Saturday, February 6, 2010

Panduan Keselamatan

Desa Mewah,

Sejak kebelakangan ini pelbagai perkara berlaku terutamanya pecah rumah, kecurian dan sebagainya. Keadaan ini akan menimbulkan rasa risau tentang keselamatan diri dan harta benda kita.

Pelbagai sebab membolehkan perkara ini berlaku dan antaranya ialah;

  1. Kecuaian seperti terlupa menutup pintu pagar.
  2. Membiarkan pintu kereta terbuka dengan enjin masih hidup semasa membuka pagar rumah
  3. Membiarkan pintu pagar dan pintu rumah terbuka tanpa pengawasan
  4. Mengalukan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam kawasan rumah terutamanya jurujual.
  5. Membiarkan anak-anak bermain diluar tanpa pengawasan
  6. Menyuruh anak-anak melihat/menyambut orang datang ke rumah tanpa mengenali orang tersebut.

Sekiranya anda melihat pembonceng motosikal atau pemandu kereta dalam keadaan yang mencurigakan, sila laporkan kepada polis atau jaga supaya tindakan dapat diambil seperti memeriksa kawasan tersebut atau menyoalsiasat pemandu terbabit.

Kerjasama anda adalah amat penting membolehkan pemberentasan jenayah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.



No comments: