






Friday, August 8, 2008

SUKANEKA DESA MEWAH

Pihak rukun tetangga Desa Mewah akan menganjurkan sukaneka peringkat Desa Mewah.


TARIKH : 10 OGOS 2008 (AHAD)
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT: PADANG DESA MEWAH (DEPAN SURAU)
Datanglah beramai-ramai kerana banyak acara sukan akan diadakan untuk semua warga penduduk Desa Mewah.
Pendaftaran untuk acara-acara tersebut boleh dibuat pada pagi hari Ahad ini.
KEHADIRAN ANDA SEMUA PENTING DEMI MEMERIAHKAN LAGI HARI SUKAN INI.
SEMUA DI JEMPUT HADIR.
Pengerusi RTDM.

Tai Ji Qi Gong Setiap Ahad





Senaman Tai Ji Qi Gong telah dimulakan di taman kita sejak awal July 2008.



Sambutannya agak sederhana namun itu tidak mematahkan semangat pihak RTDM untuk meneruskannya pada :




SETIAP AHAD (SETIAP MINGGU)

JAM : 7.30 PAGI


DI KETUAI OLEH : MASTER CHIEW




PIHAK RTDM BERHARAP SAMBUTAN AKAN BERTAMBAH DIMASA AKAN DATANG.



Senaman ini adalah baik demi menjaga kesihatan kita. Dalam kesibukan kita berkerja setiap hari, senaman adalah penting untuk menangani stress, mengeluarkan peluh serta membakar lemak-lemak dalam badan.





BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAYAKAN AKTIVITI TAMAN KITA AGAR TAMAN KITA AKAN TERUS MERIAH.

Sikecil pun nak bersenam.

Desa Mewah Tidak Terurus; Utusan Malaysia ; 7/8/08

http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=wm&shva=1#inbox/11ba14f394af8728

Desa Mewah tidak terurus

Desa Mewah tidak terurus


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN





POKOK yang menjalar naik pada satu papan tanda jalan membuktikan penyenggaraan kawasan di Taman Desa Mewah sudah lama tidak dilakukan oleh MPKj. - Gambar MOHD NAZUDEEN MAHMUD

SEMENYIH 6 Ogos - Taman Desa Mewah yang terletak berhampiran pekan Semenyih merupakan salah sebuah kawasan perumahan yang selesa dihuni dan menenangkan.

Keselesaan taman perumahan itu yang dibuka pada tahun 2003 dan kini didiami kira-kira 5,000 penduduk itu dapat dilihat menerusi lokasinya yang dekat dengan beberapa lebuh raya dan hanya setengah jam memandu ke ibu negara dan juga ke Seremban.

Jauh daripada hiruk-pikuk kota , Desa Mewah yang mempunyai komposisi penduduk pelbagai kaum juga selesa dihuni kerana hubungan penduduknya agak rapat di antara satu sama lagi hasil usaha anggota Rukun Tetangganya yang aktif.

Namun, di sebalik pelbagai kelebihan yang wujud itu, tersimpan banyak masalah yang di taman perumahan itu berikutan kegagalan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menguruskan kawasan itu dengan baik.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat pelbagai masalah yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berkuasa tempatan itu kerana ia membabitkan soal keselamatan dan kebajikan penduduk Taman Desa Mewah.

Masalah terbesar yang perlu dihadapi penduduk ialah persimpangan masuk ke taman itu yang berbahaya kerana dibina berdekatan dengan satu selekoh dan terlindung oleh semak-samun.
Selain itu, permukaan jalan di persimpangan itu yang tidak rata menambahkan lagi bahaya persimpangan tersebut.

Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Taman Desa Mewah, Zaidi Mohd. Hashim, 62, berkata, dengan pertambahan penduduk di Desa Mewah dan juga Bandar Sunway Semenyih yang terletak tidak jauh dari taman itu, persimpangan itu kini semakin sibuk.

Katanya, pemandu yang masuk atau keluar dari Desa Mewah sukar untuk melihat kenderaan yang datang dari arah Bandar Sunway Semenyih kerana terdapat satu selekoh di situ.

"Kalau tidak berhati-hati, kemalangan memang mudah berlaku di persimpangan ini. Malah, baru-baru ini satu kemalangan telah berlaku di situ," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi mengurangkan risiko kemalangan, penduduk mengambil langkah membersihkan semak-samun di persimpangan itu yang menghalang penglihatan baru-baru ini walaupun perkara itu sepatutnya dilakukan oleh MPKj.

Katanya, berasaskan jajaran jalan dari Bandar Sunway Semenyih dan lampu jalan yang dipasang, jalan itu akan dijadikan empat lorong tetapi setelah beberapa tahun menetap di situ, beliau tidak nampak ada usaha menaik taraf jalan itu akan dilaksanakan.

"Kita sudah banyak kali membuat pertanyaan kepada MPKj dan juga pihak pemaju tetapi sehingga kini tiada jawapan tentang bila laluan berkenaan akan dinaik taraf," katanya.

Selain itu, kata Zaidi, landskap yang disediakan oleh pemaju Taman Desa Mewah juga tidak diselenggara secara berkala oleh MPKj menyebabkan pokok-pokok menjadi tidak terurus.

Rumput yang tidak dipotong pula sudah menjalar melepasi tebing bahu jalan selain daun-daun kering memenuhi sepanjang tepi jalan di taman tersebut.

Menurutnya, disebabkan pihak yang bertanggungjawab tidak menyenggara kawasan itu, penduduk di situ terpaksa bergotong-royong untuk membersihkannya.

"Kami ambil inisiatif sendiri walaupun ia sebenarnya bukan di bawah tanggungjawab penduduk namun kami hanya terdaya membersihkan kira-kira 40 peratus sahaja daripada pokok-pokok yang tumbuh meliar ini,'' katanya.

Zaidi berkata, satu lagi masalah ialah banyak kemudahan di taman rekreasi taman itu sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi oleh penduduk.

Beberapa kemudahan permainan kanak-kanak di situ dilihat menjadi mangsa vandalisme kerana dibakar dan dirosakkan.

Katanya, peralatan itu dirosakkan sejak beberapa tahun lalu semasa penduduk taman itu belum lagi mengupah pengawal keselamatan.

"Kita sudah adukan masalah ini kepada MPKj semenjak tahun 2006 lagi namun tiada sebarang tindakan diambil untuk menggantikan atau membaiki kemudahan permainan di situ.

"Kanak-kanak di sini tiada tempat untuk bermain malah kemudahan gelanggang bola keranjang dan sepak takraw langsung tidak boleh digunakan kerana sudah rosak teruk,'' katanya.

Menurutnya, pada waktu malam, padang itu sering menjadi tumpuan pasangan kekasih untuk melakukan kegiatan tidak bermoral kerana keadaannya yang gelap-gelita.

"Penduduk khususnya jawatankuasa surau pernah melakukan tangkapan mereka yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

"Tetapi jika ada lampu menerangi padang permainan ini, saya rasa tidak ada orang yang melakukan kegiatan tidak elok di sini," katanya.

Oleh itu, dia berharap pihak MPKj dapat turun padang memantau masalah di situ dan menyelesaikan beberapa masalah yang melanda di Desa Mewah.

"Kami juga berhak mendapat kehidupan lebih selesa dan terurus,'' katanya.
UUUNLKNLNKL’N2008

MPKj perlu jadual kerja tersusun; Utusan Malaysia 7/8/08

MPKj perlu jadual kerja tersusun

SEMENYIH 6 Ogos - Beberapa ahli jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Desa Mewah menggesa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyenggara taman perumahan itu dengan jadual yang tetap supaya lebih berkesan.
Menurut mereka, walaupun menyedari banyak lagi taman perumahan lain yang perlu diuruskan oleh MPKj tetapi mereka yakin MPKj dapat dilaksanakannya jika ada perancangan kerja yang tersusun.Sebagai permulaan, mereka menuntut segala aduan yang telah dikemukakan kepada MPKj dan pemaju semenjak dua tahun lalu diberikan perhatian segera.
Setiausaha Rukun Tetangga (RT) Taman Desa Mewah, Norman Md. Rabani, 34, berkata, tidak banyak yang mereka tuntut tetapi setakat ini, hanya satu sahaja permintaan mereka ditunaikan oleh MPKj iaitu pembinaan bonggol di Jalan 9 dan Jalan 10.
Namun, katanya, pembinaan bonggol itu diibaratkan melepaskan batuk di tangga kerana hanya dibina pada sebelah jalan sahaja. Tambahnya, penduduk meminta beberapa tambahan bonggol lagi di jalan yang sama kerana bonggol sedia ada tidak cukup untuk mengurangkan risiko kemalangan. "Kami berharap tiga bonggol tambahan dapat ditambah setiap satu di Jalan 9, Jalan 10 dan jalan keluar dari Taman Desa Mewah,'' katanya.
Mengenai beberapa masalah yang menghantui penduduk di situ, beliau berkata, pihaknya sudah berulang kali menghantar surat aduan kepada MPKj tetapi ia seperti mencurah air ke daun keladi. "Saya tidak faham mengapa pihak MPKj sukar menyelesaikan aduan penduduk Desa Mewah sedangkan ada di antara masalah itu sudah lama diadukan,'' katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi RT Taman Desa Mewah, Hassan Abdul Rashid, 38, berkata, pihak MPKj sewajarnya memberitahu kepada penduduk Desa Mewah jika ada sebarang projek hendak dilakukan di kawasan itu. "Penduduk di sini kadang-kadang terpinga-pinga apabila sesuatu projek atau pembinaan yang dilaksanakan kerana kami selaku RT Desa Mewah tidak tahu apa yang berlaku. Apa kami nak jawab bila penduduk bertanya,'' katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui penubuhan RT di taman itu membawa manfaat besar kerana telah berjaya mengurangkan kes jenayah sehingga 95 peratus. "Pada tahun 2005, sebanyak 31 meter paip air dan dua buah kereta penduduk telah hilang ekoran tiada kawalan keselamatan. "Tetapi hasil muafakat semua penduduk, kami bersama-sama mengupah pengawal dan keselamatan di Desa Mewah kini lebih terjamin,'' katanya. Walaupun begitu, beliau berharap pihak polis dapat terus melakukan rondaan di taman itu terutama selepas tengah malam kerana kawasan itu agak sunyi dan boleh dimasuki dari bahagian belakang dan tepi yang bersempadan dengan belukar, ladang getah dan taman perumahan lain,'' katanya.
Petikan dari Utusan Malaysia, 7/8/08
Projek buangan turunkan nilai hartanah di Semenyih



Saudara Pengarang,



SAYA amat menyokong keluhan Penduduk Sedih, Semenyih, Selangor pada 26 November 2004 mengenai pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan untuk menempatkan tapak penjara tahanan reman menggantikan Penjara Pudu dan tapak perkuburan bagi penduduk Kuala Lumpur di Semenyih. Saya percaya semua penduduk Semenyih juga bersetuju dengan keluhan tersebut.Ini memandangkan sebelum ini Semenyih yang sepatutnya dibangunkan berdasarkan pelan struktur yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kajang perlu mempertingkatkan kemudahan prasarana bagi penduduknya.Bukannya kemudahan orang lain yang tidak diperlukan dan dihumbankan ke Semenyih. Adakah cadangan tersebut termasuk dalam Pelan Struktur Semenyih? Saya melihat ia sebagai satu kesilapan besar bila sesuatu kawasan itu lambat dibangunkan dan masih banyak tanah pertanian yang boleh dijual untuk apa-apa tujuan sekali pun.Di Semenyih sendiri telah ada banyak projek yang dikatakan tidak mempunyai Feng Shui dan memberikan kemudahan kepada penduduknya seperti Penjara Kajang, Pusat Tahanan Pendatang Asing, Perkuburan terbesar Nirwana dan projek insinerator.Hampir semua projek ini boleh dikatakan ancaman keselamatan dan `hantu' kepada penduduk sekitarnya.Secara tidak langsung projek buangan itu akan menurunkan nilai hartanah di kawasan Semenyih.Lebuh raya yang sedia ada lebih menguntungkan kenderaan yang membawa pesalah/tahanan reman dan orang yang meninggal dunia berbanding penduduk Semenyih sendiri. Tapak asal Penjara Pudu pula dibangunkan untuk tujuan komersial dan kemudahan lain bagi penduduk sekitarnya manakala penduduk Semenyih menerima padahnya.Dalam hal ini, kerajaan perlu meneliti semula cadangan menempatkan penjara tahanan reman dan perkuburan bagi penduduk Kuala Lumpur di kawasan Semenyih. Cukuplah dengan apa yang telah ada. Cadangan untuk menempatkan tahanan reman dan tanah perkuburan tidak memerlukan kawasan yang besar. Kawasan lain seperti di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka yang berhampiran Kuala Lumpur mungkin mempunyai kawasan yang lebih sesuai bagi maksud tersebut.Saya percaya kerajaan negeri dan penduduk yang terlibat juga tidak menyokong projek tersebut ditempatkan di kawasan mereka. - PENDUDUK TAMAN DESA MEWAH, Semenyih, Selangor.



Dipetik dari Utusan Malaysia 7/8/08