Desa Mewah,
Setelah beberapa bulan telah dihentikan perkhidmatan kawalan keselamatan taman ini telah dimulakan kembali. Selama pemberhentian ini, ramai warga Desa Mewah telah mengesorkan supaya kawalan keselamatan diadakan semula kerana pelbagai jenayah yang telah berlaku.
Tarikh 1 April 2012, pihak RTDM telah berjaya melaksanakan kembali kawalan keselamatan di taman ini. Kali ini pihak RTDM telah bekerjasama dengan pihak RELA cawangan Semenyih dalam melaksanakan kawalan keselamatan ini.
Pada hari pertama, sambutan warga penduduk Desa Mewah adalah amat memberangsangkan, lebih dari 50% daripada penduduk telah mendaftar semula untuk perkhidmatan kawalan keselamatan ini. Pihak RTDM mengucapkan setinggi terima kasih atas kerjasama dan sambutan ini dan amat-amat berharap agar ianya akan berterusan selamanya.
Penutupan jalan akan lebih kemas dimasa akan datang dan buat sementara pihak RELA akan lebih kepada memberitahu maklumat kepada semua penduduk berkenaan dengan keselamatan seperti sticker kereta dan motor.
Pihak RTDM adalah terbuka kepada sebarang komen demi pembaikan dari segi perkhidmatan, pengurusan dan sebagainya. Sila salurkan komen-komen tersebut ke email RTDM di rukuntetanggadesamewah@gmail.com atau terus kepada AJK-AJK yang tersenarai dalam senarai AJK 2012-2013 yang telah dipilih.
Semoga keselamatan warga desa mewah termasuk harta benda dan nyawa akan lebih terjaga dan dapat kita menguruskan kelangsungan hidup harian dengan lebih rasa aman dan selesa.
TAHNIAH SEMUA.
No comments:
Post a Comment