Friday, May 1, 2020

KEJADIAN MENCURI & PECAH KERETA DI DESA MEWAH

Assalamualaikum wb & Selamat Sejahtera,

Dukacita dimaklumkn pada awal pg hari ni 6.4.20, hampir semua rumah sepanjang  JDM 1 telah dimasuki pencuri dalam kawasan pagar rumah (rumah tidak dimasuki) sekitar jam 1.50 hingga 5.15 pagi.

Antara barang yang dapat dicuri dalam kereta seperti duit, smart tag, kasut dll.

Minta semua qariah lebih berhati2 dan ambil langkah berjaga2. Pastikan pagar, kereta dan rumah dikunci serta buka lampu porch.

Jln 13 pun sama.. beberapa rumah telah dimasuki dalam kawasan porch sahaja. Pencuri akan ambil apa saja yang ada dalam kereta yang tak berkunci.

Sesiapa yg ada maklumat kes kecurian sepanjang PKP, minta selaraskn kes2 yg berlaku seperti 👇. Nanti saya masuk dalam group whatapps agar penduduk lebih alert.

Dato Norman

Kronologi kes pecah rumah/ kereta berlaku di taman sepanjang tempoh PKP

4.4.20
Jalan 12
Kereta paking di luar pagar. Barang dalam kereta kena geledah

6.4.20
Jalan DM 1
Sepanjang jalan dimasuki pencuri. Masuk kawasan pagar rumah tapi tak masuk rumah dari jam 1.50pg hingga 5.15pg. Barang yang hilang bagi kereta yg tak berkunci, kasut dll

Jalan DM13
Cubaan curi barangan dalam kereta - 5 buah kereta sekitar jam 5.00

Orang yang curi di JDM 1 & JDM13 adalah orang yang berbeza.

7.4.20
Jalan DM 5
Kereta paking di luar kena pecah cermin
2 rumah kereta dalam porch tak berkunci, ada barang kena curi.



No comments: