Tuesday, September 24, 2013

Mesyuarat Keselamatan Zon 1 (Jalan 16- Jalan 19)


Berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat tergempar sebelum ini membincangkan keselamatan taman ini, Mesyuarat Keselamatan Peringkat Zon 1 (Jalan 16 - Jalan 19) telah diadakan pada 23/9/2013 di Bilik Gerakan RTDM.

Kesemua wakil jalan 16 sehingga jalan 19 hadir dalam perbincangan tersebut yang di pengerusikan oleh Tn Hj. Anuar (jalan 18) dan dipantau oleh Pengerusi RTDM, En. Norman.  


Antara wakil jalan yang hadir
Intipati daripada perbincangan tersebut adalah seperti berikut;

1. Setiap jalan akan dilantik wakil untuk memberikan penjelasan kepada penduduk
2. AJK akan merangka satu cadangan kawalan keselamatan dan akan dibentangkan kepada penduduk melalui wakil jalan.
3. Satu Questionnaire akan diberikan kepada penduduk untuk mendapatkan persetujuan serta kemudiannya pihak penduduk akan memberikan akujanji kepada cadangan tersebut sekiranya setuju.
4. Segala persoalan yang diutarakan oleh penduduk akan dibincangkan di peringkat AJK sebelum persetujuan dibuat.
5. Sekiranya ada pembayaran yang diperlukan, persetujuan bersama diperlukan dalam menentukan rate.
6. Kutipan sekiranya ada akan dilakukan oleh wakil jalan yang dipersetujui bersama.
7. Pihak AJK akan mendapatkan statistik persetujuan penduduk dahulu (sekiranya lebih dari 85% setuju) barulah perlaksanaan kawalan keselamatan zon 1 akan dijalankan. 15% yang tidak bersetuju pula akan memperolehi manafaat secara tak langsung, walaubagaimana pun pihak AJK berharap 100% penduduk akan bersetuju demi keselamatan bersama.
8. Cadangan yang diutarakan oleh penduduk boleh di ajukan kepada AJK terlibat @ emailkan kepada rukuntetanggadesamewah@gmail.com.  

Selanjutnya akan diperbincangkan di mesyuarat akan datang.  


MESYUARAT TERGEMPAR RTDM

Salam sejahtera,

Pihak RTDM telah mengadakan satu mesyuarat tergembar pada 20/9/2013 untuk membincangkan beberapa kejadian pecah rumah yang semakin meningkat dikebelakangan ini. 

Beberapa kejadian termasuk kejadian yang melibatkan mangsa ada dirumah telah berlaku. Kebimbangan penduduk semakin tinggi dan pihak RTDM mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara ini

Mesyuarat RTDM tergempar dipengerusikan oleh En. Norman
 Walaupun kawalan keselamatan telah dibubarkan sejak awal tahun ini berikutan kurangnya sambutan tetapi diatas kebimbangan segelintir penduduk dan pihak RTDM, RTDM berusaha untuk menghidupkan kembali kawalan keselamatan ini.


Beberapa pendekatan telah dibincangkan antaranya;

1. Cuba untuk menghidupkan kembali kawalan keselamatan
2. Mengecilkan kawasan kawalan dengan dibahagikan kepada beberapa zon (masalah sambutan/penyertaan dan kewangan).
3. Setiap zon contoh zon 1 (Jalan 16- Jalan 19) akan diketuai oleh seorang pengerusi dan ahlinya adalah seluruh penduduk zon tersebut.
4. Setiap zon akan mengendalikan sendiri kawalan keselamatan ini samada mengupah security company atau membuat rondaan sendiri oleh penduduk.
5. Pengerusi zon akan memutuskan selepas berdiskusi dengan penduduk akan langkah-langkah yang diambil dikawasan masing2.
6. Sekiranya pembayaran diperlukan, kerjasama penduduk zon tersebut amat diperlukan dan hanya akan digunakan untuk kawalan keselamatan atau aktiviti keselamatan zon tersebut sahaja.
7. Sekiranya ada sebarang persoalan sebagainya hendaklah diutarakan kepada Pengerusi @ Ajk zon tersebut.
8. Beberapa jalan (lorong tikus) akan ditutup terutamanya dihadapan Jalan 17.
9. Perkara berbangkit lain akan dibincangkan dalam mesyuarat zon.

Sekiranya ada pertanyaan lanjut berkenaan dengan perkara ini boleh berhubung dengan Pengerusi RTDM, En. Norman serta AJK yang lain atau emailkan kepada rukuntetanggadesamewah@gmail.com.

BERSAMA MENJAGA KESELAMATAN DAN MENCEGAH JENAYAH
KEHARMONIAN DAN KESELESAAN TAMAN INI ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Ambil Perhatian Warga Desa Mewah


PERHATIAN!!!!!!

SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN HARTA BENDA DAN NYAWA ANDA. NASIHATI ANAK-ANAK YANG BALIK SEKOLAH TERUTAMANYA DI TENGAHARI.

SEKIRANYA ADA INDIVIDU @ KERETA YANG MENCURIGAKAN DI SEKITAR KAWASAN RUMAH ATAU LORONG ANDA, LAPORKAN SEGERA KE NO TALIAN YANG DIBERIKAN.

KEPERIHATINAN TUAN PUAN AMAT DIHARGAI, BERSAMA KITA MENCEGAH JENAYAH.

Bolasepak U-12 Anjuran Sunway Semenyih

Team Desa Mewah Bersama Jurulatih En. Hafizi Zakaria
Tahniah atas penyertaan anak2 taman ini. Moga terus cemerlang.