BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA
Thursday, May 21, 2009
Pembaikpulihan Taman Permainan Kanak-kanak
Monday, May 18, 2009
Teknik hadapi detik cemas
mohdazam@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Sebagai persediaan awal membantu masyarakat khususnya golongan berisiko tinggi mempertahankan diri daripada menjadi mangsa jenayah, Umno cawangan Gemilang, Petaling Jaya Selatan di sini, mengadakan bengkel ‘Pertahanan diri: Bertindak bijak dengan ancaman jenayah’ kepada penduduk sekitarnya, kelmarin.
Bengkel diadakan dengan kerjasama KickStart Academy (KickStart) memberi penekanan kepada kaum ibu serta kanak-kanak bertujuan membantu mereka mengenali kaedah seni mempertahankan diri yang boleh diguna pakai pada saat kecemasan di samping mempelbagaikan corak pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Ketua Wanita Umno cawangan Flet Taman Datuk Harun, Ramlah Hashim, berkata masyarakat terutama kaum wanita dan kanak-kanak memang perlu didedahkan kepada asas seni pertahanan diri sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan berikutan peningkatan kadar jenayah terhadap golongan itu.
Katanya, golongan berisiko terutama kanak-kanak perempuan bukan saja memerlukan perlindungan golongan dewasa, malah perlu tahu bagaimana mahu melindungi diri.
“Memanglah soal keselamatan kanak-kanak itu terletak di atas tanggungjawab ibu bapa, tapi sebagai alternatif, mereka (kanak-kanak) juga sebenarnya boleh menjaga diri sendiri jika tahu sedikit asas seni mempertahankan diri.
“Biarpun cuma asas, sekurang-kurangnya mereka tahu cara untuk melepaskan diri atau memukul bahagian mana yang boleh menyebabkan diri mereka terlepas daripada terus menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian bengkel itu.
Menurutnya, program itu sebenarnya satu aktiviti tahunan yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang sebelum ini lebih menumpukan kepada aspek pembelajaran terhadap murid di sekolah.
“Ini juga sebahagian aktiviti yang kami sediakan kepada kanak-kanak di sini, selain kelas pengajaran yang kami adakan setiap minggu.
“Cuma yang lainnya, kali ini kami mengajar mereka mengenai aspek pertahanan diri dan selaras dengan matlamat itu, kami turut mengundang ibu bapa kanak-kanak terbabit,” katanya.
Perunding Keselamatan Peribadi KickStart, Saiful Hamiruzzaman, berkata aspek pendidikan terhadap cara untuk mempertahankan diri ini memang penting terhadap kanak-kanak serta wanita yang kini menjadi sasaran penjenayah.
Katanya, apa yang ditekankan dalam bengkel itu ialah supaya mereka dapat melepaskan diri daripada penjenayah dan bukan untuk menumpaskan penjenayah.
“Kami di sini bukan mengajar mereka menumpaskan penjenayah sebaliknya kami menunjukkan cara mereka boleh melepaskan diri jika mengalami situasi seperti diragut atau cuba diculik,” katanya.
Pelajar, Norazianidayu Mohd Azhar, 11, berkata selepas apa yang dipelajarinya itu, dia kini tahu sedikit sebanyak teknik melepaskan diri daripada penjenayah.
Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090518073856/Article/index_html
Sunday, May 17, 2009
Taklimat Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Zon Semenyih
- penyertaan pelbagai kaum dalam satu pasukan
- penjelasan had umur seperti penyertaan pemain berumur 40 tahun keatas
- yuran penyertaan yang dikenakan samada boleh di turunkan ke RM 100.
- bilangan pemain dalam satu pasukan
- protes sekiranya terdapat pemain import dalam satu pasukan
- jangkamasa perlawanan
- tarikh tutup pendaftaran pasukan dan pengesahan pemain
- adakah pasukan luar dibenarkan selain daripada KRT - tidak dibenarkan dan hanya taman yang mempunyai KRT sahaja yang dibenarkan
- warna pakaian (jersi) pasukan- KRTDM akan menyediakan bip sekiranya terdapat KRT yang mempunyai jersi dengan warna yang sama
- pengadil serta penjaga garisan
- isu berbangkit
Saturday, May 16, 2009
Pasukan Kompang Desa Mewah
Mesyuarat AJK KRTDM 03/2009
- Mengesahkan minit mesyuarat bil: 02/2009 yang diadakan pada 27 Febuari 2009
- Pembentangan serta mengesahkan laporan kewangan bagi bulan Feb & Mac 2009
- Laporan biro-biro dalam KRTDM terutamanya biro keselamatan, jiran wanita & kebajikan. Biro keselamatan kini menambah AJK dengan melantik Cikgu Razak serta En. Mutaiyah untuk memperkemaskan serta untuk lebih efektif lagi biro ini. Jiran wanita diharap dapat melaksanakan cadangan-cadangan yang telah dibentangkan seperti kelas memasak etc secepat mungkin. Biro kebajikan bercadang untuk menganjurkan Hari Kesihatan serta keselamatan di Desa Mewah, En. Subra serta En Mutaiyah akan mengemukakan proposal kepada pengerusi untuk dibincangkan serta tindakan lanjut untuk aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
- Hal-hal lain yang berkaitan pada mesyuarat yang lepas. Bekalan elektrik kekal ke bilik gerakan serta pondok jaga akan diperolehi secepat mungkin kerana kabel telah dipasang ke bilik gerakan. Hanya meter serta kabel ke pondok jaga akan diperolehi dalam jangkamasa terdekat.
- Pembentangan penganjuran Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah Zon Semenyih. Persetujuan serta sokongan Jabatan Perpaduan Hulu Langat telah diperolehi, surat untuk stadium serta peralatan ke MPKj telah dihantar, surat ke YB Johan dan penaja untuk sokongan serta sumbangan telah dihantar. Budget serta aturcara telah dibentangkan dlam mesyuarat kepada pengerusi serta AJK. Terdapat sedikit tokok tambah pembaikan diperlukan. Taklimat untuk wakil KRT Zon Semenyih akan dibuat pada 16/5/09.
- Membincangkan aduan serta cadangan penduduk untuk pembaikan kawasan serta perkhidmatan rukun tetangga. Tindakan segera ialah dengan menghantar surat ke pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.
- Membincangkan hal berkenaan dengan AJK yang tidak aktif demi kelancaran pentadbiran KRT. Mencadangkan AJK yang tidak aktif supaya melepaskan jawatan untuk memberi ruang kepada AJK baru. Ini adalah penting kerana terdapat pelbagai isu berbangkit da sekiranya AJK tidak aktif, isu-isu tersebut tidak akan selesai dan penduduk akan memberikan respon yang negatif terhadap KRTDM kelak.
- Membentangkan hal-hal berkenaan dengan kerosakan kemudahan-kemudahan di Desa Mewah terutamanya yang melibatkan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, mini stadium etc. SU akan menulis surat kepada pihak yang berwajib supaya tindakan pembaikan segera diambil.
- Pembentangan laporan berkenaan dengan kejadian ragut atau pecah rumah serta langkah-langkah pro-aktif yang perlu diambil untuk mengurangkan serta mencegah kejadian berulang. Pengawal perlu lebih pro-aktif dengan mengadakan rondaan yang lebih kerap serta memberitahu segera segala kejadian tersebut kepada AJK keselamatan untuk laporan polis dibuat. Mencadangkan rondaan polis yang lebih kerap di taman ini.