Monday, June 23, 2008

Lanjutan Gotong Royong 2

Lanjutan dari Gotong Royong 1 yang telah diadakan dengan jayanya pada minggu lepas, RTDM telah menganjurkan Gotong Royong 2 pada Ahad lepas.

Pada kali ini, RTDM telah mendapat kerjasama dari MPKJ untuk mengangkut sampah ke tempat pembuangan sampah.
MPKJ telah menghantar 2 lori serta 1 sky crane untuk tujuan ini.

Semua yang terlibat telah mula berkumpul di perkarangan bilik gerakan RTDM pada jam 9.00 pagi.
Sebelum dimulakan gotong royong ini, En. Norman telah memberikan sedikit briefing kepada wakil MPKJ dan penduduk yang terlibat berkenaan dengan aturcara kerja.

Kerja-kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 9.30 pagi.

Bermula dengan pembersihan pokok yang telah ditebang pada Ahad minggu yang sebelumnya di simpang tiga jalan utama ke Desa Mewah.

Kesemua pokok dikiri kanan jalan telah di punggah ke dalam lori. Pihak MPKJ telah membawa mesin pemotong untuk memudahkan kerja-kerja pemunggahan.


Akhirnya, 2 lori sampah MPKJ telah di penuhkan dengan sampah dikiri kanan jalan untuk di buang ke tempat pembuangan sampah.








Seterusnya pengemasan jalan disepanjang jalan hingga ke pondok jaga RTDM telah selesai pada jam 2.00 petang.




Kerjasama ini diharap dapat diteruskan dimasa-masa akan datang samada dengan penduduk Desa Mewah sendiri atau dengan mana-mana agensi kerajaan.
Ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim serta dapat memesrakan dan merapatkan lagi hubungan.
RTDM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Tuesday, June 17, 2008

Gotong Royong 2

Lanjutan dari gotong royong 1 pada Ahad lepas, RTDM akan meneruskan gotong royong ke-2 pada;

Tarikh : Ahad 22 Jun 2008
Masa : 8.30 pagi
Tempat berkumpul : Bilik Gerakan RTDM

Gotong royong ke 2 ini adalah untuk menyudahkan, mengemaskan dan menyiapkan kerja yang tertangguh pada hari Ahad lepas.

Penduduk yang berkelapangan dijemput untuk bekerjasama dengan AJK RT.

Kesudian tuan untuk menyertai gotong royong adalah amat dihargai.

Monday, June 16, 2008

Gotong Royong

RTDM telah menganjurkan satu gotong royong untuk membersihkan kawasan sidetable di sepanjang jalan masuk ke Desa Mewah.
Aktiviti ini telah dijalankan pada 15 June 2008 bermula jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.30 tengahari.
Sambutan yang diberikan agak menggalakan dikalangan AJK RTDM serta penduduk yang berkesempatan. Hampir 20 peserta telah terlibat.
Aktiviti ini bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama serta berkenalan antara penduduk taman ini juga bersama-sama mempertingkatan kesedaran untuk menjaga kebersihan di kawasan taman perumahan.

Dengan itu RTDM mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua yang terlibat dan mengharapkan aktiviti seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih baik dimasa hadapan.

Friday, June 13, 2008

Mesyuarat Bulanan (Jun 2008) RTDM

Tarikh: Sabtu 21 Jun 2008

Masa: 9.30 malam

Tempat: Bilik Mesyuarat, Bilik Mesyuarat RTDM

Agenda:
  1. Membentangkan & menyetujui minit mesyuarat bulan Mei 2008
  2. Membentangkan isu-isu terkini
  3. Membentangkan serta menyusun aktiviti yang akan dijalankan & dalam perancangan
  4. Membincangkan masalah, pendapat, komen serta mencari & menyetujui jalan penyelesaian yang dibincangkan.
  5. Hari Keluarga (sukaneka)
  6. Pembentangan Kewangan RTDM
  7. Isu-isu berbangkit

Kehadiran semua AJK RTDM serta pemerhati yang dijemput adalah diwajibkan untuk melicinkan perjalanan mesyuarat.

SILA DATANG AWAL UNTUK MENGELAKKAN MESYUARAT HABIS LAMBAT!!!!!!

Sekian, terima kasih.

Moderator RTDM.

Cadangan & Komen Untuk Memperbaiki Perkhidmatan Unit Keselamatan (Guard)

Warga Penduduk Desa Mewah adalah dialu-alukan untuk memberikan pendapat serta komen yang bernas serta membina untuk memperbaiki perkhidmatan "SECURITY GUARD" taman ini.

Pendapat & komen mestilah didalam lingkungan tatasusila serta peradaban bangsa Malaysia yang bersopan santun.

Komen serta pendapat yang tidak menepati peraturan diatas akan di padamkan dari blog ini.

Segala cadangan & komen boleh dilakukan dengan mengisi ruang komen di post ini @ emailkannya kepada rukuntetanggadesamewah@gmail.com.

Kerjasama dari warga penduduk adalah amat diharapkan dan dihargai.

Semoga kita menjadi warga yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama.

Sekian.

Moderator RTDM.

Thursday, June 12, 2008

Senaman Tai Ji Qi Gong

Dengan tujuan menjaga kesihatan serta melepaskan tekanan dan bebanan kerja, RTDM menganjurkan senaman Tai Ji Qi Gong.
Senaman ini akan diketuai oleh Master Chew Tham Swee.
RTDM akan memulakan senaman ini seperti berikut;
Tarikh : Setiap Ahad, bermula dari 6 Julai 2008
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Perkarangan Bilik Gerakan Desa Mewah
Semua Warga Desa Mewah adalah dijemput tanpa mengira bangsa dan usia.
Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman serta cara pemakanan yang betul demi minda yang baik.
Ada tips-tips yang berguna akan diberikan untuk diamalkan.
Penyertaan adalah PERCUMA.

Wednesday, June 11, 2008

Latar Belakang Rukun Tetangga Desa Mewah

Desa Mewah adalah satu taman perumahan yang mengandungi beberapa jenis kediaman dan disiapkan dalam beberapa fasa. Taman ini mula dihuni pada 2002 dan sehingga kini hampir 90% unit rumah telah diduduki.

Jenis rumah serta jumlah kuantiti;

Daripada jumlah unit rumah serta kedai pejabat tersebut, sejumlah 804 unit telah diduduki.
Statistic bertarikh 30 Mac 2008 oleh RTDM
Rukun Tetangga Desa Mewah telah ditubuhkan di atas inisiatif sekumpulan penduduk taman (AJK Penaja) untuk membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang timbul.
Lanjutan daripada beberapa mesyuarat tidak rasmi, satu mesyuarat penubuhan telah diadakan bertempat di Stadium Mini, Desa Mewah pada November 2006.

Matlamat utama penubuhan Rukun Tetangga adalah untuk membantu dalam mengurangkan kes-kes kecurian, pecah rumah dan lain-lain soal keselamatan di taman ini.

Rukun Tetangga adalah satu entity untuk semua penduduk tanpa mengira kaum, usia dan agama. Rukun Tetangga telah menubuhkan Unit Keselamatan untuk membantu mengawal taman ini. Peringkat awalnya, satu agensi pengawal keselamatan dilantik dengan operasi hanya pada waktu siang (12 jam) dengan 3 orang pengawal. Kini unit keselamatan yang dikendalikan oleh Rukun Tetangga telah bertambah kukuh dengan pengawal seramai 6 orang (kawalan 24 jam).

Penyertaan ke dalam unit keselamatan adalah tidak secara automatic tetapi penduduk perlu mendaftar.

Sehingga kini % penyertaan penduduk ke dalam Unit Keselamatan bertambah seperti dibawah;


Statistic bertarikh 30 Mac 2008 oleh RTDM

Pecahan penduduk berdaftar dengan UNIT Keselamatan RTDM mengikut kaum;



RUKUN TETANGGA DESA MEWAH (RTDM) TELAH DI ISYTIHARKAN BERDAFTAR DENGAN JABATAN PERPADUAN NEGARA PADA 25 JULAI 2007

Pertandingan Karom Tertutup Desa Mewah 2008

RTDM menganjurkan pertandingan KAROM Tertutup Desa Mewah yang akan dilangsungkan pada 29 Jun 2008.

Pertandingan ini terbuka hanya kepada warga DESA MEWAH.Penyertaan telah dibuka sejak awal Jun 2008 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Jun 2008.

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan AJK-AJK yang disenaraikan dibawah;
1. Cikgu Razak 019-2154364
2. En. Mahadi 013-2742505 , 019-9817516
3. En. Mat Nor 012-2210541

Pendaftaran dibuka sekarang. Penyertaan adalah terhad.

MERIAHKANLAH SETIAP ACARA ANJURAN RTDM DEMI UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM DIKALANGAN PENDUDUK.

Hari Sukaneka Desa Mewah (Hari Keluarga)

RTDM akan menganjurkan Hari Sukaneka (Hari Keluarga) untuk warga DESA MEWAH.

Tarikh : 10 Ogos 2008

Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang

Lokasi : Padang Bola bersebelahan Surau Desa Mewah

Pelbagai acara akan diadakan yang melibatkan keseluruhan warga Desa Mewah tidak kira peringkat umur dan bangsa.Antara acara yang bakal diadakan seperti;

1. Isi air dalam botol
2. Tiup belon
3. Lari dalam guni
4. Bawa bola pingpong dengan sudu
5. Teh tarik
6. Boling dengan buah kelapa
7. Basikal lambat
8. Terompah gergasi dsb

Untuk pendaftaran serta keterangan lanjut untuk menyertai acara-acara yang bakal dipertandingkan, warga Desa Mewah boleh berhubung dengan sekretariat dibawah;
* En. Shariful Azman 012-2629395
* En. Hisham Ahmad 012-3708167
* En. Norman Md Rabani 019-2255282
* En. Sharudin Shaari 013-6431137

Penyertaan seluruh penduduk adalah amat di alu-alukan serta kehadiran beramai-ramai dapat memeriahkan lagi acara yang akan berlangsung nanti.