Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Keselamatan Desa Mewah

Salam Perpaduan,

Pihak RTDM telah pun kembali mengadakan kawalan keselamatan di beberapa pintu masuk ke Desa Mewah. Sepertimana yang diketahui oleh penduduk Desa Mewah, pihak RTDM telah bekerjasama dengan pihak RELA Semenyih untuk menyediakan kawalan keselamatan ini. 

Laluan  yang disediakan kawalan keselamatan adalah seperti berikut;

    1. Di jalan masuk ke Jalan 1 - kawalan meliputi Jalan 1 sehingga Jalan 6
    2. Di jalan utama ke rumah pangsa/Jalan 12 - kawalan meliputi Jalan 5 ke Jalan 8, 
        Jalan 11 ke Jalan 19 dan Jalan 20 ke Jalan 21 dan rumah flat.
    3. Di jalan 9 ke Surau - kawalan meliputi Surau / Jalan11 ke Jalan 19.

Kini pihak RTDM telah memulakan menaiktarap kawalan keselamatan dengan menyediakan beberapa pembaikan seperti;
    i) palang dimana RELA mengawal kenderaan keluar masuk di lokasi diatas
   ii) memasang pagar keselamatan disekitar kawasan yang difikirkan kawasan terbuka dimana semua 
       orang tidak kira dalam @ luar boleh masuk ke Desa Mewah.
  iii) palang di laluan keluar masuk (pintu kecil) disediakan di Jalan 18 untuk kemudahan penduduk 
        untuk ke Semenyih tetapi hanya pada waktu2 tertentu sahaja (pagi / tengahari / petang).




Namun begitu pihak RTDM masih mengharapkan kerjasama dan  sokongan padu penduduk untuk menjayakan lagi kawalan keselamatan di Taman Desa Mewah. Status terkini pembayaran untuk unit keselamatan yang menyediakan kawalan keselamatan ini di tahap 50% sahaja. Masih ramai lagi yang tidak memberikan sokongan padu kepada pihak RTDM. 

Dimaklumkan kepada warga penduduk Desa Mewah, bayaran yang dikenakan hanya digunakan untuk pembayaran kepada pihak RELA secara bulanan dan juga untuk menaiktaraf perkhidmatan kawalan keselamatan. Sekiranya penduduk masih sangsi terhadap pengurusan kewangan RTDM penduduk adalah dialu-alukan untuk berhubung dengan pihak Pengerusi dan Bendahari RTDM untuk menyemak akaun kewangan RTDM. 

Penduduk juga dialu-alukan untuk hadir dalam mesyuarat bulanan untuk bertanya atau memberikan pendapat dan pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan RTDM. Kami sebagai wakil suara penduduk Desa Mewah akan cuba memberikan yang terbaik dengan sokongan padu semua penduduk.

Pihak RTDM juga khuatir sekiranya pembayaran kepada Unit Keselamatan ini berkurangan, kemungkinan perkhidmatan kawalan keselamatan juga akan mendapat kesan negative (mungkin dibubarkan lagi).

Pihak RTDM dengan serius mengharapkan kerjasama dan sokongan padu semua warga penduduk Desa Mewah demi menjaga keselamatan, kemakmuran dan keselesaan penduduk menjalani kehidupan harian di taman ini.

   

Friday, August 8, 2008

Projek buangan turunkan nilai hartanah di Semenyih



Saudara Pengarang,



SAYA amat menyokong keluhan Penduduk Sedih, Semenyih, Selangor pada 26 November 2004 mengenai pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan untuk menempatkan tapak penjara tahanan reman menggantikan Penjara Pudu dan tapak perkuburan bagi penduduk Kuala Lumpur di Semenyih. Saya percaya semua penduduk Semenyih juga bersetuju dengan keluhan tersebut.Ini memandangkan sebelum ini Semenyih yang sepatutnya dibangunkan berdasarkan pelan struktur yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kajang perlu mempertingkatkan kemudahan prasarana bagi penduduknya.Bukannya kemudahan orang lain yang tidak diperlukan dan dihumbankan ke Semenyih. Adakah cadangan tersebut termasuk dalam Pelan Struktur Semenyih? Saya melihat ia sebagai satu kesilapan besar bila sesuatu kawasan itu lambat dibangunkan dan masih banyak tanah pertanian yang boleh dijual untuk apa-apa tujuan sekali pun.Di Semenyih sendiri telah ada banyak projek yang dikatakan tidak mempunyai Feng Shui dan memberikan kemudahan kepada penduduknya seperti Penjara Kajang, Pusat Tahanan Pendatang Asing, Perkuburan terbesar Nirwana dan projek insinerator.Hampir semua projek ini boleh dikatakan ancaman keselamatan dan `hantu' kepada penduduk sekitarnya.Secara tidak langsung projek buangan itu akan menurunkan nilai hartanah di kawasan Semenyih.Lebuh raya yang sedia ada lebih menguntungkan kenderaan yang membawa pesalah/tahanan reman dan orang yang meninggal dunia berbanding penduduk Semenyih sendiri. Tapak asal Penjara Pudu pula dibangunkan untuk tujuan komersial dan kemudahan lain bagi penduduk sekitarnya manakala penduduk Semenyih menerima padahnya.Dalam hal ini, kerajaan perlu meneliti semula cadangan menempatkan penjara tahanan reman dan perkuburan bagi penduduk Kuala Lumpur di kawasan Semenyih. Cukuplah dengan apa yang telah ada. Cadangan untuk menempatkan tahanan reman dan tanah perkuburan tidak memerlukan kawasan yang besar. Kawasan lain seperti di Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka yang berhampiran Kuala Lumpur mungkin mempunyai kawasan yang lebih sesuai bagi maksud tersebut.Saya percaya kerajaan negeri dan penduduk yang terlibat juga tidak menyokong projek tersebut ditempatkan di kawasan mereka. - PENDUDUK TAMAN DESA MEWAH, Semenyih, Selangor.



Dipetik dari Utusan Malaysia 7/8/08

Monday, June 23, 2008

Lanjutan Gotong Royong 2

Lanjutan dari Gotong Royong 1 yang telah diadakan dengan jayanya pada minggu lepas, RTDM telah menganjurkan Gotong Royong 2 pada Ahad lepas.

Pada kali ini, RTDM telah mendapat kerjasama dari MPKJ untuk mengangkut sampah ke tempat pembuangan sampah.
MPKJ telah menghantar 2 lori serta 1 sky crane untuk tujuan ini.

Semua yang terlibat telah mula berkumpul di perkarangan bilik gerakan RTDM pada jam 9.00 pagi.
Sebelum dimulakan gotong royong ini, En. Norman telah memberikan sedikit briefing kepada wakil MPKJ dan penduduk yang terlibat berkenaan dengan aturcara kerja.

Kerja-kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 9.30 pagi.

Bermula dengan pembersihan pokok yang telah ditebang pada Ahad minggu yang sebelumnya di simpang tiga jalan utama ke Desa Mewah.

Kesemua pokok dikiri kanan jalan telah di punggah ke dalam lori. Pihak MPKJ telah membawa mesin pemotong untuk memudahkan kerja-kerja pemunggahan.


Akhirnya, 2 lori sampah MPKJ telah di penuhkan dengan sampah dikiri kanan jalan untuk di buang ke tempat pembuangan sampah.








Seterusnya pengemasan jalan disepanjang jalan hingga ke pondok jaga RTDM telah selesai pada jam 2.00 petang.




Kerjasama ini diharap dapat diteruskan dimasa-masa akan datang samada dengan penduduk Desa Mewah sendiri atau dengan mana-mana agensi kerajaan.
Ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim serta dapat memesrakan dan merapatkan lagi hubungan.
RTDM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, June 12, 2008

Senaman Tai Ji Qi Gong

Dengan tujuan menjaga kesihatan serta melepaskan tekanan dan bebanan kerja, RTDM menganjurkan senaman Tai Ji Qi Gong.
Senaman ini akan diketuai oleh Master Chew Tham Swee.
RTDM akan memulakan senaman ini seperti berikut;
Tarikh : Setiap Ahad, bermula dari 6 Julai 2008
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Perkarangan Bilik Gerakan Desa Mewah
Semua Warga Desa Mewah adalah dijemput tanpa mengira bangsa dan usia.
Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan senaman serta cara pemakanan yang betul demi minda yang baik.
Ada tips-tips yang berguna akan diberikan untuk diamalkan.
Penyertaan adalah PERCUMA.