Saturday, January 30, 2010

Kamera CCTV

Desa Mewah,

Pihak KRTDM telah memasang kamera CCTV di kawasan pintu masuk utama (pondok Jaga) untuk tujuan pengawasan kenderaan keluar masuk ke taman kita ini. CCTV ini akan merakamkan imej setiap kenderaan yang keluar masuk 24jam.

Pihak KRTDM juga bercadang untuk memasang beberapa lagi kamera CCTV di sekitar kawasan taman ini sebagai salah satu langkah pengawasan yang berterusan untuk keselamatan para penduduk. Dengan itu, pihak KRTDM juga mengalu-alukan sokongan penduduk dengan membayar yuran keselamatan sebanyak RM 25 kecuali di Flat RM 10 setiap bulan.

Ini membolehkan kami mempertingkatkan lagi pengawasan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk.

Pelbagai langkah lain juga sedang dirancang dan akan dilaksanakan sekiranya kewangan mencukupi.

Kami pihak KRTDM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan padu penduduk demi perpaduan dan hidup yang harmoni.


Pelekat Kereta Dan Motosikal

Desa Mewah,

Dimaklumkan bahawa pelekat kereta dan motorsikal kini boleh dibeli dikaunter KRTDM. Sekeping pelekat hanya berharga RM 3.00.

Diharapkan mendapat kerjasama dari Warga Penduduk Desa Mewah untuk memperolehinya supaya memudahkan pihak Biro Keselamatan memantau kenderaan yang keluar masuk ke taman ini.

Kaunter KRTDM di buka pada setiap malam dari jam 10.00 - 12.00 malam dan pada hujung minggu ditambah disiang hari mulai jam 10.00 pagi - 12.30 tengahari.

Harap maklum.

Morning Jammed

Desa Mewah,

Since the 1st day of school new semester, the morning traffic going out from Desa Mewah and Bandar Sunway has been terrible. Long queue and with some of the drivers cut the lines, making it worse.

Although the condition is getting better with the help of traffic police at the traffic light junction but the manners of some drivers are unacceptable. Everybody are rushing to sent their children to school and go to work but irresponsible attitude for some of us has been question by the kids.

The kids were thought not to cut queue and be patient but due to some of the parents behavior sometimes not easy to answer why they do that.

Just bear in mind that our children is observing our behavior and they will act as how we show them.

Lastly, just be patient because its only temporary and once the traffic light junction being upgraded, hopefully the traffic will get better.

Friday, January 1, 2010

MALAM PENGHAYATAN SILATURAHIM 1 MALAYSIA

Kajang,
Jabatan Perpaduan daerah Hulu Langat telah menganjurkan Malam Penghayatan Silaturahim 1 Malaysia serta Anugerah untuk semua KRT dalam daerah Hulu Langat. Ianya diadakan bertempat di Dewan MPKj, Kajang.

Malam tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Selangor dan turut dihadiri oleh YB Adun Semenyih serta KRT dalam daerah Hulu Langat.

KRT Desa Mewah juga telah menghantar wakil ke majlis itu. Antara yang telah menghadiri majlis tersebut ialah Norman, Mohd Noor Shatri, Razak, Muhammad Shalaby, Shahrudin dan Saliman.

Didalam majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian beberapa anugerah kepada KRT untuk setiap zon di dalam daerah Hulu Langat. Antara anugerah tersebut ialah KRT Terbaik, KRT SRS terbaik dan KRT Harapan.



KRT Desa Mewah telah dianugerahkan sebagai KRT Harapan oleh Jabatan Perpaduan kerana dilihat berpotensi untuk maju.









Inilah hasil usaha serta kerjasama setiap warga penduduk Desa Mewah dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh KRTDM. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan oleh setiap warga Desa Mewah.


KRT tidak akan dapat berfungsi sekiranya tiada sokongan yang padu oleh penduduk. KRT juga mengharapkan agar setiap warga Desa Mewah tidak kira bangsa, agama serta usia terus menyokong pelbagai aktiviti yang akan dilakukan untuk tahun 2010 serta tahun-tahun yang akan datang.
PERPADUAN INSPIRASI SETIAP WARGA DESA MEWAH.
KAWASAN RUKUN TETANGGA DESA MEWAH MENGUCAPKAN
SELAMAT TAHUN BARU 2010
SEMOGA PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DAPAT DIPUPUK, KERJASAMA DAPAT DIBENTUK, PENGLIBATAN SEMUA WARGA DESA MEWAH ADALAH DIHARAPKAN AGAR DAPAT MEMERIAHKAN LAGI TAMAN KITA.

Saturday, December 26, 2009

Rayuan Sumbangan Untuk Perbelanjaan Perubatan

Desa Mewah,

Salah satu KRT dalam daerah Hulu Langat merayu sumbangan untuk perbelanjaan perubatan kepada salah seorang ajk yang telah mengidap penyakit kencing manis.
KRT tersebut ialah KRT Sungai Ramal Luar dan ajknya bernama Encik Razali Omar. Rawatan terhadap beliau telah dimulakan pada 3/10/2009 dan perbelanjaan kos rawatan dianggarkan sebanyak RM 1,200 tujuh hari seminggu melalui rawatan alternatif.
Para penderma yang bermurah hati untuk menderma boleh berhubung denag En. Razali sendiri di talian 012-245 5562 atau melaui KRT Sungai Ramal Luar di talian 03-8736 3840 (Dato' Shahbudin Abdul Wahab).
Semoga sumbangan semua dapat meringankan beban yang ditanggung oleh En. Razali sekeluarga.

Program Malam Penghayatan Silaturahim 1 Malaysia 2009

Desa Mewah,

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Langat akan menganjurkan MALAM PENGHAYATAN SILATURAHIM 1 MALAYSIA 2009.
Malam Penghayatan Silaturahim 1 Malaysia 2009 akan diadakan untuk mengenang jasa pemimpin-pemimpin Rukun Tetangga sepanjang sessi 2008-2009. Maalam itu juga akan disampaikan Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang, Jiran Wanita Terbaik dan Jiran Muda Terbaik dan juga Skim Rondaan Sukarela Terbaik bagi Daerah Hulu Langat.
Program tersebut akan diadakan seperti berikut;
Tarikh: 31 Disember 2009 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan MPKj, Kajang
Diharapkan juga taman Desa Mewah dapat meraih salah satu daripada anugerah tersebut. Walau apapun, KRT Desa Mewah akan menghadiri program tersebut untuk memeriahkan lagi suasana program tersebut.
"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"
"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN"