Tawau: Seorang peniaga yang ke tandas sebuah gereja terkedu apabila
cermin kereta miliknya pecah dan wang tunai miliknya RM15,000 turut
lesap dipercayai dicuri dalam kejadian di Jalan Dunlop, di sini,
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun dipercayai diekori seorang lelaki dengan menunggang motosikal selepas melakukan pengeluaran wang tunai di sebuah institusi kewangan di pusat bandar.
Menurut sumber, sebaik saja mangsa mengeluarkan wang RM15,000, dia dikatakan berhenti di sebuah gereja dan ke tandas untuk membuang air kecil.
“Sebaik keluar, mangsa yang meletakkan kenderaannya di kawasan
parkir gereja berkenaan terkejut selepas mendapati cermin kiri belakang
kereta pacuan empat rodanya pecah.
“Selepas melakukan pemeriksaan mangsa mendapati beg mengandungi wang tunai turut lesap,” katanya di sini semalam.
Selepas kejadian itu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, mangsa dipercayai diekori suspek ketika melakukan pengeluaran di bank berkenaan.
Menurutnya, ketika mangsa berhenti di tempat kejadian, penjenayah terbabit mengambil peluang memecahkan cermin kereta sebelum melarikan wang tunai di dalam keretanya.
“Hasil rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek menggunakan motosikal memecahkan cermin kereta berkenaan sebelum melarikan beg diletakkan di tempat duduk kiri belakang kenderaan mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PecahcerminlarikanRM15_000/Article/index_html
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun dipercayai diekori seorang lelaki dengan menunggang motosikal selepas melakukan pengeluaran wang tunai di sebuah institusi kewangan di pusat bandar.
Menurut sumber, sebaik saja mangsa mengeluarkan wang RM15,000, dia dikatakan berhenti di sebuah gereja dan ke tandas untuk membuang air kecil.
“Selepas melakukan pemeriksaan mangsa mendapati beg mengandungi wang tunai turut lesap,” katanya di sini semalam.
Selepas kejadian itu, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, mangsa dipercayai diekori suspek ketika melakukan pengeluaran di bank berkenaan.
Menurutnya, ketika mangsa berhenti di tempat kejadian, penjenayah terbabit mengambil peluang memecahkan cermin kereta sebelum melarikan wang tunai di dalam keretanya.
“Hasil rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek menggunakan motosikal memecahkan cermin kereta berkenaan sebelum melarikan beg diletakkan di tempat duduk kiri belakang kenderaan mangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PecahcerminlarikanRM15_000/Article/index_html
No comments:
Post a Comment