Salam Perpaduan,
Pihak RTDM telah pun kembali mengadakan kawalan keselamatan di beberapa pintu masuk ke Desa Mewah. Sepertimana yang diketahui oleh penduduk Desa Mewah, pihak RTDM telah bekerjasama dengan pihak RELA Semenyih untuk menyediakan kawalan keselamatan ini.
Laluan yang disediakan kawalan keselamatan adalah seperti berikut;
1. Di jalan masuk ke Jalan 1 - kawalan meliputi Jalan 1 sehingga Jalan 6
2. Di jalan utama ke rumah pangsa/Jalan 12 - kawalan meliputi Jalan 5 ke Jalan 8,
Jalan 11 ke Jalan 19 dan Jalan 20 ke Jalan 21 dan rumah flat.
3. Di jalan 9 ke Surau - kawalan meliputi Surau / Jalan11 ke Jalan 19.
Kini pihak RTDM telah memulakan menaiktarap kawalan keselamatan dengan menyediakan beberapa pembaikan seperti;
i) palang dimana RELA mengawal kenderaan keluar masuk di lokasi diatas
ii) memasang pagar keselamatan disekitar kawasan yang difikirkan kawasan terbuka dimana semua
orang tidak kira dalam @ luar boleh masuk ke Desa Mewah.
iii) palang di laluan keluar masuk (pintu kecil) disediakan di Jalan 18 untuk kemudahan penduduk
untuk ke Semenyih tetapi hanya pada waktu2 tertentu sahaja (pagi / tengahari / petang).
Namun begitu pihak RTDM masih mengharapkan kerjasama dan sokongan padu penduduk untuk menjayakan lagi kawalan keselamatan di Taman Desa Mewah. Status terkini pembayaran untuk unit keselamatan yang menyediakan kawalan keselamatan ini di tahap 50% sahaja. Masih ramai lagi yang tidak memberikan sokongan padu kepada pihak RTDM.
Dimaklumkan kepada warga penduduk Desa Mewah, bayaran yang dikenakan hanya digunakan untuk pembayaran kepada pihak RELA secara bulanan dan juga untuk menaiktaraf perkhidmatan kawalan keselamatan. Sekiranya penduduk masih sangsi terhadap pengurusan kewangan RTDM penduduk adalah dialu-alukan untuk berhubung dengan pihak Pengerusi dan Bendahari RTDM untuk menyemak akaun kewangan RTDM.
Penduduk juga dialu-alukan untuk hadir dalam mesyuarat bulanan untuk bertanya atau memberikan pendapat dan pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan RTDM. Kami sebagai wakil suara penduduk Desa Mewah akan cuba memberikan yang terbaik dengan sokongan padu semua penduduk.
Pihak RTDM juga khuatir sekiranya pembayaran kepada Unit Keselamatan ini berkurangan, kemungkinan perkhidmatan kawalan keselamatan juga akan mendapat kesan negative (mungkin dibubarkan lagi).
Pihak RTDM dengan serius mengharapkan kerjasama dan sokongan padu semua warga penduduk Desa Mewah demi menjaga keselamatan, kemakmuran dan keselesaan penduduk menjalani kehidupan harian di taman ini.