Tuesday, September 24, 2013

Mesyuarat Keselamatan Zon 1 (Jalan 16- Jalan 19)


Berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat tergempar sebelum ini membincangkan keselamatan taman ini, Mesyuarat Keselamatan Peringkat Zon 1 (Jalan 16 - Jalan 19) telah diadakan pada 23/9/2013 di Bilik Gerakan RTDM.

Kesemua wakil jalan 16 sehingga jalan 19 hadir dalam perbincangan tersebut yang di pengerusikan oleh Tn Hj. Anuar (jalan 18) dan dipantau oleh Pengerusi RTDM, En. Norman.  


Antara wakil jalan yang hadir
Intipati daripada perbincangan tersebut adalah seperti berikut;

1. Setiap jalan akan dilantik wakil untuk memberikan penjelasan kepada penduduk
2. AJK akan merangka satu cadangan kawalan keselamatan dan akan dibentangkan kepada penduduk melalui wakil jalan.
3. Satu Questionnaire akan diberikan kepada penduduk untuk mendapatkan persetujuan serta kemudiannya pihak penduduk akan memberikan akujanji kepada cadangan tersebut sekiranya setuju.
4. Segala persoalan yang diutarakan oleh penduduk akan dibincangkan di peringkat AJK sebelum persetujuan dibuat.
5. Sekiranya ada pembayaran yang diperlukan, persetujuan bersama diperlukan dalam menentukan rate.
6. Kutipan sekiranya ada akan dilakukan oleh wakil jalan yang dipersetujui bersama.
7. Pihak AJK akan mendapatkan statistik persetujuan penduduk dahulu (sekiranya lebih dari 85% setuju) barulah perlaksanaan kawalan keselamatan zon 1 akan dijalankan. 15% yang tidak bersetuju pula akan memperolehi manafaat secara tak langsung, walaubagaimana pun pihak AJK berharap 100% penduduk akan bersetuju demi keselamatan bersama.
8. Cadangan yang diutarakan oleh penduduk boleh di ajukan kepada AJK terlibat @ emailkan kepada rukuntetanggadesamewah@gmail.com.  

Selanjutnya akan diperbincangkan di mesyuarat akan datang.  


MESYUARAT TERGEMPAR RTDM

Salam sejahtera,

Pihak RTDM telah mengadakan satu mesyuarat tergembar pada 20/9/2013 untuk membincangkan beberapa kejadian pecah rumah yang semakin meningkat dikebelakangan ini. 

Beberapa kejadian termasuk kejadian yang melibatkan mangsa ada dirumah telah berlaku. Kebimbangan penduduk semakin tinggi dan pihak RTDM mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara ini

Mesyuarat RTDM tergempar dipengerusikan oleh En. Norman
 Walaupun kawalan keselamatan telah dibubarkan sejak awal tahun ini berikutan kurangnya sambutan tetapi diatas kebimbangan segelintir penduduk dan pihak RTDM, RTDM berusaha untuk menghidupkan kembali kawalan keselamatan ini.


Beberapa pendekatan telah dibincangkan antaranya;

1. Cuba untuk menghidupkan kembali kawalan keselamatan
2. Mengecilkan kawasan kawalan dengan dibahagikan kepada beberapa zon (masalah sambutan/penyertaan dan kewangan).
3. Setiap zon contoh zon 1 (Jalan 16- Jalan 19) akan diketuai oleh seorang pengerusi dan ahlinya adalah seluruh penduduk zon tersebut.
4. Setiap zon akan mengendalikan sendiri kawalan keselamatan ini samada mengupah security company atau membuat rondaan sendiri oleh penduduk.
5. Pengerusi zon akan memutuskan selepas berdiskusi dengan penduduk akan langkah-langkah yang diambil dikawasan masing2.
6. Sekiranya pembayaran diperlukan, kerjasama penduduk zon tersebut amat diperlukan dan hanya akan digunakan untuk kawalan keselamatan atau aktiviti keselamatan zon tersebut sahaja.
7. Sekiranya ada sebarang persoalan sebagainya hendaklah diutarakan kepada Pengerusi @ Ajk zon tersebut.
8. Beberapa jalan (lorong tikus) akan ditutup terutamanya dihadapan Jalan 17.
9. Perkara berbangkit lain akan dibincangkan dalam mesyuarat zon.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut berkenaan dengan perkara ini boleh berhubung dengan Pengerusi RTDM, En. Norman serta AJK yang lain atau emailkan kepada rukuntetanggadesamewah@gmail.com.

BERSAMA MENJAGA KESELAMATAN DAN MENCEGAH JENAYAH
KEHARMONIAN DAN KESELESAAN TAMAN INI ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ambil Perhatian Warga Desa Mewah


PERHATIAN!!!!!!

SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN HARTA BENDA DAN NYAWA ANDA. NASIHATI ANAK-ANAK YANG BALIK SEKOLAH TERUTAMANYA DI TENGAHARI.

SEKIRANYA ADA INDIVIDU @ KERETA YANG MENCURIGAKAN DI SEKITAR KAWASAN RUMAH ATAU LORONG ANDA, LAPORKAN SEGERA KE NO TALIAN YANG DIBERIKAN.

KEPERIHATINAN TUAN PUAN AMAT DIHARGAI, BERSAMA KITA MENCEGAH JENAYAH.

Bolasepak U-12 Anjuran Sunway Semenyih

Team Desa Mewah Bersama Jurulatih En. Hafizi Zakaria
Tahniah atas penyertaan anak2 taman ini. Moga terus cemerlang.

Tuesday, August 6, 2013

16 TIP LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.

8 Langkah Keselamatan Jalan Raya 

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Sumber Kredit :  Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd (KPPPTMSB) dan blog http://akuanakpahang.blogspot.com/

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 

 Nama dan alamat
 Nombor telefon yang mudah dihubungi
 Tarikh berlepas dan balik
 nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN; 
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA”

POLIS SELANGOR           POLIS BUKIT AMAN
HOTLINE                           HOTLINE
03-2052 9999                     03-2031 9999



Monday, February 25, 2013

Pecah 3 rumah satu malam

Pecah 3 rumah satu malam

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

KAJANG: Kekerapan kejadian pecah rumah di Kampung Sungai Tangkas, di sini, sejak beberapa minggu lalu menimbulkan kebimbangan penduduk.
Tinjauan Metroplus mendapati, hampir setiap pelosok kampung digantung kain rentang memaparkan amaran kepada penduduk mengenai supaya berwaspada dengan kejadian pecah masuk yang makin berleluasa . Warga emas yang mahu dikenali sebagai Mariam, 65, mendakwa kejadian kes pecah rumah berlaku sejak sebelum Ramadan itu menyaksikan tiga kediaman menjadi sasaran dalam satu malam.

“Kejadian biasanya berlaku jam tiga pagi, namun, sejak akhir-akhir ini kejadian dilihat berkurangan,” katanya ketika ditemui Metroplus, semalam.
Menurut Mariam, dia difahamkan, tiga kali suspek kes itu ditangkap yang membabitkan penduduk kampung dan orang luar, tetapi dilepaskan atas alasan tiada bukti.

Penduduk yang mahu dikenali Jaja, 33, mendakwa kejadian pecah rumah itu menyukarkan penduduk meninggalkan kediaman terutama sepanjang Aidilfitri. “Kami gantung banting untuk mengingatkan penduduk supaya menjaga keselamatan mereka.

“Kehadiran polis peronda, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sendiri membuatkan kami berasa selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab menasihatkan penduduk di kampung berkenaan memaklumkan balai polis berhampiran jika ingin meninggalkan rumah bagi membolehkan polis melakukan pemantauan.

“Kain rentang tertera nombor telefon bimbit ketua setiap balai polis digantung di balai polis di daerah ini bagi membolehkan penduduk menghubungi anggota terbabit jika memerlukan sebarang bantuan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/08/26
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pecah3rumahsatumalam//Article/index_html 

Rela mencuri

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Relamencuri//Article/index_html
PUCHONG: Perbuatan licik seorang lelaki dipercayai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendalangi sekurang-kurangnya 10 kes jenayah pecah rumah di sekitar Bandar Baru Puchong, di sini, terbongkar apabila ditahan polis awal pagi semalam.
Tangkapan dilakukan kira-kira jam 4 pagi di rumahnya di Bukit Puchong selepas mendapat maklumat orang awam dan risikan dilakukan polis sejak beberapa minggu lalu. Suspek yang berusia 20-an itu dikesan mendalangi kegiatan pecah rumah terutama rumah sejak enam bulan lalu.

Turut dirampas di rumah suspek adalah pelbagai mata wang asing dan beberapa resit kedai pajak gadai yang menggunakan nama wanita dipercayai isterinya berusia 18 tahun.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata modus operandi suspek adalah dengan mengumpil bumbung sebelum memasuki rumah mangsa melalui bilik air.

“Dalam kejadian terbaru, Rabu lalu, suspek dikesan memecah masuk sebuah rumah di Taman Wawasan dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah RM6,000,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, dengan tertangkapnya suspek, polis menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes jenayah pecah rumah di kawasan berkenaan sepanjang enam bulan lalu.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Selain itu, polis juga akan menahan isteri suspek bagi membantu siasatan selain menyiasat kad perakuan anggota Rela yang ditemui di rumah suspek,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/05/07

Trend baru pecah rumah

KUALA LUMPUR: Kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri antara ‘hot spot’ terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kegiatan pecah rumah seakan menjadi trend apabila pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk berkenaan.

“Jika dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa,” katanya selepas merasmikan Penubuhan Komuniti Polis atau Community Policing di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima Kepong, di sini, semalam.
Katanya, pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.

Beliau turut menggalakkan suri rumah menyertai KP dan bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

“Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam,” katanya.
Penubuhan Komuniti Polis dianggap sebagai pendekatan praktikal polis bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penduduk setempat dan Rela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan masing-masing.

Acara lain diadakan ialah pameran dan pertunjukan aksi anjing mengesan dadah. Hadir sama Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner Ahasrap Khan M Aslam.
Hadir sama, Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner (ACP) Ahasrap Khan M Aslam.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/05/15http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Trendbarupecahrumah//Article/index_html

Dicekup bersama 20 komputer riba

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
KAJANG: Seorang lelaki tidak sempat menjual 20 komputer riba dianggarkan bernilai RM54,000 yang dicurinya dari sebuah kedai peralatan elektronik apabila dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, 20 Oktober lalu.
Suspek yang juga anggota ‘Geng Laptop’ dipercayai aktif melakukan jenayah pecah bangunan terutama kedai elektronik di sekitar Kajang ditahan di rumahnya di Taman Desa Baru, di sini, selepas polis menerima laporan daripada pemilik sebuah kedai elektronik di Batu 11, Cheras, yang dipecah masuk pada 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi tetapi disedari mangsa berusia 34 tahun ketika mahu memulakan perniagaannya kira-kira jam 7.30 pagi.
“Mangsa terkejut sejurus mendapati ruang pameran kedainya berselerak dan 20 komputer riba pelbagai jenama turut hilang.

“Mangsa mendapati terdapat kesan pintu belakang kedainya diumpil dan dipecahkan,” katanya.

Ab Rashid berkata, suspek dipercayai menjual komputer riba berkenaan kepada individu tertentu dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan polis sedang menjejaki individu yang pernah menjalankan urusan jual beli bersama suspek.
Dalam serbuan di rumah suspek, polis turut menemui pelbagai peralatan pecah rumah.

“Polis masih memburu seorang lagi suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.
“Hasil penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah kedai yang dilaporkan di sekitar Kajang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah.

Suspek kini direman dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 14 tahun dan denda.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/27http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dicekupbersama20komputerriba//Article/index_html

Pecah cermin larikan RM15,000

3  0 Google +0  0  0
Tawau: Seorang peniaga yang ke tandas sebuah gereja terkedu apabila cermin kereta miliknya pecah dan wang tunai miliknya RM15,000 turut lesap dipercayai dicuri dalam kejadian di Jalan Dunlop, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun dipercayai diekori seorang lelaki dengan menunggang motosikal selepas melakukan pengeluaran wang tunai di sebuah institusi kewangan di pusat bandar.

Menurut sumber, sebaik saja mangsa mengeluarkan wang RM15,000, dia dikatakan berhenti di sebuah gereja dan ke tandas untuk membuang air kecil.
“Sebaik keluar, mangsa yang meletakkan kenderaannya di kawasan parkir gereja berkenaan terkejut selepas mendapati cermin kiri belakang kereta pacuan empat rodanya pecah.

“Selepas melakukan pemeriksaan mangsa mendapati beg mengandungi wang tunai turut lesap,” katanya di sini semalam.

Selepas kejadian itu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, mangsa dipercayai diekori suspek ketika melakukan pengeluaran di bank berkenaan.

Menurutnya, ketika mangsa berhenti di tempat kejadian, penjenayah terbabit mengambil peluang memecahkan cermin kereta sebelum melarikan wang tunai di dalam keretanya.
“Hasil rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek menggunakan motosikal memecahkan cermin kereta berkenaan sebelum melarikan beg diletakkan di tempat duduk kiri belakang kenderaan mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PecahcerminlarikanRM15_000/Article/index_html

Maha kejam!

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
Temerloh: Seorang warga emas yang bertarung nyawa hampir setengah jam merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam, namun malang dia meninggal dunia berdekatan pintu rumah selepas pembunuh membakar kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, Ali Jaafar, 74, yang bekerja sebagai penjual madu mati akibat cedera di leher serta melecur di badan dan paha kiri manakala paha kanan hingga ke kaki rentung.
Kejadian disedari jirannya selepas melihat api marak membakar bumbung rumah serta sebuah bilik lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat serta BaIai Polis Lanchang.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba yang memeriksa rumah selepas memadam api, menemui mayat mangsa berlumuran darah di leher di depan pintu sebelum menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
FotoANGGOTA bomba memadamkan api sebelum menemui mayat mangsa di depan pintu rumah.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa telentang di depan pintu rumah dengan beberapa kesan tikaman di leher manakala dahi mangsa dipercayai dihentak dengan objek tumpul.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahakejam_/Article/index_htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahakejam_/Article/index_html

Friday, February 1, 2013

Kes Pecah Rumah Di Desa Mewah

Ini dia gambar pencuri di Taman Desa Mewah. Harap berwaspada. Kalau cam, tangkap dia dan serah kepada pihak polis. Dia dipercayai berkeliaran di taman kita untuk mencari peluang mencuri....
 Ini dia gambar pencuri di Taman Desa Mewah. Harap berwaspada. Kalau cam, tangkap dia dan serah kepada pihak polis. Dia dipercayai berkeliaran di taman kita untuk mencari peluang mencuri....
Ini dia gambar pencuri di Taman Desa Mewah. Harap berwaspada. Kalau cam, tangkap dia dan serah kepada pihak polis. Dia dipercayai berkeliaran di taman kita untuk mencari peluang mencuri....
Like · · · 8 hours ago

Desa Mewah security

Catherine
30 Jan (2 days ago)

to me
Good day,

It is very disappointed and worry regarding security condition in Desa Mewah.
Just within Jan 2013, the number of house break in cases is more than 3.
So, more aggressive and effective approach may need to consider to control the situation.
We need to ensure all warga desa mewah is contributing and consider monthly fund is must to ensure consistency security control operation.

Following is some suggestion to consider
1. Install CCTV at each corner. The security guard can monitor effectively.
2. Number of security guard needed also reduce - more cost efficient.
3. Install road and entry barrier with security system.
    Only resident here can enter. Resident have to take good care of the card,
     just like own credit card.
4. All path way behind houses is secured with fence. Compulsory.
5. All small gate of so called lorong tikus must be locked. Whom want to access,
    need to register to get the duplicate key.
6. Payment of each resident is every quarterly collection. This can minimize those
    unnecessary payment reminder resources.

Most of the resident do not want to participate is due to security unit cannot guarantee no thieves case. So, with CCTv and entry card excess system to control, this definitely can very much improve and prevent. We have concrete proof in case any suspecting person.

Initial fund to setup up may be not enough, however, we should request support and contribution from ADUN to support. This is also part of PDRM and kajang local council to ensure excellent and safe environment.

AJK rukun tetangga kindly arrange immediate gathering of all warga desa mewah to decide the security issue and get consensus action and countermeasure.
Pls send notice and compulsory attendance Of each house should be considered.

Co-operation is the key to ensure 100% secured place for us to stay.
Desa Mewah should famous as top security resident area.

Awaiting good news from Rukun Tetangga Desa Mewah.

Sent from my iPad
 
Feed from rukuntetanggadesamewah@gmail.com