Wednesday, March 14, 2012

Lorong Tikus / Sikap Tak Bertanggung Jawab

Mesin pembinaan diletakkan di kawasan letak kereta Flat oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Merbahaya kepada kanak-kanak (pelbagai benda tajam, minyak etc)

Jalan 1 berhadapan dengan Jalan 2A, Lorong tikus laluan pintas ke Sunway

Lokasi Jalan 1 berhampiran dengan Jalan 2, kawasan luar diratakan dan digunakan sebagai tempat letak mesin, berpotensi digunakan sebagai laluan dari/ke Sunway oleh orang luar.
Pagar (hoarding) dibuka oleh orang tak bertanggung jawab dan digunakan sebagai penghadang untuk pembakaran terbuka. Jalan pintas ke Sg. Lalang dari Sunway hanya beberapa meter dari kawasan Flat.
Pagar Keselamatan Jalan 8 dibuka oleh orang tak bertanggung jawab. Merbahaya longkang besar. Berhadapan dengan Sekolah Agama.

Lokasi di Taman Permainan Jalan 21, juga pagar keselamatan dibuka oleh orang tak bertanggungjawab. Kawasan bawah laluan pekerja ladang dan orang ramai dari Sg Lalang.



Lokasi di hadapan Jalan 18. Laluan digunakan penduduk dan dari kawasan sekitar sebagai jalan singkat ke Semenyih

Tuesday, March 13, 2012

Penutupan Laluan / Lorong Tikus

Desa Mewah, 13/3/2012

Dimaklumkan kepada semua penduduk Desa Mewah bahawa beberapa jalan singkat @ lorong tikus akan ditutup secara kekal sebagai langkah untuk membendung kejadian jenayah terutamanya jenayah ragut dan rompak yang semakin serius di taman ini.

Antara laluan tersebut adalah;

1. Laluan di Jalan 17 (bersambung ke Taman Sahabat)
2. Laluan di Jalan 3A (bersambung ke Jalan Sunway)
3. Pagar di Jalan 8 (telah dibuka oleh orang yang tidak bertanggungawab)
4. Pagar di kawasan permainan di Jalan 21 (juga dibuka oleh orang yang tidak bertanggungawab)
5. Hoarding di kawasan Flat

Pihak RTDM memohon kerjasama semua untuk tidak membantah penutupan jalan/laluan tersebut kerana ianya menyumbang kepada sebahagian daripada kejadian jenayah tersebut.

Ianya juga amat membahayakan semua kanak-kanak yang bermain disemua jalan-jalan ditaman ini yang antaranya boleh menyebabkan kejadian jenayah ragut, kemalangan langgar lari dan sebagainya.
Keperihatinan tuan/puan adalah amat dihargai agar nyawa kita semua tidak menjadi galang ganti kepada penjenayah dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bersama-samalah kita menjaga keselamatan, keharmonian, dan kesejahteraan taman kita dengan bersama pihak RTDM kita berusaha untuk membantu  membendung jenayah.

SALAM PERPADUAN DARI RTDM.

Sunday, March 11, 2012

Desa Mewah: Pelan Lokasi Penutupan Jalan & Aliran Trafik

Cadangan Laluan Trafik oleh Unit Keselamatan, RTDM
Diharap mendapat sokongan dari warga penduduk Desa Mewah. Sokongan anda amat kami hargai demi keselamatan penduduk sendiri. Sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan, membendung dan lebih selesa kehidupan harian kita.

Segala cadangan dan komen, sila salurkan kepada AJK RTDM untuk dibincangkan dengan lebih lanjut.


Gambar Taman Permainan

Trek Jogging Rosak

Gelanggang Futsal (Baru siap)

Bilik Tandas dan Persalinan (Baru siap)

Lampu Limpah - Futsal

Gelanggang Bola Keranjang

Sampah dari kerja pembersihan tidak dibuang
Septic Tank - Over flow pipe tu terus ke longkang
Longkang Dari gelanggang Futsal
Kawasan belakang kemas selepas dipotong rumput

Unit Keselamatan : Penutupan Jalan & Aliran Laluan Keluar Masuk Desa Mewah

Desa Mewah, 11/3/2012

Sejak kebelakangan ini banyak kejadian jenayah berlaku di Desa Mewah samada ianya disedari oleh penduduk atau tidak. Kejadian seperti pecah rumah, mencuri, ragut dan banyak lagi makin berleluasa sejak ketiadaan pengawal keselamatan di taman ini.

Pihak AJK RTDM telah bermesyuarat untuk mengaktifkan kembali unit keselamatan dan mengadakan pengawal keselamatan untuk taman ini.

Dimaklumkan bahawa pihak RTDM telah melakukan bancian terhadap penduduk taman ini samada setuju atau tidak untuk mengembalikan pengawal keselamatan agar pemantauan dapat dilakukan pada hujung bulan Febuari 2012. Sambutan penduduk terhadap bancian tersebut agak mengecewakan dan hasilnya hanya lebih kurang 250 penduduk mengembalikan borang bancian daripada lebih 1000 yang diedarkan. Namun begitu kesemua 250 penduduk yang mengembalikan bancian tersebut bersetuju untuk diadakan semula pengawal keselamatan di taman ini dengan penambahbaikkan.

Pihak RTDM juga telah menetapkan untuk bayaran bulanan untuk mengadakan pengawal keselamatan ini. Bayaran tersebut adalah seperti berikut;
          1) Rumah Semi-D  - RM 50/sebulan
          2) Rumah Double/Single Storey - RM 30/sebulan dan,
          3) Rumah Flat - RM 15/sebulan

Pihak RTDM telah bersetuju untuk melantik pihak Restoren Sayang Maju sebagai tempat penduduk melakukan pembayaran untuk keselamatan ini dan pembayaran juga boleh dilakukan di Bilik Gerakan RTDM pada waktu malam.
 
Disamping itu pihak RTDM juga telah bersetuju untuk melakukan beberapa penambahbaikan seperti;

i) Penutupan jalan/lorong tikus (laluan tidak rasmi) di Jalan 17, Jalan 3 dan Jalan 21 

ii) Akan membaiki pagar yang telah dibuka atau dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab secara berperingkat dan sekiranya tahap kewangan mengizinkan.

iii) membuat penutupan beberapa jalan secara kekal untuk memudahkan pengawalan aliran trafik seperti di Jalan 1, Jalan 10 (depan surau) dan Jalan 12.

iv) Lencongan trafik tersebut akan dihalakan ke Jalan 5  dan ke Flat/Jalan 21 (boom gate akan dipasang selepas simpang Jalan 12) untuk trafik dari Jalan 1 - Jalan 8 dan Flat - Jalan 21. Untuk Jalan 10 - Jalan 19 akan dilencongkan dan keluar di Jalan 10 (depan surau - boom gate akan dipasang).

Oleh yang demikian hanya ada dua (2) exit sahaja iaitu di simpang Jalan 12 dan Jalan 10. Kawasan kedai akan bebas dari sekatan jalan tersebut untuk memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan dan makan.

Selain itu, sistem sticker kenderaan (motosikal/kereta/lori) juga akan dimulakan. Ianya hanya untuk warga Desa Mewah yang mempunyai kenderaan sahaja. Pihak luar tidak dibenarkan membeli sticker ini. Sticker kenderaan ini perlu diperbaharui setiap 4 bulan (Jan - April, Mei - Ogos dan Sept - Dis) dalam setahun.

Unit Keselamatan RTDM juga memperkenalkan plate RTDM untuk rumah dimana ianya perlu diperbaharui setiap tahun.

Dari itu, pihak RTDM memerlukan penduduk Desa Mewah agar memberikan kerjasama yang sebaik mungkin supaya cadangan laluan tersebut dapat dilakukan dengan lancar dan teratur.

Pihak RTDM juga mengalu-alukan warga Desa Mewah untuk memberikan komen-komen yang membina untuk menambahbaikan lagi sistem keselamatan di taman ini. Kesemua sistem keselamatan ini akan dimulakan mulai 1 April 2012. Penduduk boleh melakukan pembayaran mulai dari tarikh tersebut juga.

Sekiranya penduduk mempunyai komen atau cadangan sila ajukannya kepada mana-mana AJK yang terlibat. Pihak RTDM berharap perkara ini akan memberikan manafaat dari segi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan untuk kita semua tinggal di taman ini.


Friday, February 24, 2012

Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat DUN Semenyih

Assalamualaikum wb,

Adalah dijemput seluruh muslimin dan muslimat warga Semenyih untuk untuk menyertai Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih,
     Tarikh   : 26 Febuari 2012
     Masa     : 7.30 pagi
     Tempat  : Sekolah Kebangsaan Semenyih, Pekan Semenyih

Aturcara;
 
    1. Berkumpul di halaman Sek. Keb. Semenyih

    2. Perarakan mengelilingi Pekan Semenyih sambil berselawat, takbir etc.

    3. Ceramah Maulidur Rasul oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Y. Bhg. Dato' Dr. Muhammad Yusof Hussin.

 Turut dihadiri oleh Y.B Datuk Hj. Johan Abd. Aziz (ADUN Semenyih)

Beramai-ramailah kita menyerikan acara tersebut dan juga dapat memperingati Nabi Muhammad SAW.

Sekian.. 
 
Info dari Pejabat DUN Semenyih.

Sunday, February 19, 2012

Ronda-ronda Ramah Mesra Penduduk Desa Mewah

Desa Mewah, 19 Febuari 2012

Salam hormat, Salam 1 Malaysia dan Salam Perpaduan,

Pihak pengurusan RTDM yang baru dilantik telah mengambil inisiatif untuk melakukan ronda-ronda ramah mesra antara AJK dengan penduduk Desa Mewah. Walaupun hari Ahad adalah hari rehat untuk warga Desa Mewah namun pihak AJK RTDM mengambil peluang ini untuk beramah mesra serta mendekati warga Desa Mewah agar saling mengenali antara sau sama lain.

Kerjasama AJK untuk meluangkan masa menyertai ronda-ronda adalah amat menggalakkan dan memudahkan lagi urusan ini. Perbincangan awal untuk ronda-ronda ini dilakukan setelah semua AJK berkumpul dalam jam 9.00 pagi di ketuai oleh Pengerusi RTDM Tn. Hj. Zaidi. Selanjutnya pecahan AJK untuk ronda-ronda mengikut kumpulan dilakukan dan ronda-ronda dimulakan dalam jam 10.00 pagi. Setiap kumpulan dibekalkan dengan surat cadangan pemulihan kawalan keselamatan Desa Mewah dan penduduk perlu mengembalikan borang bancian selewat-lewatnya 26 Febuari 2012 di dalam Peti Cadangan di Restoran Sayang Maju atau AJK seperti dalam senarai. Ronda-ronda tamat lebih kurang 12.30 tengahari. Akhirnya sessi ini diakhiri dengan perbincangan ringkas untuk tindakan selanjutnya.
Telah diputuskan mesyuarat akan datang untuk membincangkan hasil analisis bancian ronda-ronda ini adalah pada 3 Mac 2012 dalam jam 9.00 malam di bilik gerakan RTDM.

Pihak AJK RTDM mengharapkan kerjasama daripada warga Desa Mewah untuk mengembalikan Borang Persetujuan Asas Pemulihan Kawalan Keselamatan RTDM samada bersetuju atau tidak ke dalam Peti Cadangan di Restoran Sayang Maju.
Dari pemerhatian awal, pihak AJK RTDM bolehlah menyimpulkan bahawa kebanyakkan penduduk masih mahukan kawalan keselamatan dengan beberapa kejadian kehilangan besi gril longkang pada minggu ini. Walaupun kejadin ini agak kecil tetapi pencegahan adalah perlu sebelum ianya menjadi kritikal. Difahamkan banyak kejadian jenayah disekitar Semenyih dan ianya menunjukan peningkatan yang agak drastik. Dari itu pihak RTD mengambil inisiatif dengan langkah pro-aktif dengan mahu mewujudkan kembali kawalan keselamatan demi untuk mewujudkan persekitaran yang selamat disamping membentung dan sebagai langkah pencegahan kejadian jenayah.

SEMOGA DENGAN KERJASAMA PENDUDUK DESA MEWAH AKAN DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA HARMONI DAN SELAMAT UNTUK DIDUDUKI.