|
|
BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA
Monday, September 3, 2012
Kejayaan Polis Selangor, LAPAN DITAHAN PECAH RUMAH
Panduan Pencegahan Jenayah
Dipetik dari Portal Rasmi PDRM: http://www.rmp.gov.my/defaultbase.cfm?path=main/pencegahan.cfm?mod=21&recID=381
Senarai Panduan Pencegahan Jenayah :
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
KECURIAN KENDERAAN
TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:
CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:
RAGUT
di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
langkah-langkah keselamatan dari ragut:
Senarai Panduan Pencegahan Jenayah :
.......................................................................................................................................................
PENYELUK SAKU
cara untuk menghindari penyeluk saku:
PDRM sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan jenayah seumpama
ini. PDRM ingin menasihatkan semua pengunjung Internet supaya sentiasa
berwaspada dan mengelakkan diri menjadi mangsa penipu siber.
BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA PENIPU SIBER?
TIPS BAGI MENGELAKKAN DARIPADA DITIPU DI ALAM SIBER
LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA BERTEMU ATAU MENJADI MANGSA PENIPU SIBER
TIPS JIKA DITIPU DI ALAM SIBER
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PECAH RUMAH
Bila kes pecah rumah sering berlaku :-
Ikuti
perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untukmengetahui akan
program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung,terutamanya
ketika musim perayaan.
cara untuk menghindari penyeluk saku:
· Elakkan
dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh
membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
· Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
· Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli-belah.
· Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
· Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
· Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
JENAYAH SIBER
BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA PENIPU SIBER?
TIPS BAGI MENGELAKKAN DARIPADA DITIPU DI ALAM SIBER
- Sebelum berurusan jual beli di Internet, pastikan dahulu identiti orang yang anda berurusan adalah betul.
- Pastikan anda tahu maklumat-maklumat penting penjual tersebut seperti alamat, nombor telefon,email dan maklumat- maklumat penting lain.
- Sila buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepada anda. Pastikan ia adalah nombor akaun milik penjual yang sebenar.
- Sekiranya anda ada berhubung dengan penjual melalui email, sila simpan email tersebut bersama-sama dengan ムFull Email Headerメ.
- Sekiranya anda ada berhubung melalui telefon dengan penjual tersebut, sila simpan segala log file yang ada termasuk sms dan ムlog fileメ dan ムcall historyメ.
- Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
- Cuba elakkan daripada membeli barang-barang yang ditawarkan di Internet pada harga yang terlalu murah daripada harga asal oleh orang persendirian.
LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA BERTEMU ATAU MENJADI MANGSA PENIPU SIBER
TIPS JIKA DITIPU DI ALAM SIBER
- Cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di ムWallメ, ムPrivate Messageメ, email, sms,telefon dan sebagainya.
- Cetak maklumat-maklumat penjual/ suspek yang terdapat di akaun facebook tersebut.
- Cetak gambar-gambar produk yang ingin dibeli tersebut.
- Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
- Bawa semua perkara di atas kebalai polis dan buat laporan polis secepat yang mungkin.
- Teruskan berhubung dengan suspek dan melengah-lengahkan agar komunikasi dengan suspek tidak putus.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PECAH RUMAH
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5.
Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan
anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 6. Elakkan dari memberi
kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna モtimerヤ, alat kawalan waktu).
9.
Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan
ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda
tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya
bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara
komuniti dan polis.
11. Minta jiran tolong tengokkan rumah
sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat,
jika ada. 12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga
talian balai polis yang berhampiran.
Perlindungan keselamatan keadaan rumah:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang ムdoor viewerメ dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan ムCCTVメ.
6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7.
Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang
dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8.
Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang
boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
KECURIAN KENDERAAN
TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:
· Tempat
letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan
raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering
berlakunya jenayah ini.
CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
· Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.
· Pastikan juga kereta sentisa dikunci.
· Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
· Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta.
· Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting)
CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:
· Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
· Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
· Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu.
· Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri.
· Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
· Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
· Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
bagaimana ia boleh belaku:
· Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
· Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
· Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
· Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.
langkah-langkah keselamatan dari ragut:
· Sentiasa membawa wang secara minima.
· Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
· Sentiasa
membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang
pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak
dari berlaku kecederaan kerana diseret.
· Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
· Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
· Ketika
berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan
dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang
datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan
tangan kanan.
· Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
· Elakkan
dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di
atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
· Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
ROGOL
cara-cara mengelak dari kejadian rogol:
mengatasi ancaman rogol:
cara-cara mengelak dari kejadian rogol:
· Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
· Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
· Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
· Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
· Jangan
mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti
persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
· Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
· Tidak
mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk
makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
· Terlebih
dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat
awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan
mereka.
· Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
· Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
· Sentiasa
berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang
tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali
atau perangsang nafsu.
· Berwaspada
apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan
awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
· Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
mengatasi ancaman rogol:
· Undang-undang
membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan
menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh
menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
· Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
· Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
· Sekiranya
anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar
menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang
benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan
sebagainya untuk melawan.
· Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
· Untuk
membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh
badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan
polis.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
rompak/samun
ROMPAKAN DI RUMAH
ROMPAKAN di tempat awam
apa perlu dilakukan apabila anda dirompak.
ROMPAKAN DI RUMAH
· Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
· Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
· Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
· Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.
ROMPAKAN di tempat awam
· Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang berpeleseran di kawasan lif.
· Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.
· Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
· Apabila
anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif.
Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak
diingini.
· Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
· Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.
· Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam.
· Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.
apa perlu dilakukan apabila anda dirompak.
· Anda perlu bertenang.
· Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
· Perhatikan
gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku
pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis
untuk mengesan perompak berkenaan.
· Perhatikan
juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia
menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan
jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
· Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.
BERSAMA-SAMALAH KITA WASPADA DENGAN PERSEKITARAN, ELAKKAN DARI BERJALAN BERSEORANGAN DI TEMPAT GELAP DAN SUNYI, ELAKKAN DARI MENERIMA PELAWAAN DARI ORANG YANG TIDAK DIKENALI, SENTIASA PEKA TERUTAMA DI KAWASAN LETAK KERETA, SEKIRANYA NAMPAK SESEORANG YANG MENCURIGAKAN LAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA (CATAT NO KENDERAAN, AMATI KEADAAN FIZIKAL SBG), TIDAK MEBALAS EMAIL DARI PIHAK YANG MENCURIGAKAN DAN PASTIKAN PERKARA TERSEBUT DENGAN PIHAK YANG BERKAITAN DAN YANG PENTING BEKERJASAMA ANTARA KITA, SESAMA JIRAN SBG.
Berita Semasa : Op Selamat Lebih Positif
Dipetik dari Portal Ramsi Polis Diraja Malaysia: http://www.rmp.gov.my/
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Mohd Shareel shahriman.
Bukit Aman - 29 Ogos. "Saya berpendapat kempen Op Selamat ini telah menunjukkan impak yang positif, khususnya dari aspek sikap pengguna-pengguna jalan raya." Kata YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pada Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Op Selamat 2012 yang telah diadakan di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.
Dari segi bilangan kes, sebanyak 17,937
kemalangan telah dicatatkan pada tahun ini berbanding dengan 19,606 kes
bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 1,669 kes.
Berbanding dengan Ops Sikap ke-24, jumlah
kemalangan telah menurun sebanyak 8.5 peratus, jumlah kemalangan maut
menurun sebanyak 12.7 peratus dan jumlah kematian menurun sebanyak 15.9
peratus.
Bagi kemalangan maut pula, sebanyak 226
kes telah dicatatkan, melibatkan 243 kematian pada tahun ini, berbanding
259 kes pada tahun lepas yang melibatkan 289 kehilangan nyawa dan ini
menunjukkan penurunan sebanyak 46 kematian.
Menurutnya lagi, penglibatan
penguatkuasaan dari agensi-agensi lain telah menjuruskan kepada
penurunan kadar kemalangan dan maut. Dalam masa yang sama, faktor
kesedaran orang ramai mengenai kempen keselamatan ini juga mungkin
menyebabkan mereka lebih berhati-hati ketika di jalan raya kerana
menyedari mereka sedang di perhatikan.
Di dalam tempoh cuti hari raya ini juga,
menurut YDH Ketua Polis Negara, PDRM telah mendapat respon yang
menggalakkan daripada orang ramai iaitu sebanyak 26,726 tuan rumah telah
menggunakan saluran seperti SMS dan Hotline Rakan COP, serta menghantar
borang balik kampung di balai untuk memaklumkan kepada pihak polis
berkaitan rumah yang ditinggalkan kosong semasa perayaan dan pihak polis
telah menjalankan sebanyak 67,807 lawatan dan pemantauan ke rumah-rumah
tersebut.
Di majlis ini juga, YDH Ketua Polis
Negara turut menyampaikan Anugerah Pemandu Berhemah kepada 50 orang
pemandu berhemah iaitu terdiri daripada 10 orang pemandu bas, 10 orang
pemandu motokar dan 30 orang penunggang motosikal yang dipilih di atas
rekod pemandu-pemandu yang bebas daripada saman polis untuk 3 tahun
kebelakangan.
Bagi kategori daerah, tempat pertama
dimenangi oleh IPD Batu Pahat, IPD Subang Jaya di tempat kedua dan IPD
Kulai Jaya di tempat ketiga.
Bagi kategori Kontinjen pula, Kontinjen
Sabah di tempat pertama, Kontinjen Terengganu di tempat kedua dan
Kontinejen Kelantan ditempat ketiga.
Turut hadir pada majlis ini ialah YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid Pengarah KDN/KA PDRM, Y.Bhg Datoメ Noorizah binti Abdul Hamid Pengarah Urusan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (PLUS), Yang Berbahagia Encik Hamdan bin Ismail Naib Presiden Jualan Sektor Kerajaan Telekom Malaysia, Y.Bhg Datoメ Dr. Kuljit Singh Ear Nose Throat Konsultan Prince Court Medical Centre, Y.Bhg Prof. Dr Wong Shaw Voon Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan dan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Y.Bhg Encik Leslie Leon Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Kontinjen, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.
Antara yang hadir.
Antara yang hadir.
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Bersama tetamu.
Bersama tetamu.
Antara yang hadir.
Antara yang hadir.
Antara yang hadir.
Ucapan dari YDH Ketua Polis Negara.
Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.
Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.
Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah.
YDH Dato' Hj Hamza Bin Taib, PJP Sabah menerima anugerah Kontinjen Terbaik.
Gambar kenangan.
Latar Belakang Parlimen Hulu Langat
Hulu Langat
Hulu Langat is a district (daerah) and parliamentary constituency located between Kuala Lumpur and Putrajaya. Being located in the southeast corridor of the Klang Valley, it is quietly booming. The constituency encompasses the Kajang, Semenyih and Dusun Tua state seats.It is the fifth largest district in Selangor with a population of 915,667. It has a mix of urban and rural settlements with a majority of the population settling in towns near Kuala Lumpur. These population centers, such as Cheras and Ampang effectively became suburbs of the greater metropolitan area.
Population
City folks who want some peace and quiet away from the rat race in Kuala Lumpur are investing in properties here and settling down in new townships such as Bandar Sungai Long and Sunway Semenyih.According to the Population and Housing Census Malaysia 2000, Hulu Langat's population increased from 177,900 in 1980 to 413,900 in 1991 and 865,500 in 2000. Malays make up 53%, followed by the Chinese (36.5%), Indians (9.7%) and others (0.8%).
The number of registered voters as of September was 87,839 scattered in Kajang (29,095), Semenyih (27,203) and Dusun Tua (31,541).
Federal Parliament and State Assembly Seats
List of Hulu Langat district representatives in the Federal Parliament (Dewan Rakyat)
Parliament | Seat Name | Member of Parliament | Party |
---|---|---|---|
P99 | Ampang | Zuraida Kamarudin | PKR |
P100 | Pandan | Ong Tee Keat | BN |
P101 | Hulu Langat | Che Rosli Che Mat | PAS |
P102 | Serdang | Teo Nie Ching | DAP |
List of Hulu Langat district representatives in the State Legislative Assembly (Dewan Undangan Negeri)
Subscribe to:
Posts (Atom)