Sunday, April 8, 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Desa Mewah

YB Datuk Johan - Tetamu Khas


Pengerusi RTDM Tn. Hj. Zaidi memberi ucapan








Datuk Johan Berucap
 
Sebahagian penduduk yang hadir

Penerima sumbangan kecemerlangan
Antara murid yang menerima sumbagan kecemerlangan
 
Goodies Untuk Sumbangan Penduduk Flat

Antara Penerima Sumbangan












Datuk Johan beramah mesra dengan pemuda

NO HOTLINE KECEMASAN

Desa Mewah,

Dimaklumkan bahawa no telepon HOTLINE untuk RTDM semasa kecemasan adalah seperti berikut;

010- 421 5859

Segala maklumat akan disalurkan kepada anggota RELA yang bertugas.

Diharapkan ianya akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh penduduk Desa Mewah.

Tuesday, April 3, 2012

Piket Secara Aman

Desa Mewah,



Sidang akhbar selepas piket


Bantah guna laluan utama


Penduduk Taman Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah, Semenyih mengadakan bantahan terhadap tindakan pemaju membenarkan kenderaan berat melalui jalan utama ke taman perumahan mereka di Semenyih, semalam. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED


KAJANG 2 April - Kira-kira 100 penduduk Taman Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih mengadakan bantahan aman kira-kira sejam di Jalan Sunway Semenyih berdekatan simpang masuk ke kediaman mereka.
Ini berikutan tindakan pemaju, Pusat Perniagaan Kiara yang didakwa langsung tidak menghiraukan keselamatan dan keselesaan penduduk di situ.
Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Bersama kedua-dua perumahan itu, Ahmad Asmadi Adnan berkata, pihaknya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan dan rayuan penduduk agar tidak membenarkan kenderaan berat milik pemaju menggunakan laluan utama masuk ke kediaman mereka.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive


Monday, April 2, 2012

Kawalan Keselamatan Telah Dimulakan

Desa Mewah,

Setelah beberapa bulan telah dihentikan perkhidmatan kawalan keselamatan taman ini telah dimulakan kembali. Selama pemberhentian ini, ramai warga Desa Mewah telah mengesorkan supaya kawalan keselamatan diadakan semula kerana pelbagai jenayah yang telah berlaku.

Tarikh 1 April 2012, pihak RTDM telah  berjaya melaksanakan kembali kawalan keselamatan di taman ini. Kali ini pihak RTDM telah bekerjasama dengan pihak RELA cawangan Semenyih dalam melaksanakan kawalan keselamatan ini.

Pada hari pertama, sambutan warga penduduk Desa Mewah adalah amat memberangsangkan, lebih dari 50% daripada penduduk telah mendaftar semula untuk perkhidmatan kawalan keselamatan ini. Pihak RTDM mengucapkan setinggi terima kasih atas kerjasama dan sambutan ini dan amat-amat berharap agar ianya akan berterusan selamanya. 

Penutupan jalan akan lebih kemas dimasa akan datang dan buat sementara pihak RELA akan lebih kepada memberitahu maklumat kepada semua penduduk berkenaan dengan keselamatan seperti sticker kereta dan motor.

Pihak RTDM adalah terbuka kepada sebarang komen demi pembaikan dari segi perkhidmatan, pengurusan dan sebagainya. Sila salurkan komen-komen tersebut ke email RTDM di rukuntetanggadesamewah@gmail.com  atau terus kepada AJK-AJK yang tersenarai dalam senarai AJK 2012-2013 yang telah dipilih.

Semoga keselamatan warga desa mewah termasuk harta benda dan nyawa akan lebih terjaga dan dapat kita menguruskan kelangsungan hidup harian dengan lebih rasa aman dan selesa.

TAHNIAH SEMUA.  

Wednesday, March 28, 2012

Maklumat Tempat Pembayaran Yuran Kawalan Keselamatan

Desa Mewah,

Adalah dimaklumkan bahawa tempat dan masa pembayaran untuk yuran kawalan keselamatan adalah seperti berikut;

     1.  Restoren Sayang Maju - waktu siang dan malam

     2. Kaunter Bilik Gerakan RTDM - waktu malam selepas jam 9.30 malam.

Sila dapatkan resit pembayaran dan simpan untuk dijadikan bukti sekiranya ada kekeliruan kelak.

Harap maklum.

Perbincangan Dengan Datuk Johan Untuk Isu Keselamatan

Desa Mewah,

Adalah dimaklumkan bahawa satu perbincangan berkenaan dengan isu keselamatan dan perlaksanaan kawalan keselamatan Desa Mewah akan diadakan di Bilik Gerakan, RTDM pada Khamis 29 Mac 2012 dalam jam 5.00 petang bersama dengan Datuk Johan, Adun Semenyih.

Antara yang terlibat adalah Timbalan Pengerusi, Encik Hamdan dan beberapa orang AJK. Diharapkan kerjasama semua agar perbincangan ini dimanafaatkan dengan baik dan juga memohon jasa baik dan kerjasama Datuk agar kawalan keselamatan Desa Mewah ini dapat dijalankan dengan sistematik dan sempurna dari segi fizikal infrastrukturnya.

Terima kasih diatas kesudian Datuk melapangkan masa mendengar permasalahan akar umbi demi perpaduan dan kesejahteraan semua. 
Desa Mewah

Pihak RTDM ingin mengutarakan rasa kecewa di atas kurang rasa tanggungjawab terhadap beberapa perkara yang menimbulkan masalah terutamanya kepada warga Desa Mewah. Antaranya ialah banner yang dipasang untuk makluman penduduk beberapa lorong tikus akan ditutup telah di dicantas dan dibuang. 

Banner ini dipasang adalah untuk memaklumkan kepada penduduk Desa Mewah sebab lorong tersebut ditutup. Banyak kejadian jenayah telah dilaporkan dan laluan ini adalah sebahagian daripada sebabnya, dari itu pihak RTDM berpendapat ianya perlu di tutup. Sila lihat post yang sebelum ini untuk mengetahui laluan yang telah dipersetujui untuk ditutup.

Kami berharap pihak yang bertanggungjawab tersebut tampil atau menyatakan rasa ketidakpuasan hati di laman blog ini atau melalui email sekiranya tiak berani untuk bersemuka. Setiap masalah itu boleh diselesaikan dengan perbincangan secara baik bukan dengan cara begini.

Untuk makluman, pihak RTDM akan tetap menutup laluan tersebut secara kekal untuk mengurangkan risko jenayah dalam Desa Mewah.