Friday, April 24, 2009

Tanah Runtuh

Desa Mewah, 24 April 2009

Kejadian tanah runtuh berlaku di taman ini menyebabkan longkang utama tersumbat dan air hujan tersekat dilaluannya. Tanah runtuh ini telah berlaku pada sekitar 2 bulan lepas dan kini kawasan tanah runtuh ini telah ditutup dengan plastik sebagai langkah awal untuk mencegah berlakunya kejadian yang lebih besar.

Kawasan cerun dikawasan kejadian agak rendah tetapi kawasan yang lebih membimbangkan ialah kawasan cerun dibelakang surau taman ini dimana ketinggian cerunnya sekitar 12-15m tinggi. Sekiranya berlaku tanah runtuh ianya akan meranapkan surau tersebut Kawasan surau Desa Mewah yang berhampiran dengan cerun

Penduduk mengharapkan tindakan segera dari pihak yang berkenaan terutamanya MPKj agar dapat memantau cerun dikawasan taman ini, memandangkan cerun tersebut adalah diluar kawasan taman Desa Mewah.

Disamping itu terdapat beberapa lagi kawasan tanah runtuh disekitar kawasan tanah milik persendirian ini.


Tanah runtuh di kawasan lapang berhampiran dengan simpang masuk ke Desa Mewah

Penduduk bimbang sekiranya hujan lebat yang berterusan akan menyebabkan kejadian tanah runtuh yang besar. Kejadian yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa cerun disekitar kawasan ini adalah tidak stabil dan tidak selamat dan khuatir kejadian yang tidak diingini akan berlaku.

Pihak surau Desa Mewah kini aktif menjalankan aktiviti-aktiviti agama pada setiap minggu dan bimbang berlaku tanah runtuh semasa aktiviti-aktiviti sedang dijalankan.

Pihak RT Desa Mewah yang mewakili penduduk taman ini mengharapkan pihak MPKj akan mengambil langkah yang serius dan pengawalan serta pengawasan terhadap cerun di sekitar taman ini.

No comments: