Tuesday, August 6, 2013

16 TIP LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN.

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:

1. Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragakagak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan.

9. Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

10. Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

11. Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

12. Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

13. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

14. Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

15. Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas .

16. Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.

8 Langkah Keselamatan Jalan Raya 

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Sumber Kredit :  Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd (KPPPTMSB) dan blog http://akuanakpahang.blogspot.com/

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 

 Nama dan alamat
 Nombor telefon yang mudah dihubungi
 Tarikh berlepas dan balik
 nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti

9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN; 
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA”

POLIS SELANGOR           POLIS BUKIT AMAN
HOTLINE                           HOTLINE
03-2052 9999                     03-2031 9999