BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA
Monday, June 30, 2008
Monday, June 23, 2008
Lanjutan Gotong Royong 2
Lanjutan dari Gotong Royong 1 yang telah diadakan dengan jayanya pada minggu lepas, RTDM telah menganjurkan Gotong Royong 2 pada Ahad lepas.

Bermula dengan pembersihan pokok yang telah ditebang pada Ahad minggu yang sebelumnya di simpang tiga jalan utama ke Desa Mewah.
Akhirnya, 2 lori sampah MPKJ telah di penuhkan dengan sampah dikiri kanan jalan untuk di buang ke tempat pembuangan sampah.

Kerjasama ini diharap dapat diteruskan dimasa-masa akan datang samada dengan penduduk Desa Mewah sendiri atau dengan mana-mana agensi kerajaan.
Pada kali ini, RTDM telah mendapat kerjasama dari MPKJ untuk mengangkut sampah ke tempat pembuangan sampah.
MPKJ telah menghantar 2 lori serta 1 sky crane untuk tujuan ini.

Sebelum dimulakan gotong royong ini, En. Norman telah memberikan sedikit briefing kepada wakil MPKJ dan penduduk yang terlibat berkenaan dengan aturcara kerja.
Kerja-kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 9.30 pagi.
Bermula dengan pembersihan pokok yang telah ditebang pada Ahad minggu yang sebelumnya di simpang tiga jalan utama ke Desa Mewah. Kesemua pokok dikiri kanan jalan telah di punggah ke dalam lori. Pihak MPKJ telah membawa mesin pemotong untuk memudahkan kerja-kerja pemunggahan.
Akhirnya, 2 lori sampah MPKJ telah di penuhkan dengan sampah dikiri kanan jalan untuk di buang ke tempat pembuangan sampah.

Seterusnya pengemasan jalan disepanjang jalan hingga ke pondok jaga RTDM telah selesai pada jam 2.00 petang.

Kerjasama ini diharap dapat diteruskan dimasa-masa akan datang samada dengan penduduk Desa Mewah sendiri atau dengan mana-mana agensi kerajaan.Ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim serta dapat memesrakan dan merapatkan lagi hubungan.
RTDM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Tuesday, June 17, 2008
Gotong Royong 2
Lanjutan dari gotong royong 1 pada Ahad lepas, RTDM akan meneruskan gotong royong ke-2 pada;
Tarikh : Ahad 22 Jun 2008
Masa : 8.30 pagi
Tempat berkumpul : Bilik Gerakan RTDM
Gotong royong ke 2 ini adalah untuk menyudahkan, mengemaskan dan menyiapkan kerja yang tertangguh pada hari Ahad lepas.
Penduduk yang berkelapangan dijemput untuk bekerjasama dengan AJK RT.
Kesudian tuan untuk menyertai gotong royong adalah amat dihargai.

Monday, June 16, 2008
Gotong Royong
RTDM telah menganjurkan satu gotong royong untuk membersihkan kawasan sidetable di sepanjang jalan masuk ke Desa Mewah.
Aktiviti ini telah dijalankan pada 15 June 2008 bermula jam 9.00 pagi hingga ke jam 1.30 tengahari.
Sambutan yang diberikan agak menggalakan dikalangan AJK RTDM serta penduduk yang berkesempatan. Hampir 20 peserta telah terlibat.
Aktiviti ini bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama serta berkenalan antara penduduk taman ini juga bersama-sama mempertingkatan kesedaran untuk menjaga kebersihan di kawasan taman perumahan.
Dengan itu RTDM mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua yang terlibat dan mengharapkan aktiviti seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih baik dimasa hadapan.

Friday, June 13, 2008
Mesyuarat Bulanan (Jun 2008) RTDM
Tarikh: Sabtu 21 Jun 2008
Masa: 9.30 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, Bilik Mesyuarat RTDM
Agenda:
Masa: 9.30 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, Bilik Mesyuarat RTDM
Agenda:
- Membentangkan & menyetujui minit mesyuarat bulan Mei 2008
- Membentangkan isu-isu terkini
- Membentangkan serta menyusun aktiviti yang akan dijalankan & dalam perancangan
- Membincangkan masalah, pendapat, komen serta mencari & menyetujui jalan penyelesaian yang dibincangkan.
- Hari Keluarga (sukaneka)
- Pembentangan Kewangan RTDM
- Isu-isu berbangkit
Kehadiran semua AJK RTDM serta pemerhati yang dijemput adalah diwajibkan untuk melicinkan perjalanan mesyuarat.
SILA DATANG AWAL UNTUK MENGELAKKAN MESYUARAT HABIS LAMBAT!!!!!!
Sekian, terima kasih.
Moderator RTDM.
Cadangan & Komen Untuk Memperbaiki Perkhidmatan Unit Keselamatan (Guard)
Warga Penduduk Desa Mewah adalah dialu-alukan untuk memberikan pendapat serta komen yang bernas serta membina untuk memperbaiki perkhidmatan "SECURITY GUARD" taman ini.
Pendapat & komen mestilah didalam lingkungan tatasusila serta peradaban bangsa Malaysia yang bersopan santun.
Komen serta pendapat yang tidak menepati peraturan diatas akan di padamkan dari blog ini.
Segala cadangan & komen boleh dilakukan dengan mengisi ruang komen di post ini @ emailkannya kepada rukuntetanggadesamewah@gmail.com.
Kerjasama dari warga penduduk adalah amat diharapkan dan dihargai.
Semoga kita menjadi warga yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan bersama.
Sekian.

Thursday, June 12, 2008
Senaman Tai Ji Qi Gong
Dengan tujuan menjaga kesihatan serta melepaskan tekanan dan bebanan kerja, RTDM menganjurkan senaman Tai Ji Qi Gong.
Senaman ini akan diketuai oleh Master Chew Tham Swee.
RTDM akan memulakan senaman ini seperti berikut;
Tarikh : Setiap Ahad, bermula dari 6 Julai 2008
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Perkarangan Bilik Gerakan Desa Mewah
Semua Warga Desa Mewah adalah dijemput tanpa mengira bangsa dan usia.
Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman serta cara pemakanan yang betul demi minda yang baik.
Ada tips-tips yang berguna akan diberikan untuk diamalkan.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Subscribe to:
Posts (Atom)