Monday, January 16, 2012

Mesyuarat Agung & Perlantikan AJK Baru 2012 RTDM

Salam perpaduan kepada semua warga Desa Mewah.

Pihak KRT Desa Mewah telah melaksanakan salah satu agenda penting memasuki tahun baru 2012 ini.

Rasanya masih belum terlewat untuk pihak AJK KRT Desa Mewah untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012, semoga tahun 2012 ini membawa lebih perpaduan, keselamatan, kemeriahan dan kedamaian kepada warga Desa Mewah.

Agenda yang dimaksudkan adalah Mesyuarat Agung dan Pemilihan/Lantikan AJK baru untuk menerajui KRT Desa Mewah bagi Sessi 2012-2013.Mesyuarat didahului dengan bacaan doa memohon keberkatan serta kelancaran mesyuarat oleh Ustaz Zakirin. Selepas itu penerangan akan sejarah penubuhan KRT Desa Mewah, aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang 2010-2011 dan pembentangan kewangan oleh Pengerusi KRT Desa Mewah, Tn. Hj. Zaidi Hj. Hashim yang telah menerajui KRT ini sejak penubuhannya pada tahun 2005. Begitu juga dengan semua AJK-AJK lama.
Selain daripada aktiviti-aktiviti oleh Jabatan Perpaduan sendiri, pihak KRT juga menganjurkan pelbagai aktiviti sukan, kemasyarakatan untuk pelbagai kaum dan penubuhan unit keselamatan untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk taman ini.

Sessi soal jawab antara pendudukan yang hadir dan AJK lama juga dilansungkan dengan jayanya. Pelbagai soalan serta buah fikiran baru dapat dicungkil untuk di fikirkan, dibincangkan dan seterusnya dilaksanakan oleh AJK baru. Sessi pemilihan juga berjalan dengan lancar setelah pembubaran AJK lama. Pemilihan pengerusi sementara iaitu En. Hamdan dari Jalan 7E, dan beliau dapat melaksanakan amanah tersebut dengan jayanya.Perlantikan AJK baru dilakukan secara demokrasi dengan pilihan suara ramai untuk semua AJK. Pengerusi RTDM kekal disandang oleh Tn. Hj. Zaidi Hj. Hashim tetapi En. Norman gagal mengekalkan jawatan yang disandangnya dan jawatan Setiausaha telah beralih tangan kepada En. Nasser (Jalan 5). En. Mohd Noor Shatri juga dapat mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 5 tahun lepas.

Namun begitu, jawatan untuk AJK lain adalah campuran muka baru dan lama. Diharapkan ini akan dapat memberikan semangat baru dan pelbagai ilham cetusan idea bernas dari AJK-AJK yang dilantik.Pihak moderator blog RTDM ingin mengucapkan setinggi TAHNIAH diatas perlantikan ini. Warga Desa Mewah mengharapkan moga taman ini akan kekal aman dengan statistik jenayah yang makin menurun.

Dengan pembangunan pesat dengan tambahan unit kediaman bersebelahan dengan rumah kedai dan pembangunan baru disekitar perumahan Desa Mewah dan Sunway Semenyih tidak menggugat keamanan yang kita kecapi selama ini.

TAHNIAH.....MOGA TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN DILAKSANAKAN SEBAIK MUNGKIN.


Friday, January 13, 2012

Mesyuarat Agung Rukun Tetangga Desa Mewah 2012

Berikut adalah surat untuk panggilan ke mesyuarat kepada penduduk Desa Mewah

Pihak kami berharap kerjasama tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan dapat memberikan pandangan agar Desa Mewah lebih selamat dan harmoni. Sokongan padu semua amat dihargai demi perpaduan dan keselamatan semua.


Tuesday, April 5, 2011

Pembaikpulihan Kawasan Letak Kereta Surau Desa Mewah


Kerja pembaikpulihan kawasan letak kereta di hadapan Surau Desa Mewah sedang rancak dijalankan dan diharapkan agar tiada lagi air bertakung selepas hujan dan memudahkan penduduk Islam untuk menunaikan ibadat solat di surau ini.

Pihak suarau amat berterima kasih kepada ADUN Semenyih iaitu YB Datuk Hj. Johan Abdul Aziz kerana memberikan sumbangan kewangan untuk menampung kerja-kerja berkaitan.

Diharapkan surau Desa Mewah ini akan lebih meriah dengan kehadiran ahli kariah untuk mendengar kuliah-kuliah serta pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak surau.

Bolasepak 7 Sebelah RTDM





SELAMAT KEMBALI HJ RAMLI DARI JELAJAH BORNEO

Pihak Rukun Tetangga Desa Mewah mengucapkan SELAMAT KEMBALI ke Desa Mewah kepada Tn. Hj. Ramli yang telah berjaya melakukan Jelajah Berbasikal Ke Borneo Secara Solo.

Dalam usia mencecah 60 tahun, beliau telah beberapa kali melakukan penjelajahan terutamanya dengan berbasikal antaranya Jelajah 1 Malaysia dan yang terbaru Jelajah Berbasikal Ke Sabah, Sarawak dan Brunei.

Diharapkan ianya akan menjadi contoh terbaik dikalangan warga muda di Desa Mewah dan Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Thursday, February 24, 2011

Pertandingan Karom dan Bola Sepak Tertutup Desa Mewah 2011

Salam Perpaduan,

Seperti yang dilakukan sebelumnya, Pihak RT Desa Mewah (RTDM) akan menganjurkan pertandingan Karom dan Bola Sepak Tertutup Desa Mewah 2011.

Tujuan penganjuran ini adalah untuk meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan serta kenal mengenal antara warga Desa Mewah. Dari itu diharapkan pertandingan ini akan dapat melibatkan semua golongan lapisan masyarakat Desa Mewah. Atas semangat inilah pihak RTDM berusaha untuk merangka acara-acara tertentu untuk keterlibatan masyarakat semua agar perpaduan dapat disemai dan sentiasa mekar dan segar dalam komuniti ini.

Pertandingan bola akan diadakan pada

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Tempat : Padang Bola Desa Mewah

Kepada penduduk Desa Mewah (Lelaki) yang berusia 13 tahun keatas tanpa mengira kaum adalah diharapkan dapat mendaftarkan diri anda di bilik gerakan RTDM sebelum 10 Mac 2011. Pertandingan ini terhad kepada maksima 8 pasukan dan setiap pasukan akan mengandungi 10-11 pemain.

Pendaftaran adalah secara individu dan akan dibahagikan kepada pasukan secara undian yang akan diadakan pada 11 Mac 2011 di RTDM. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari AJK RT atau En. Din Public / En. Md Noor.

Pertandingan karom pula akan diadakan di Bilik Gerakan RTDM. Penyertaan juga terbuka kepada penduduk Desa Mewah. Untuk tarikh pertandingan serta format, maklumat boleh diperolehi di RTDM juga.

Diharapkan penduduk Desa Mewah dapat menyokong setiap acara anjuran RTDM demi untuk perpaduan yang lebih erat di taman kita ini.

Hj. Ramli Jelajah Borneo Secara Solo

Salam Perpaduan,

Seorang warga Desa Mewah, Hj. Ramli Hj. Yusuf akan melakukan Jelajah Berbasikal Secara Solo ke Borneo (Sarawak, Sabah dan Brunei) mulai 26 Febuari 2011 dan dijangka akan menamatkan penjelajahan beliau pada 10 April 2011.

Beliau amat terkenal di Semenyih terutamanya kerana beliau sebelum ini telah berjaya menamatkan penjelajahan berbasikal ke seluruh Semenanjung pada tahun lepas.

Penjelajahan beliau pada kali ini disokong oleh UMNO Caw. Desa Mewah, RT Desa Mewah, Gagasan Perpaduan Semenyih, KEMOJA serta YB Datuk Hj. Johan Abdul Aziz (ADUN Semenyih).

Majlis pelancaran pelepasan beliau akan diadakan pada 26 Febuari 2011 (Sabtu) jam 9.45 pagi bertempat diperkarangan Bilik Gerakan Rukun Tetangga Desa Mewah.

Warga Desa Mewah berbangga kerana beliau adalah perintis kepada cara hidup sihat dan sentiasa dilihat berbasikal disekitar taman serta Semenyih. Diharapkan cara hidup sihat beliau akan menyemarakan lagi usaha kearah kehidupan sihat untuk seluruh warga Desa Mewah khasnya.

Oleh yang demikian, marilah kita warga Desa Mewah memberikan sokongan terhadap usaha beliau untuk melakukan penjelajahan berbasikal secara solo di Malaysia Timur dan beramai-ramai hadir ke Perkarangan RT Desa Mewah untuk memberi semangat dan sokongan padu terhadap usaha beliau.

Kami mendoakan agar beliau dapat menamatkan pejelajahan tersebut dan kembali ke Desa Mewah dengan sihat dan selamat.

"Semoga Diberi Kesejahteraan dan Kejayaan Oleh ALLAH Jua"