Thursday, April 30, 2009

4 langkah cegah risiko jangkitan selesema babi

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Norliza Wasilan
bhnews@bharian.com.my

Rakyat Malaysia bakal ke luar negara disaran patuhi panduan 

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menggariskan empat langkah pencegahan sebagai panduan untuk diambil rakyat Malaysia yang bakal ke luar negara, balik dari luar negara atau sedang berada di luar negara, bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak selesema babi yang sudah menular daripada manusia ke manusia. 

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, kementerian menasihati mereka mengambil langkah pencegahan itu susulan amaran pandemik influenza oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini meningkat ke Tahap 4. 

Empat langkah pencegahan itu ialah:

  • Merancang dan mengambil langkah pencegahan kendiri dalam mengelakkan hubungan dengan mereka yang diketahui atau disyaki pembawa virus selesema babi atau kawasan, mahu pun negara dilanda wabak itu, ketika di luar negara. 
  • Memberi perhatian serius serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan yang mereka sedang berada, dan melaporkan kes atau kes yang disyaki dalam usaha untuk memantau keadaan dan juga memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas. 
  • Rakyat Malaysia juga dinasihati mengambil inisiatif membentuk kesedaran diri mengenai wabak selesema babi.

  • Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak selesema babi. 

    Menurut kenyataan itu lagi, semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sudah diarahkan untuk menasihati rakyat Malaysia di sana supaya berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan serta mematuhi nasihat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di lokasi masing-masing. 

    Selain itu, kementerian sudah mengarahkan semua kedutaan dan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara untuk melakukan pemantauan berterusan serta mengemas kini Wisma Putra dengan maklumat mutakhir mengenai perkara berkenaan. 

    "Seramai 60 rakyat Malaysia berdaftar tinggal di Mexico, negara yang dikesan tercetusnya selesema babi dan lima lagi di negara Amerika Tengah, kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat serta bebas daripada wabak berkenaan," katanya.

    Katanya, kementerian bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan Pusat Amaran Selesema Babi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau serta mengambil langkah pencegahan bagi membendung wabak itu daripada merebak ke Malaysia. 

    "Sehingga 28 April (kelmarin), tiada kes selesema babi dilaporkan di Malaysia dan tiada laporan rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti wabak itu. 

    "Kementerian akan terus mengeluarkan kenyataan media dari semasa ke semasa mengenai perkembangan wabak itu. Orang ramai dinasihati melaporkan kepada Bahagian Konsular, Kementerian Luar, di talian 03-8887 4000 sekiranya mereka mengetahui atau dimaklumkan sebarang kes (membabitkan rakyat Malaysia) oleh kawan, saudara mara atau rakan sekerja yang berada di luar negara," katanya. 


    Berita dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090430000754/Article/index_html

  • Jemputan Kumpulan Kompang Desa Mewah

    Tidak lama lagi musin cuti sekolah akan bermula, maka banyaklah ibubapa yang akan membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka samada dirumah sendiri atau majlis menyambut menantu. Persembahan permainan kompang adalah salah satu agenda atau adat disetiap majlis-majlis perkahwinan orang melayu dan biasanya adalah kurang meriah sesebuah majlis perkahwinan tanpa alunan kompang untuk mengiringi ketibaan pasangan Raja Sehari tersebut.

    Oleh yang demikian, permintaan untuk pasukan kompang bermain untuk memeriahkan majlis perkahwinan adalah amat menggalakkan. Pasukan kompang Desa Mewah juga tidak terkecuali dari mendapat beberapa jemputan untuk bermain dimajlis perkahwinan. Antaranya ialah
    1. Sabtu, 2 Mei 2009   - Kajang Prima
    2. Sabtu, 16 Mei 2009 - Desa Mewah
    3. Sabtu, 30 Mei 2009 - Bandar Baru Bangi
    4. Ahad, 31 Mei 2009 - Bandar Baru Bangi
    Pasukan kompang Desa Mewah diwakili oleh pelbagai lapisan umur warganya dan masih membuka peluang untuk warganya bersama-sama meramaikan lagi keanggotaannya. Oleh itu saudara-saudari yang berminat silalah tampil untuk bersama-sama dengan pasukan ini. 

    Ini adalah salah satu aktiviti yang sihat yang telah dianjurkan oleh RT Desa Mewah untuk sekurang-kurangnya mengisi masa lapang disamping memperolehi duit tambahan terutamanya dimusim cuti sekolah.


    Tuesday, April 28, 2009

    Penganjuran Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka KRT Zon Semenyih

    Desa Mewah, April 28, 2009.

    Beberapa perbincangan telah dibuat oleh AJK KRT Desa Mewah untuk cadangan menganjurkan PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERBUKA KRT ZON SEMENYIH.

    Pengajuran ini adalah bertujuan merapatkan lagi hubungan serta komunikasi antara KRT di Zon Semenyih. Ini adalah julung kalinya KRT Desa Mewah cuba menganjurkan pertandingan sukan yang agak besar dan terbuka kepada luar.

    Cadangan pertandingan ini akan diadakan seperti maklumat dibawah;

    Tarikh: 30 Mei 2009
    Tempat: Stadium Kajang
    Masa mula : 8.00 pagi
    sehingga tamat perlawanan akhir kedua-dua jenis sukan.

    Borang-borang serta syarat-syarat pertandingan boleh didapati di bilik gerakan KRT Desa Mewah yang dibuka setiap mulai jam 9.30 - 12.00 malam dan pada hari hujung minggu dari jam 10.00 - 1.00 tengahari.

    Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua KRT di Zon Semenyih. Segala pertanyaan berkenaan dengan pertandingan ini, tuan puan boleh menghubungi AJK yang berkenaan;
    1. En. Mohd Nor Shatri Yahya - 012-2210541
    2. En. Shahrudin Shaari - 013-6431137
    Diharapkan penganjuran ini dapat sambutan yang baik dan lancar. Semoga pertandingan ini dapat dianjurkan setiap tahun.

    MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA.


    Monday, April 27, 2009

    Masalah Sosial Anak-anak

    Oleh Salman Hamat 
    salman@hmetro.com.my


    KUALA LUMPUR: Tanpa segan silu, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun memberitahu “bapa saya tak marah pun” apabila disoal sejurus dia didapati leka meneguk arak murah di tepi longkang sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota di sini, awal pagi semalam. 

    Dia yang mengaku berasal dari Flet Sri Sabah di sini mendakwa mula ketagih arak murah selepas kerap kali diberikan rakannya. 

    Remaja yang masih bersekolah itu dikatakan bercakap merapu ketika ditahan polis dalam operasi bersepadu dilancarkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

    Dalam operasi itu, polis menyerbu lorong gelap di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Changkat Tamby yang dijadikan markas kegiatan tidak bermoral oleh remaja skinhead itu sejak sekian lama tanpa menghiraukan bau busuk longkang serta persekitaran kotor.

    Ketika serbuan kawasan terbabit dikatakan dipenuhi dengan botol serta tin arak yang bersepah di atas jalan, dipercayai dibuang remaja berkenaan.

    Dalam serbuan di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Changkat Thamby, seramai 23 remaja iaitu 15 lelaki dan lapan gadis belasan tahun, ditahan selepas berada di bawah pengaruh arak. 

    Remaja perempuan terbabit juga didapati berpakaian menjolok mata.

    Ketika serbuan kebanyakan mereka gagal meloloskan diri kerana sedang khayal, namun segelintir remaja cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang, tetapi dapat dipintas dan diberkas anggota polis.

    Apabila ditanya, ada di kalangan remaja terbabit mengaku datang dari luar Lembah Klang termasuk dari Pahang.

    Sex affair just to spite parents

    Monday April 27, 2009

    By ANDREW SAGAYAM


    KUALA LUMPUR: More underage girls are having sex to get back at their parents for neglecting them.

    This startling information was revealed by police who said that the girls had initially claimed they were raped but later admitted to have consented to sex with their boyfriends.

    Statistics compiled since 2005 showed that the number of girls below 16 years old who are sexually active has been increasing every year.

    The study also revealed that an alarming 60% of girls between the ages of 13 and 15 had sex because they “wanted revenge” on their parents. Sex with a girl aged under 16 is classified as statutory rape under the Penal Code.

    The girls, largely from urban areas, confessed that they had befriended men as they were angry with their parents for subjecting them to emotional and physical “abuse”.

    While some had sex with men just to get back at their parents, others were coerced into it by the very men they had turned to for solace, said Asst Comm Suguram Bibi Munshi Deen, head of the Sexual Abuse and Children’s Division at Bukit Aman.

    Noting that teen rape had risen since 2005, she said that the victims – mostly from cities and major towns in Selangor, Johor and Kedah – usually ended up pregnant.

    “We are not pointing a finger or exposing the private lives of families but the public must realise what is happening,” said ACP Suguram Bibi.

    “Children, teenagers and youths are our future leaders and we as adults, parents or guardians must guide and instil in them right and proper values.”

    Statistics from 2005 to 2008 showed 75% of the rape victims were below 18 years old and at least 60% of the girls were below 16. Boys below 18 made up between 8.4% and 13.6% of the “rapists”.

    The study also showed that teenagers got bored easily, craved attention or wanted the freedom to express themselves.

    ACP Suguram Bibi said parents should educate sons to respect the opposite sex and not take advantage of them.

    “We also found that some boys were challenged by their peers and forced to commit sex acts to prove that he was one of the gang and to stop being ridiculed.”

    She advised parents to understand the law better and welcomed inquiries from anyone on investigation procedures in sexual assault cases.

    Related Story:
    Experts: Don’t neglect youths’ emotional needs

    Info taken from:  http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/27/nation/3532608&sec=nation

    The moral of the story is parent should check on their children need physically and emotionally. Do not take their grouses lightly, pay attention to them even if we are so busy with our daily works and other commitments. Do remember that children will seek other alternatives such as befriend with strangers and involved with unhealty activities.

    They will start with smoking, going to game arcades and skip schools. They will then involved in drugs etc and without parents involvement to check their whereabout, things will get worse and maybe someday their life's will be destroyed.

    To all parents, just pay some attention to them and maybe listen to anything they might have to tell you. You might be surprised to what they have to tell you.

    Morderator RTDM


    Selesema babi kian ancam nyawa penduduk dunia




    Kebanyakan negara ketat kawalan bagi mengekang penularan 

    BANDARAYA MEXICO: Kebanyakan negara di seluruh dunia bertungkus lumus semalam untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara masing-masing bagi mengekang penularan virus selesema babi yang sudah membunuh 81 orang di Mexico dan menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat. 

    Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara itu yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan sudah dikuarantin. 

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta semua negara meningkatkan laporan dan pengawasan ke atas penyakit itu selain menyelaraskan tindak balas untuk mengekangnya.

    Kes baru selesema babi disahkan di Kansas dan California, selain Texas dan disyaki menular di New York. Namun pegawai berkata mereka tidak tahu sama ada kes di New York adalah daripada jenis yang merebak dari Mexico itu, 

    Sementara itu, Presiden Mexico memperoleh kuasa tambahan semalam untuk mengasingkan penduduk yang dijangkiti virus selesema babi ketika pihak berkuasa berusaha keras mengekang penularan wabak itu. 

    Seramai 1,342 orang sakit akibat penyakit maut itu sejak 13 April lalu, menurut perangkaan yang dikemas kini lewat kelmarin oleh Setiausaha Kesihatan Mexico.

    Tentera dan pekerja kesihatan Mexico meronda di lapangan terbang dan stesen bas ketika cuba mengasingkan penduduk yang mungkin dijangkiti penyakit itu, ketika semakin jelas kerajaan bertindak lambat untuk bertindak balas terhadap penularan itu pada Mac dan awal April lalu. 

    Malah tindakan mengasingkan pesakit mungkin tidak menghalang penyakit itu merebak, kata pakar epidemiologi. 

    Sebanyak 24 kes baru dilaporkan di Bandaraya Mexico saja semalam, yang menyaksikan pihak berkuasa menggantung sekolah dan semua acara umum sehingga notis selanjutnya. Lebih 500 acara, termasuk konsert dan sukan, dibatalkan di bandar raya dengan 20 juta penduduk itu. 

    Pihak berkuasa Mexico mengarahkan sekolah ditutup di ibu kota dan negeri Mexico serta San Luis Potosi sehingga 6 Mei ini, manakala Gereja Roman Katolik mengumumkan pembatalan perhimpunan pada hari Ahad di bandar raya itu.

    WHO semalam mengisytiharkan wabak selesema itu sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa. 

    Ketua Pengarahnya, Dr Margaret Chan mendesak semua negara memantau dengan rapi sebarang kejadian selesema. – AP 

    Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20090426232928/Article/indexworld_html

    More Info On Swine Flu

    Desa Mewah. April 27, 2009.

    Labs confirm same swine flu in deadly Mexican outbreaks

    Apr 24, 2009 (CIDRAP News) – Samples from a deadly respiratory illness outbreak in Mexico match swine influenza isolates from patients in the United States who had milder illnesses, an official from the US Centers for Disease Control and Prevention (CDC) said today, fueling speculation that the World Health Organization (WHO) could be on the verge of raising the global pandemic alert level.

    Richard Besser, MD, the CDC's acting director, told reporters today during a press teleconference that the development is worrisome. "Our concern has grown since yesterday, based on what we've learned," he said. "We do not know if this will lead to the next pandemic, but our scientists are monitoring it and take the threat very seriously."

    The swine flu A/H1N1 strain has been confirmed in one more US citizen, a child from San Diego who has recovered, raising the total number of US cases to eight, Besser said. The virus contains gene segments from four different influenza types: North American swine, North American avian, human, and Eurasian swine.

    The WHO said today that Mexican officials have reported three separate events. In the Federal District, the number of cases rose steadily through April, and as of yesterday, more than 854 cases of pneumonia, 59 of them fatal, had been reported in Mexico City.

    The illness outbreak in Mexico City prompted the country's health minister, Jose Cordova, to cancel classes in Mexico City today and advise students and adults to avoid crowded public places and large events, Bloomberg News reported.

    Mexican officials also reported 24 cases with 3 deaths from an influenza-like illness in San Luis Potosi, in the central part of the country, and 4 cases with no deaths in Mexicali, near the US border, the WHO reported.

    The virus in Mexico has primarily struck otherwise healthy young adults, the WHO said, which is a departure from seasonal influenza, which typically affects the very young and very old.

    The CDC's laboratory analyzed 14 samples from severely ill Mexican patients and found that 7 of them had the same swine flu mix as the virus that infected the US patients. However, Besser called the analysis preliminary and said the CDC doesn't yet have enough information to draw conclusions. "We still don't have enough information about the extent of the spread or the illness spectrum."

    The WHO said today Canada's national laboratory has confirmed swine flu A/H1N1 in 18 isolates from Mexican patients, of which 12 were genetically identical to the swine flu viruses from California.

    The WHO and CDC both said they were sending representatives to Mexico to assist local authorities, and the WHO said it has alerted its Global Alert and Response Network.

    Besser said the WHO will likely convene an expert panel to discuss raising the pandemic alert level from 3 (human infection with new influenza subtype with only rare human-to-human spread) to 4 (small clusters with localized human-to-human transmission). He said the experts will consider three factors: the novelty of the virus, disease severity, and how easily transmission of the virus is sustained.

    Global health officials might consider a containment strategy such as dispatching antiviral medications to affected parts of Mexico in an attempt to stop the spread of the virus, but Besser said that such a measure might not work, because there are signs that the virus has already spread from human to human over long distances. "A focused, well defined area is not something we've seen here," he said.

    CDC officials have said the swine flu A/H1N1 virus is susceptible to the newer antivirals oseltamivir (Tamiflu) and zanamivir (Relenza), but not the older ones, amantadine and rimantadine.

    Jeff McLaughlin, a spokesman for GlaxoSmithKline, the maker of Relenza, told CIDRAP News that the company is watching the swine flu developments closely. Terry Hurley, a spokesman for Roche, which produces Tamiflu, said its "rapid response stockpile" is on 24-hour standby, as usual, for deployment to the WHO, which has not yet requested it.

    The threat from the swine flu virus serves as a reminder for individuals and businesses to think about their own level of preparedness, Besser said. "This is a time for people to be thinking about that teachable moment."

    So far, federal officials have not changed their travel recommendations to California, Texas, or Mexico, though they have issued an advisory about the increased health risk in certain parts of Mexico, urging travelers to take standard precautions such hand washing, staying home when sick, and using good coughing and sneezing hygiene.

    Info taken from http://www.cidrap.umn.edu/cidrap/content/influenza/panflu/news/apr2409swine.html