Tuesday, April 3, 2012

Piket Secara Aman

Desa Mewah,



Sidang akhbar selepas piket


Bantah guna laluan utama


Penduduk Taman Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah, Semenyih mengadakan bantahan terhadap tindakan pemaju membenarkan kenderaan berat melalui jalan utama ke taman perumahan mereka di Semenyih, semalam. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED


KAJANG 2 April - Kira-kira 100 penduduk Taman Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih mengadakan bantahan aman kira-kira sejam di Jalan Sunway Semenyih berdekatan simpang masuk ke kediaman mereka.
Ini berikutan tindakan pemaju, Pusat Perniagaan Kiara yang didakwa langsung tidak menghiraukan keselamatan dan keselesaan penduduk di situ.
Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Bersama kedua-dua perumahan itu, Ahmad Asmadi Adnan berkata, pihaknya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan dan rayuan penduduk agar tidak membenarkan kenderaan berat milik pemaju menggunakan laluan utama masuk ke kediaman mereka.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive


Monday, April 2, 2012

Kawalan Keselamatan Telah Dimulakan

Desa Mewah,

Setelah beberapa bulan telah dihentikan perkhidmatan kawalan keselamatan taman ini telah dimulakan kembali. Selama pemberhentian ini, ramai warga Desa Mewah telah mengesorkan supaya kawalan keselamatan diadakan semula kerana pelbagai jenayah yang telah berlaku.

Tarikh 1 April 2012, pihak RTDM telah  berjaya melaksanakan kembali kawalan keselamatan di taman ini. Kali ini pihak RTDM telah bekerjasama dengan pihak RELA cawangan Semenyih dalam melaksanakan kawalan keselamatan ini.

Pada hari pertama, sambutan warga penduduk Desa Mewah adalah amat memberangsangkan, lebih dari 50% daripada penduduk telah mendaftar semula untuk perkhidmatan kawalan keselamatan ini. Pihak RTDM mengucapkan setinggi terima kasih atas kerjasama dan sambutan ini dan amat-amat berharap agar ianya akan berterusan selamanya. 

Penutupan jalan akan lebih kemas dimasa akan datang dan buat sementara pihak RELA akan lebih kepada memberitahu maklumat kepada semua penduduk berkenaan dengan keselamatan seperti sticker kereta dan motor.

Pihak RTDM adalah terbuka kepada sebarang komen demi pembaikan dari segi perkhidmatan, pengurusan dan sebagainya. Sila salurkan komen-komen tersebut ke email RTDM di rukuntetanggadesamewah@gmail.com  atau terus kepada AJK-AJK yang tersenarai dalam senarai AJK 2012-2013 yang telah dipilih.

Semoga keselamatan warga desa mewah termasuk harta benda dan nyawa akan lebih terjaga dan dapat kita menguruskan kelangsungan hidup harian dengan lebih rasa aman dan selesa.

TAHNIAH SEMUA.  

Wednesday, March 28, 2012

Maklumat Tempat Pembayaran Yuran Kawalan Keselamatan

Desa Mewah,

Adalah dimaklumkan bahawa tempat dan masa pembayaran untuk yuran kawalan keselamatan adalah seperti berikut;

     1.  Restoren Sayang Maju - waktu siang dan malam

     2. Kaunter Bilik Gerakan RTDM - waktu malam selepas jam 9.30 malam.

Sila dapatkan resit pembayaran dan simpan untuk dijadikan bukti sekiranya ada kekeliruan kelak.

Harap maklum.

Perbincangan Dengan Datuk Johan Untuk Isu Keselamatan

Desa Mewah,

Adalah dimaklumkan bahawa satu perbincangan berkenaan dengan isu keselamatan dan perlaksanaan kawalan keselamatan Desa Mewah akan diadakan di Bilik Gerakan, RTDM pada Khamis 29 Mac 2012 dalam jam 5.00 petang bersama dengan Datuk Johan, Adun Semenyih.

Antara yang terlibat adalah Timbalan Pengerusi, Encik Hamdan dan beberapa orang AJK. Diharapkan kerjasama semua agar perbincangan ini dimanafaatkan dengan baik dan juga memohon jasa baik dan kerjasama Datuk agar kawalan keselamatan Desa Mewah ini dapat dijalankan dengan sistematik dan sempurna dari segi fizikal infrastrukturnya.

Terima kasih diatas kesudian Datuk melapangkan masa mendengar permasalahan akar umbi demi perpaduan dan kesejahteraan semua. 
Desa Mewah

Pihak RTDM ingin mengutarakan rasa kecewa di atas kurang rasa tanggungjawab terhadap beberapa perkara yang menimbulkan masalah terutamanya kepada warga Desa Mewah. Antaranya ialah banner yang dipasang untuk makluman penduduk beberapa lorong tikus akan ditutup telah di dicantas dan dibuang. 

Banner ini dipasang adalah untuk memaklumkan kepada penduduk Desa Mewah sebab lorong tersebut ditutup. Banyak kejadian jenayah telah dilaporkan dan laluan ini adalah sebahagian daripada sebabnya, dari itu pihak RTDM berpendapat ianya perlu di tutup. Sila lihat post yang sebelum ini untuk mengetahui laluan yang telah dipersetujui untuk ditutup.

Kami berharap pihak yang bertanggungjawab tersebut tampil atau menyatakan rasa ketidakpuasan hati di laman blog ini atau melalui email sekiranya tiak berani untuk bersemuka. Setiap masalah itu boleh diselesaikan dengan perbincangan secara baik bukan dengan cara begini.

Untuk makluman, pihak RTDM akan tetap menutup laluan tersebut secara kekal untuk mengurangkan risko jenayah dalam Desa Mewah.


Tuesday, March 20, 2012

Thursday, March 15, 2012

Jalan Sunway Semenyih

Desa Mewah, 15/3/2012

Ramai warga Sunway Semenyih dan Desa Mewah yang mengeluh berkenaan dengan Jalan Sunway Semenyih ini kerana sentiasa dalam keadaan jem terutamanya pada waktu puncak (pagi dan petang).

Keadaan mungkin agak lengang di masa cuti persekolahan tetapi kebiasaannya akan jem teruk terutama di waktu pagi semasa ramai yang berkejar unuk menghantar anak ke sekolah dan pergi kerja. Kadang kala akan mengambil masa hampir 20-30 minit untuk sampai ke simpang trafik light di Jalan Semenyih, iaitu 3-4 kali lampu trafik bertukar warna.

Selain daripada itu pembukaan jalan masuk ke projek pembinaan baru kedai pejabat di Jalan Sunway Semenyih ini juga akan mengundang bahaya kepada para penduduk. Jalan ini digunakan untuk membawa masuk bahan-bahan untuk pembinaan yang mana diketahui umum menggunakan lori besar dan trailler. Jalan Sunway Semenyih hanyalah mempunyai 2 lorong  dan "bump" yang dibina adalah merbahaya untuk kenderaan disini disamping keadaan permukaan jalan yang kurang memuaskan. 

Sekiranya laluan ini dijadikan laluan tetap masuk ke kawasan pembinaan tersebut dikhuatiri akan membahayakan pengguna jalan ini dan menyebabkan kemalangan. Dengan pertambahan kapasiti trafik dilaluan ini sudah pasti jalan ini akan bertambah sibuk dan keadaan jem akan lebih menyusahkan penduduk disini.



Penduduk Sunway Semenyih dan Desa Mewah akan memohon agar laluan ini ditutup dan berharap pihak MPKj akan memberikan lampu hijau terhadap perkara ini. Mengikut pelan asal pembangunan kawasan ini Jalan Sunway Semenyih ini sepatutnya mempunyai 4 lorong dan pihak pemaju Sunway sepatutnya membina jalan ini mengikut perancangan. Pihak yang berkenaan perlu melakukannya demi keselesaan penduduk disini.

Pihak MPKj juga perlu bertindak terhadap kereta yang diletakan disepanjang jalan ini untuk mengelakkan jem dan merbahaya kepada kenderaan yang lalu lalang. Kebanyakkan kenderaan ini adalah kepunyaan pekerja di projek pembinaan berkenaan.


Begitu juga simpang ke Desa Mewah yang kini digunakan oleh lori pengangkut bahan binaan untuk membuat u-turn. Telah banyak kejadian dimana kenderaan yang mahu membelok ke Desa Mewah hampir kemalangan dan ada beberapa kemalangan telah berlaku di kawasan tersebut.

Pihak RTDM telah beberapa kali menghantar surat kepada MPKj supaya simpang tersebut dibuat line marking yang sepatutnya ada dipersimpangan tetapi sehingga kini tiada jawapan yang positif daripada pihak MPKj. Diharapkan pihak MPKj memandang berak perkara ini dan tindakan segera diambil sebelum kemalangan yang meragut nyawa berlaku. Tindakan pencegahan amat penting dan amat dihargai.

KESELAMATAN PENDUDUK ADALAH LEBIH PENTING DAN TINDAKAN YANG SEWAJARNYA PERLU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN. TINDAKAN MPKj AMAT-AMAT DIHARGAI.