Friday, February 24, 2012

Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat DUN Semenyih

Assalamualaikum wb,

Adalah dijemput seluruh muslimin dan muslimat warga Semenyih untuk untuk menyertai Sambutan & Perarakan Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih,
     Tarikh   : 26 Febuari 2012
     Masa     : 7.30 pagi
     Tempat  : Sekolah Kebangsaan Semenyih, Pekan Semenyih

Aturcara;
 
    1. Berkumpul di halaman Sek. Keb. Semenyih

    2. Perarakan mengelilingi Pekan Semenyih sambil berselawat, takbir etc.

    3. Ceramah Maulidur Rasul oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Y. Bhg. Dato' Dr. Muhammad Yusof Hussin.

 Turut dihadiri oleh Y.B Datuk Hj. Johan Abd. Aziz (ADUN Semenyih)

Beramai-ramailah kita menyerikan acara tersebut dan juga dapat memperingati Nabi Muhammad SAW.

Sekian.. 
 
Info dari Pejabat DUN Semenyih.

Sunday, February 19, 2012

Ronda-ronda Ramah Mesra Penduduk Desa Mewah

Desa Mewah, 19 Febuari 2012

Salam hormat, Salam 1 Malaysia dan Salam Perpaduan,

Pihak pengurusan RTDM yang baru dilantik telah mengambil inisiatif untuk melakukan ronda-ronda ramah mesra antara AJK dengan penduduk Desa Mewah. Walaupun hari Ahad adalah hari rehat untuk warga Desa Mewah namun pihak AJK RTDM mengambil peluang ini untuk beramah mesra serta mendekati warga Desa Mewah agar saling mengenali antara sau sama lain.

Kerjasama AJK untuk meluangkan masa menyertai ronda-ronda adalah amat menggalakkan dan memudahkan lagi urusan ini. Perbincangan awal untuk ronda-ronda ini dilakukan setelah semua AJK berkumpul dalam jam 9.00 pagi di ketuai oleh Pengerusi RTDM Tn. Hj. Zaidi. Selanjutnya pecahan AJK untuk ronda-ronda mengikut kumpulan dilakukan dan ronda-ronda dimulakan dalam jam 10.00 pagi. Setiap kumpulan dibekalkan dengan surat cadangan pemulihan kawalan keselamatan Desa Mewah dan penduduk perlu mengembalikan borang bancian selewat-lewatnya 26 Febuari 2012 di dalam Peti Cadangan di Restoran Sayang Maju atau AJK seperti dalam senarai. Ronda-ronda tamat lebih kurang 12.30 tengahari. Akhirnya sessi ini diakhiri dengan perbincangan ringkas untuk tindakan selanjutnya.
Telah diputuskan mesyuarat akan datang untuk membincangkan hasil analisis bancian ronda-ronda ini adalah pada 3 Mac 2012 dalam jam 9.00 malam di bilik gerakan RTDM.

Pihak AJK RTDM mengharapkan kerjasama daripada warga Desa Mewah untuk mengembalikan Borang Persetujuan Asas Pemulihan Kawalan Keselamatan RTDM samada bersetuju atau tidak ke dalam Peti Cadangan di Restoran Sayang Maju.
Dari pemerhatian awal, pihak AJK RTDM bolehlah menyimpulkan bahawa kebanyakkan penduduk masih mahukan kawalan keselamatan dengan beberapa kejadian kehilangan besi gril longkang pada minggu ini. Walaupun kejadin ini agak kecil tetapi pencegahan adalah perlu sebelum ianya menjadi kritikal. Difahamkan banyak kejadian jenayah disekitar Semenyih dan ianya menunjukan peningkatan yang agak drastik. Dari itu pihak RTD mengambil inisiatif dengan langkah pro-aktif dengan mahu mewujudkan kembali kawalan keselamatan demi untuk mewujudkan persekitaran yang selamat disamping membentung dan sebagai langkah pencegahan kejadian jenayah.

SEMOGA DENGAN KERJASAMA PENDUDUK DESA MEWAH AKAN DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA HARMONI DAN SELAMAT UNTUK DIDUDUKI.



Monday, January 16, 2012

Mesyuarat Agung & Perlantikan AJK Baru 2012 RTDM

Salam perpaduan kepada semua warga Desa Mewah.

Pihak KRT Desa Mewah telah melaksanakan salah satu agenda penting memasuki tahun baru 2012 ini.

Rasanya masih belum terlewat untuk pihak AJK KRT Desa Mewah untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012, semoga tahun 2012 ini membawa lebih perpaduan, keselamatan, kemeriahan dan kedamaian kepada warga Desa Mewah.

Agenda yang dimaksudkan adalah Mesyuarat Agung dan Pemilihan/Lantikan AJK baru untuk menerajui KRT Desa Mewah bagi Sessi 2012-2013.Mesyuarat didahului dengan bacaan doa memohon keberkatan serta kelancaran mesyuarat oleh Ustaz Zakirin. Selepas itu penerangan akan sejarah penubuhan KRT Desa Mewah, aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang 2010-2011 dan pembentangan kewangan oleh Pengerusi KRT Desa Mewah, Tn. Hj. Zaidi Hj. Hashim yang telah menerajui KRT ini sejak penubuhannya pada tahun 2005. Begitu juga dengan semua AJK-AJK lama.
Selain daripada aktiviti-aktiviti oleh Jabatan Perpaduan sendiri, pihak KRT juga menganjurkan pelbagai aktiviti sukan, kemasyarakatan untuk pelbagai kaum dan penubuhan unit keselamatan untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk taman ini.

Sessi soal jawab antara pendudukan yang hadir dan AJK lama juga dilansungkan dengan jayanya. Pelbagai soalan serta buah fikiran baru dapat dicungkil untuk di fikirkan, dibincangkan dan seterusnya dilaksanakan oleh AJK baru. Sessi pemilihan juga berjalan dengan lancar setelah pembubaran AJK lama. Pemilihan pengerusi sementara iaitu En. Hamdan dari Jalan 7E, dan beliau dapat melaksanakan amanah tersebut dengan jayanya.Perlantikan AJK baru dilakukan secara demokrasi dengan pilihan suara ramai untuk semua AJK. Pengerusi RTDM kekal disandang oleh Tn. Hj. Zaidi Hj. Hashim tetapi En. Norman gagal mengekalkan jawatan yang disandangnya dan jawatan Setiausaha telah beralih tangan kepada En. Nasser (Jalan 5). En. Mohd Noor Shatri juga dapat mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 5 tahun lepas.

Namun begitu, jawatan untuk AJK lain adalah campuran muka baru dan lama. Diharapkan ini akan dapat memberikan semangat baru dan pelbagai ilham cetusan idea bernas dari AJK-AJK yang dilantik.Pihak moderator blog RTDM ingin mengucapkan setinggi TAHNIAH diatas perlantikan ini. Warga Desa Mewah mengharapkan moga taman ini akan kekal aman dengan statistik jenayah yang makin menurun.

Dengan pembangunan pesat dengan tambahan unit kediaman bersebelahan dengan rumah kedai dan pembangunan baru disekitar perumahan Desa Mewah dan Sunway Semenyih tidak menggugat keamanan yang kita kecapi selama ini.

TAHNIAH.....MOGA TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN DILAKSANAKAN SEBAIK MUNGKIN.


Friday, January 13, 2012

Mesyuarat Agung Rukun Tetangga Desa Mewah 2012

Berikut adalah surat untuk panggilan ke mesyuarat kepada penduduk Desa Mewah

Pihak kami berharap kerjasama tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan dapat memberikan pandangan agar Desa Mewah lebih selamat dan harmoni. Sokongan padu semua amat dihargai demi perpaduan dan keselamatan semua.


Tuesday, April 5, 2011

Pembaikpulihan Kawasan Letak Kereta Surau Desa Mewah


Kerja pembaikpulihan kawasan letak kereta di hadapan Surau Desa Mewah sedang rancak dijalankan dan diharapkan agar tiada lagi air bertakung selepas hujan dan memudahkan penduduk Islam untuk menunaikan ibadat solat di surau ini.

Pihak suarau amat berterima kasih kepada ADUN Semenyih iaitu YB Datuk Hj. Johan Abdul Aziz kerana memberikan sumbangan kewangan untuk menampung kerja-kerja berkaitan.

Diharapkan surau Desa Mewah ini akan lebih meriah dengan kehadiran ahli kariah untuk mendengar kuliah-kuliah serta pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak surau.

Bolasepak 7 Sebelah RTDM





SELAMAT KEMBALI HJ RAMLI DARI JELAJAH BORNEO

Pihak Rukun Tetangga Desa Mewah mengucapkan SELAMAT KEMBALI ke Desa Mewah kepada Tn. Hj. Ramli yang telah berjaya melakukan Jelajah Berbasikal Ke Borneo Secara Solo.

Dalam usia mencecah 60 tahun, beliau telah beberapa kali melakukan penjelajahan terutamanya dengan berbasikal antaranya Jelajah 1 Malaysia dan yang terbaru Jelajah Berbasikal Ke Sabah, Sarawak dan Brunei.

Diharapkan ianya akan menjadi contoh terbaik dikalangan warga muda di Desa Mewah dan Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.