Monday, September 3, 2012

Panduan Pencegahan Jenayah

Dipetik dari Portal Rasmi PDRM:  http://www.rmp.gov.my/defaultbase.cfm?path=main/pencegahan.cfm?mod=21&recID=381

Senarai Panduan Pencegahan Jenayah :
.......................................................................................................................................................
PENYELUK SAKU
cara untuk menghindari penyeluk saku:

·   Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
·   Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
·   Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli-belah.
·   Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
·   Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
·   Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

JENAYAH SIBER

PDRM sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan jenayah seumpama ini. PDRM ingin menasihatkan semua pengunjung Internet supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri menjadi mangsa penipu siber.

BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA PENIPU SIBER? 
TIPS BAGI MENGELAKKAN DARIPADA DITIPU DI ALAM SIBER
  1. Sebelum berurusan jual beli di Internet, pastikan dahulu identiti orang yang anda berurusan adalah betul.
  2. Pastikan anda tahu maklumat-maklumat penting penjual tersebut seperti alamat, nombor telefon,email dan maklumat- maklumat penting lain.
  3. Sila buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepada anda. Pastikan ia adalah nombor akaun milik penjual yang sebenar.
  4. Sekiranya anda ada berhubung dengan penjual melalui email, sila simpan email tersebut bersama-sama dengan ムFull Email Headerメ.
  5. Sekiranya anda ada berhubung melalui telefon dengan penjual tersebut, sila simpan segala log file yang ada termasuk   sms dan ムlog fileメ dan ムcall historyメ.
  6. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
  7. Cuba elakkan daripada membeli barang-barang yang ditawarkan di Internet pada harga yang terlalu murah daripada harga asal oleh orang persendirian.

LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA BERTEMU ATAU MENJADI MANGSA PENIPU SIBER

TIPS JIKA DITIPU DI ALAM SIBER
  1. Cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di ムWallメ, ムPrivate Messageメ, email, sms,telefon dan sebagainya.
  2. Cetak maklumat-maklumat penjual/ suspek yang terdapat di akaun facebook tersebut.
  3. Cetak gambar-gambar produk yang ingin dibeli tersebut.
  4. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
  5. Bawa semua perkara di atas kebalai polis dan buat laporan polis secepat yang mungkin.
  6. Teruskan berhubung dengan suspek dan melengah-lengahkan agar komunikasi dengan suspek tidak putus.
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai penipu siber, sila salurkan maklumat  ke mcc@rmp.gov.my untuk tindakan dan siasatan pihak polis.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PECAH RUMAH

Bila kes pecah rumah sering berlaku :-

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Langkah anda sebagai penghuni rumah yang berwaspada :-

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar. 6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di peti simpanan keselamatan.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna モtimerヤ, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Minta jiran tolong tengokkan rumah sepanjang ketiadaan anda di rumah dan kutip surat dalam peti surat, jika ada. 12. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.

Perlindungan keselamatan keadaan rumah:

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang ムdoor viewerメ dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan ムCCTVメ.
6. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
7. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
8. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untukmengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung,terutamanya ketika musim perayaan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


KECURIAN KENDERAAN
TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:

·   Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini.

CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
·    Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
·    Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.
·    Pastikan juga kereta sentisa dikunci.
·   Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
·    Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta.
·     Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting)

CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:
·    Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
·    Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
·    Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu.
·    Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri.
·   Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

RAGUT

di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:

·    Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·   Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka. 
bagaimana ia boleh belaku:
·    Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
·    Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
·    Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
·    Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
·    Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.

langkah-langkah keselamatan dari ragut:
·    Sentiasa membawa wang secara minima.
·    Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
·   Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
·    Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
·    Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
·   Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
·   Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
·   Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
·    Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
ROGOL

cara-cara mengelak dari kejadian rogol:

·   Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
·   Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
·    Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
·    Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
·   Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
·    Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
·   Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
·   Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
·   Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
·    Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
·   Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
·   Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
·    Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama. 

mengatasi ancaman rogol:
·   Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
·    Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
·    Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
·   Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
·   Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
·   Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
rompak/samun
ROMPAKAN DI RUMAH

·    Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
·    Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
·   Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
·   Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN di tempat awam
·   Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang berpeleseran di kawasan lif.
·    Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.
·    Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
·    Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
·    Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
·    Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.
·   Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam.
·   Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.

apa perlu dilakukan apabila anda dirompak.
·    Anda perlu bertenang.
·    Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
·   Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
·   Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
·   Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.
 
 

BERSAMA-SAMALAH KITA WASPADA DENGAN PERSEKITARAN, ELAKKAN DARI BERJALAN BERSEORANGAN DI TEMPAT GELAP DAN SUNYI, ELAKKAN DARI MENERIMA PELAWAAN DARI ORANG YANG TIDAK DIKENALI, SENTIASA PEKA TERUTAMA DI KAWASAN LETAK KERETA, SEKIRANYA NAMPAK SESEORANG YANG MENCURIGAKAN LAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA (CATAT NO KENDERAAN, AMATI KEADAAN FIZIKAL SBG), TIDAK MEBALAS EMAIL DARI PIHAK YANG MENCURIGAKAN DAN PASTIKAN PERKARA TERSEBUT DENGAN PIHAK YANG BERKAITAN DAN YANG PENTING BEKERJASAMA ANTARA KITA, SESAMA JIRAN SBG.

No comments: