Masalah anjing liar yang berkeliaran di taman ini adalah satu isu yang lama. Beberapa aduan telah pun dibuat dan difahamkan Jabatan Penguatkuasa MPKJ (Bahagian Haiwan ) telah beberapa kali datang untuk menangkap anjing-anjing tersebut namun gagal.
Anjing liar yang berkeliaran di Jalan 5.
Anjing liar seperti bersedia untuk mengejar penduduk.
Anjing liar ini amat merbahaya kerana telah berlaku beberapa kejadian kanak-kanak dari taska serta rumah barhampiran telah dikejar oleh anjing-anjing tersebut. Walaupun tiada kemalangan atau kecederaan di laporkan namun ianya memungkinkan kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
RTDM difahamkan juga bilangan anjing-anjing ini kini telah berkurangan daripada tahun lepas tetapi ianya masih lagi menjadi ancaman kepada penduduk.
RTDM mengharapkan penduduk tidak memberikan makanan kepada anjing-anjing liar ini kerana ini akan menyebabkan bilangan anjing ini akan bertambah dan seterusnya akan menjadi masalah di taman ini.
RTDM juga ingin menarik perhatian pemilik-pemilik anjing supaya tidak melepaskan anjing-anjing mereka terutamanya diluar kawasan pagar mereka tanpa kawalan. Diharapkan juga agar anjing-anjing mereka tidak dibawa ke taman permainan kanak-kanak kerana ianya akan menjadi isu sensetif terutamanya kepada warga Desa Mewah yang beragama Islam.
Ianya juga akan membahayakan kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu terutamanya diwaktu petang.
Anjing liar cuba masuk ke dalam kawasan pagar dan menyelongkar tong sampah.
Kerjasama semua pihak amat diharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan.