Sunday, May 10, 2009

'Jiwa kosong, dahaga perhatian’'

PEGANGAN agama yang longgar serta penekanan ibu bapa yang terlalu mementingkan pencapaian akademik adalah antara penyebab utama jiwa pelajar tertekan lalu mudah terjebak dalam kejadian tidak diingini termasuk jenayah.

Tidak cukup dengan itu, pelajar yang rata-ratanya berada dalam lingkungan usia kritikal turut tertekan akibat kesuntukan masa - menghadiri sesi persekolahan biasa pada waktu pagi atau petang disusuli sekolah agama atau kelas tuisyen yang perlu diikuti.

“Ini menjadikan kehidupan mereka amat tertekan. Jadual mereka padat dengan tanggungjawab akademik serta perlu memenuhi tuntutan ibu bapa sepanjang masa.

“Jiwa mereka kosong kerana tidak mempunyai masa untuk diri sendiri seperti relaks atau melakukan kegiatan yang diingini. Keadaan mungkin dapat dielakkan jika mereka mempunyai pegangan agama kerana jiwa dan rohani mereka terisi,” kata pakar motivasi remaja, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, ketika dihubungi baru-baru ini.

Berikutan itu, mereka menjadikan kesempatan menemui atau lepak bersama rakan-rakan di dalam atau luar sekolah, sebagai saluran melepaskan tekanan.

“Keadaan bahaya apabila mereka tidak pedulikan latar belakang rakan, asalkan boleh serasi. Jika rakan yang baik, tidak mengapa, tetapi andai kawan yang digauli itu nakal, ia boleh menarik pelajar itu terjebak sama.”

Faktor lain, katanya, adalah disebabkan keadaan diri pelajar sebagai golongan ‘pencari perhatian.’

“Pelajar bukan saja golongan yang suka mencuba pelbagai perkara baru. Tetapi mereka juga dahagakan perhatian, biarpun caranya berbeza antara satu individu kepada yang lain. Bagi pelajar cerdik, masalah itu tidak timbul kerana mereka sentiasa dipuji.

“Tetapi bagaimana dengan pelajar yang tidak pernah dipuji guru mahu pun ibu bapa sendiri? Ini menyebabkan ada di antara sanggup melakukan perkara seperti jenayah dan seterusnya dipuji rakan dalam kumpulan itu.

“Jika dihukum di khalayak ramai sekali pun, ada di antaranya berasa seronok dan bangga kerana sudah mendapat perhatian pelajar lain.”

Katanya, perkembangan masa kini yang menyaksikan kemudahan maklumat di hujung jari, juga mendedahkan pelajar kepada pelbagai pengaruh bahaya.

Dr Tengku Asmadi menyifatkan usia 14 hingga 15 tahun sebagai tempoh paling kritikal kerana pelajar itu dalam proses menuju keremajaan dan mencari identiti.

“Apa juga pengaruh yang datang, mudah meresap masuk. Keadaan mungkin sebaliknya jika mereka mempunyai benteng pertahanan diri dan mental hasil kekuatan rohani serta asuhan ibu bapa yang baik.”

Bagi menangani masalah ini, beliau berkata, ia seharusnya bermula di rumah dan barulah diikuti peranan guru dan sekolah.

“Ibu bapa perlu sedar mereka yang menetapkan acuan dan seterusnya diisi guru dan bahan lain yang menjadi sumber rujukan pelajar. Andai acuan itu lemah, sudah pasti diri pelajar itu juga goyah dan bermasalah," katanya.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090412073203/Article/

Kembalikan hukuman rotan

Oleh JAAFAR AHMAD
pengarang@mingguan.com.my
BATU PAHAT 9 Mei – Hukuman rotan akan diperkenalkan semula ke atas pelajar yang didapati melanggar disiplin, terlibat dalam kes pergaduhan dan buli di sekolah.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, hukuman tersebut hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat persetujuan Peguam Negara.

Katanya, hukuman rotan itu juga jika diluluskan kelak, tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya.

Guru-guru yang hendak merotan pelajar, tegas beliau, perlu mematuhi garis panduan dan prosedur yang ditetapkan oleh Peguam Negara.

Langkah berhati-hati itu, katanya, untuk mengelak pihak sekolah atau guru disaman oleh ibu bapa.

‘‘Kita berharap cadangan yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara itu mendapat maklum balas sebelum akhir tahun ini.

‘‘Hukuman ini bukan untuk mendera tetapi mendidik para pelajar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Skim Khairat Percuma Sesi 2009/2010 anjuran Parlimen Batu Pahat di Dewan Senggarang di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini majoriti ibu bapa menyokong agar hukuman merotan dikuatkuasakan semula namun ada beberapa pihak termasuk golongan peguam yang membantahnya.

“Sebab itu sebelum peraturan itu dikuatkuasakan semula, kerajaan merujuk kepada Peguam Negara untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat mengulas kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera Tongkang Pechah Batu Pahat cedera di lutut kiri selepas diserang dan dibelasah sekumpulan 12 pelajar ketika di dalam kelas, baru-baru ini.

Dipetik darihttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Thursday, May 7, 2009

The Reality of Our Childrens Behaviour Today

Case 1:
Youth oversleeps after sex with teenager


KUANTAN: A teenaged couple, who had spent the night together having sex in the girl’s house, was caught after the boyfriend apparently dozed off.

The girl’s stepmother was shocked to find the naked man in bed with the sleeping girl when she came to wake her up for school on Tuesday morning.

State CID chief Asst Comm T. Narenasagaran said the stepmother, aged 46, went to the girl’s room on the second floor of the house at about 7.10am.

When she opened the door, she spotted the 18-year-old youth, who then got up to dress.

“The woman questioned the youth, who later admitted having sex with the girl as they were lovers.

“A police report was lodged and we have detained the youth,” he said, adding that initial investigations revealed that the youth had sneaked into the girl’s room the night before.

The case has been classified as rape.

In a separate case, a 13-year-old girl was raped by a man on the pavement in front of SK Mat Kilau here on Tuesday night.

ACP Narenasagaran said the victim had followed the man for a joyride around town after a quarrel with her mother.

He said the 21-year-old man then took the victim to the secluded spot at about 9pm, where he suddenly forced himself on her.

“The victim broke down upon reaching home and told her mother of the incident before lodging a report.

“We have identified the suspect and will pick him up for questioning soon,” he said.

Case 2:

Three secondary students arrested for raping

> The tabloid also reported that three secondary students in Raub were arrested for allegedly raping a five-year-old girl.

In the incident at Kampung Sempalit, the three, aged between 13 and 15, had gone to the victim’s house to see her brother, who was not at home at that time.

The teenagers were joking around with the child when they invited her into a room where they held her down, unzipped her pants and inserted their fingers in her private part.

The incident was only discovered when the victim, the youngest of three siblings, complained of pain in her private part when her mother was giving her a bath at around 6pm.

A medical examination found that the victim’s hymen had been torn. The three boys have been remanded for questioning.

Dad flees for his life after row with son

A 30-year-old man tried to slash his father with a parang after he was ticked off for “living in sin” with his girlfriend.

Harian Metro reported that the father, who could not tolerate the couple living together, had also advised the son to marry his girlfriend to prevent the neighbours from gossiping.

According to a source, the son had been living with his girlfriend for the past year.

In the incident, which occurred at about 8am in their flat, the father also informed the girlfriend that she could no longer stay in their house.

This caused the son to lose his temper and he started breaking the furniture and windows in the flat before he rushed into a room and brought out a parang.

“He then tried to slash his father. However, the father managed to run out of the flat.

“When a relative tried to intervene, the son threatened to throw him down the flat. They struggled before the relative escaped,” said the source.

The son left after seeing his father and relative flee. However, fearing for their safety, the father and relative lodged a police report.

The father had lodged several reports against his son, who is believed to be a drug addict and an alcoholic.

News taken from The Star

Comments;

Currently we heard a lot of immoral stories from the news paper and also from the media. What are we going to do? This is the result when we as parent do not monitor our kids from an early stage. We giving them too much freedom, money, never asked what they do, never checked their school bag and giving them anything they asked for.

Now days school children get hand phone, too much money and we never bother to check them. We always assumed our kid is a good kid, yes but we need to know what they do and where they spend their money.

Today, we can see students in the shopping complex with schooling attire, playing snooker, couples in the dark corners and nobody cares.

The above story is the result of our action for not giving our children proper guidance and not letting other peoples interfere. We should be very thankful if other peoples remind us of our children bad behaviour, at least for us to check whether its true or not.

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN

Desa Mewah, Mei 7, 2009

Pasukan bolasepak Desa Mewah telah menerima satu jemputan untuk perlawanan persahabatan bolasepak dengan Sunway, Semenyih.

Perlawanan tersebut akan diadakan di padang bolasepak awam Pekan Semenyih. Masa perlawanan adalah pada jam 5.30 petang, Ahad 10 Mei 2009.

Oleh yang demikian, pasukan bolasepak Desa Mewah mengalu-alukan warga Desa Mewah untuk hadir memberi sokongan kepada para pemain kita. Mengikut statistik perlawanan sebelum ini, pasukan DM telah seri sekali dan kalah sekali dan pengurus pasukan En. Shahrudin mengharapkan komitmen pemain untuk memberikan tentangan yang hebat pada lawan dan seterusnya memenangi perlawanan.

Pasukan DM terdiri dari veteran Desa Mewah dan menurut pengurus pasukan, pasukan ini kurang mendapat latihan yang secukupnya dan agak kurang cergas tetapi akan tetap memberikan satu tentangan yang hebat untuk perlawanan ini.

Perlawanan persahabatan ini juga adalah sebagai satu langkah persiapan untuk kejohanan bola sepak 9 sebelah yang bakal dianjurkan oleh KRT Desa Mewah pada 30 Mei 2009 ini di padang Stadium Kajang.

Wednesday, May 6, 2009

Masyarakat hilang sifat malu, ambil tahu

KUALA LUMPUR, Mei 6, 2009

“Ini menandakan masyarakat kita sakit tenat (dari segi) rohaninya...mereka (ber)tuhan di hati, beraja di mata menyebabkan runtuh nilai dan tiada fungsinya lagi dalam Islam,” kata pakar motivasi, Dr Rubiah K Hamzah.

Menurutnya, kes penderaan atau kecurangan yang berlaku dalam keluarga Islam makin melarat apabila masyarakat kejiranan tidak lagi mempedulikan sekeliling mereka, sebaliknya lebih mementingkan wang ringgit serta harta kekayaan.

Katanya, sikap begitu menyebabkan maksiat tidak terbendung, manakala mangsa penderaan pula lebih pasrah membiarkan diri diperlakukan ibarat binatang meskipun oleh ibu sendiri kerana berasakan tiadanya pihak yang boleh membela nasib mereka.

“Masyarakat kita sudah tanggal rasa malu dan bila tiada (malu) maka hilanglah ciri-ciri manusia itu, mereka membiarkan keburukan depan mata tanpa menegah, manakala ibu yang mendera anak memilih jalan hidup dengan bertindak ganas dari binatang.

“Pertamanya kerana dia tidak berilmu, Allah mencabut (nilai) kasih sayangnya sebab dia terlalu jauh meninggalkan Allah, sekali gus menjadikan (kata-kata) kasih sayang ibu bawa ke syurga itu sudah tiada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro kelmarin mengenai seorang ibu berusia 28 tahun sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Rubiah yang juga Presiden Persatuan Wanita Islam Antarabangsa Malaysia, berkata pihak berkuasa perlu lebih peka kepada masalah ini kerana membabitkan pembentukan masyarakat lebih-lebih lagi generasi muda yang akan menerajui negara.

“Saya nampak ketika ini tiada saluran yang betul untuk mangsa ataupun masyarakat mengadu, buat laporan dan sebagainya kerana mereka tidak dilindungi, samalah juga dengan kes isteri yang didera suami-tiada tempat berlindung untuk mengelak suami,” katanya.

Tuesday, May 5, 2009

Mesyuarat Untuk Persiapan Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah

Desa Mewah, Mei 5,2009

Penganjuran pertandingan bolasepak 9 sebelah oleh KRT Desa Mewah sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini akan diadakan pada 30 Mei 2009 di Stadium Kajang.

Satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Norman (SU) telah diadakan pada malam semalam 4 Mei 2009 untuk membincangkan beberapa perkara penting demi kelancaran pertandingan tersebut. Antara agendanya ialah

  • mengesahkan AJK yang akan terlibat dalam menyelaras aktiviti-aktiviti yang terlibat.
  • mengesahkan serta menambahbaikan peraturan pertandingan yang telah didrafkan.
  • menyelaraskan biro-biro serta AJK yang akan terlibat dalam memantau aktiviti serta perkara-perkara yang terlibat.
  • mencadangkan penghantaran surat kepada KRT-KRT diseluruh Zon Semenyih
  • mencadangkan satu mesyuarat yang akan melibatkan wakil-wakil KRT Zon Semenyih yang akan menyertai pertandingan ini (cadangan tarikh pada 16 Mei 2009).
  • cadangan hadiah yang akan diberikan kepada pemenang.
  • Surat dari Jabatan Perpaduan Daerah untuk MPKJ (sewa stadium) serta  mendapatkan kerjasama dari pihak yang terbabit.
Dalam mesyuarat ini SU mengharapkan kerjasama yang jitu daripada AJK yang telah dilantik demi kelancaran pertandingan ini. Diharapkan dari kejayaan menganjurkan pertandingan ini dapat memupuk kerjasama, persefahaman serta hubungan antara KRT menjadi lebih baik. Sekiranya penganjuran ini mencapai matlamat yang ditetapkan, pertandingan ini bolehmenjadi contoh dan diteruskan pada setiap tahun samada oleh KRT Desa Mewah atau KRT yang lain.