Desa Mewah 15/09/2017
Satu kejadian ragut telah berlaku di hadapan Kedai Acheh di Jalan 9, Desa Mewah. Kejadian ini melibatkan seorang wanita yang sedang mendukung anaknya untuk ke kedai Acheh membeli barang keperluan.
Suspek bertindak secara berkumpulan seramai 4 orang dengan menaiki motorsikal berwarna biru. No plat motorsikal berkenaan gagal diperolehi.
Diharapkan semua penduduk perlu lebih berhati terutamanya yang memakai barang kemas semasa keluar dari rumah dan sebagainya.
Sebelum ini dilaporkan terdapat juga kejadian pecah masuk rumah di jalan 3 dan dilaporkan penyamun mengambil basikal di dalam porch rumah.
No comments:
Post a Comment