BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA
Wednesday, December 31, 2008
Kemudahan Desa Mewah Rosak
Pengambilan Ahli Baru Seni Silat
CAWANGAN DESA MEWAH
LATIHAN BERMULA JANUARI 2009
SILA HUBUNGI: EN. HAZIM - 019-3892372
UNTUK KETERANGAN LANJUT.
SEMUA ADALAH DIALU-ALUKAN.
PERTANDINGAN BOLA SEPAK TERTUTUP DESA MEWAH
Kaunter Perkhidmatan & Sticker Kenderaan
Sunday, December 21, 2008
Keadaan Terbaru Desa Mewah
Adakah anda semua menyukai wajah terbaru Desa Mewah ini? Mungkin ada yang suka kerana nampak kemas disepanjang jalan masuk utama dari simpang tiga hingga ke jalan 21/flat dibelakang.
Pemandangan yang nampak kemas setelah rumput diselenggara.
Kawasan jogging nampak kemas setelah rumput di potong.
Rekaan Baru Untuk Plate Rumah
Saturday, December 20, 2008
Malaysian Book Of Records (Merebus Ketupat)
Friday, December 19, 2008
Blog Update
Monday, September 22, 2008
Langkah Keselamatan Sempena Raya Puasa 2008
- Pasang lampu didalam rumah (ruang tamu) atau depan rumah.
- Pastikan semua tingkap, pintu serta grill dikunci dengan sempurna.
- Pastikan menghentikan langganan suratkhabar kerumah anda semasa cuti raya ini.
- Hantar nama ke RTDM untuk dihantar ke pihak polis supaya rondaan dapat dibuat sepanjang cuti ini.
- Penduduk yang tidak pulang ke kampung dapat memberikan kerjasama membantu untuk mengawasi rumah jiran masing-masing dan laporkan kepada pengawal atau terus ke pihak polis sekiranya ada kejadian yang mencurigakan.
- Pastikan GAS memasak di cabut kepalanya untuk mengelakkan kebocoran gas.
- Sekiranya perlu, cabut semua soket elektrik supaya tidak berlakunya litar pintas.
Pengawal keselamatan akan mengawal 24 jam di pintu utama masuk ke taman ini dan juga pondok di jalan 17. Rondaan akan dipertingkatkan sepanjang cuti raya ini.
Akhir sekali pihak RTDM merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang warga Desa Mewah berikan selama ini dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang dan meramaikan lagi penglibatan warga DESA MEWAH.
Penulis blog ini sebagai wakil pihak RTDM megucapkan;
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
PANDULAH BERHATI-HATI PERGI DAN BALIK KE KAMPUNG HALAMAN ANDA. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.
Semua warga DESA MEWAH dijemput ke Majlis Rumah Terbuka RTDM yang akan diadakan kelak selepas raya ini. Tarikh dan masa akan diberitahu kelak.
Mesyuarat Bulan RTDM 09/2008
Pihak RTDM telah mengadakan mesyuarat bulanannya bagi Bulan September 2008. Ianya telah dipengerusikan oleh En. Zaidi Mohd Hashim (Pengerusi RTDM). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil setiap kaum walaupun agak ramai AJK yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu.
Agenda mesyuarat pada kali ini membincangkan;
- Ucapan kata-kata aluan Pengerusi RT
- Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat bil: 05/08.
- Perkara berbangkit
- Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan
- Pembentangan laporan keselamatan
- Perbincangan persiapan Hari Raya - Kawalan keselamatan, jamuan hari raya
- Hal-hal lain
- Penutup
- Laporan perbelanjaan Sukaneka Desa Mewah yang telah diadakan pada 10/8/08
- Sumbangan kepada surau atas kesudian membenarkan RTDM menyambung bekalan elektrik dan air.
- Penyambungan telefon-bersetuju untuk talian talipon untuk kemudahan penduduk melaporkan masalah dan isu-isu keselamatan terus kepada guard.
- Stiker rumah akan digantikan pada tahun 2009 dengan saiz yang lebih besar dan tertera perkataan "Premis Anda Diawasi Oleh RTDM"
- Laman blog telah diujudkan untuk memudahkan AJK serta warga Desa Mewah untuk mendapat informasi terkini dan juga untuk meluahkan permasalahan kepada RTDM. Alamat laman blog tersebut http://rtdesamewah.blogspot.com/ berserta alamat email : rukuntetanggadesamewah@gmail.com. Warga penduduk Desa Mewah juga dialu-alukan menyumbang untuk laman blog ini dengan info-info yang membina dan bermanafaat.
- Sumbangan RTDM kepada warga Desa Mewah yang ditimpa musibah/kemalangan sehingga menyebabkan kematian telah dipersetujui oleh AJK RTDM.
- Kawalan keselamatan di kawasan Desa Mewah akan dipertingkan dengan mengambil pengawal sementara untuk membantu pengawal yang sedia ada. Kawalan utama di pintu masuk utama serta dipondok dijalan 17 akan diadakan 24 jam serta rondaan yang lebih kerap.
- Penduduk Desa Mewah diharap dapat memberikan nama kepada RTDM sekiranya balik beraya di kampung untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan pemantauan lanjut.
- Pihak Biro Keselamatan RTDM melaporkan ada 2 kes keselamatan di Desa Mewah sepanjang tahun ini sehingga September 2008.
- Kes pecah rumah di jalan 13 - berlaku pada bulan ogos 2008
- Kes curi tayar kereta di jalan 13 - berlaku pada bulan september 2008
Pihak RTDM mengharapkan kerjasama semua warga Desa Mewah agar melaporkan kepada pengawal keselamatan sekiranya ada kenderaan atau orang yang meragukan berkeliaran disekitar taman. Ini akan membolehkan pengawal keselamatan menahan mereka yang berkenaan untuk tujuan pemeriksaan dan soal siasat. Sekiranya perlu, laporkan kepada pihak berkuasa polis dinombor yang disediakan.Clocking device untuk pengawal check points dilokasi yang telah persetujui.
PROGRAM GERAK PADU
Majlis ini disertai oleh 12 kawasan rukun tetangga Zon Kajang dan 19 kawasan rukun tetangga Zon Semenyih. Program Gerakpadu ini adalah bertujuan untuk memantau keaktifan setiap kawasan rukuntetangga di daerah Hulu Langat ini. Pegawai penyelaras untuk KRT Daerah Hulu Langat ini adalah Puan Suziana Hj. Ismail.
Pihak RTDM telah diwakili oleh;
- En. Norman Md Rabani - Setiausaha
- En. Mahadi Salleh - Naib Bendahari
- En. Mutaiyah Pampayan - Ahli Jawatan kuasa
Pihak RTDM juga telah menghantar penyata kewangan dan penyata bank mengikut bulanan yang telah ditetapkan.
Berikut adalah tarikh Program Gerak Padu untuk Bulan Oktober sehingga Disember 2008.
- 20 Oktober 2008 (8.00 malam) bertempat di Pusat Komuniti Taman Asa Jaya
- 08 November 2008 (8.00 malam) bertempat di Kompleks Penghulu Semenyih
- 22 Disember 2008 (8.00 malam) bertempat di Pusat Komuniti Taman Sri Tanjung
Pihak RTDM berharap agar seluruh warga Desa Mewah dapat bersama-sama mengaktifkan rukuntetangga kawasan kita. Segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk.
Friday, August 15, 2008
HARI SUKANEKA DESA MEWAH 2008
Antara Gerai yang menjual pelbagai makanan.
Antara petugas sukarela (Pasangan romantik Desa Mewah Din/June).
Briefing oleh Ketua Penyelaras acara, Cikgu Wan
MC terhebat masa kini DJ Razak.......
Petugas bahagian hadiah & hadiah2 untuk setiap pemenang
Among the 1st acara for the day "Tiup belon sampai pecah" sedang menerima arahan dari petugas untuk memulakan acara.
Lari dalam guni mendapat sambutan yang hangat dikalangan kanak-kanak.
Tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan Hari Sukaneka YB Johan (ADUN Semenyih)
Bacaan doa untuk memohon kepada Allah akan kelancaran Hari Sukaneka oleh Ustaz Zakirin
Ucapan oleh Pengerusi Rukun Tetangga Desa Mewah, En. Zaidi Hj Hashim
Ucapan perasmian oleh YB Johan
Acara merebut gula-gula mendapat sambutan hangat dikalangan anak-anak bawah 5 tahun termasuk ibu-ibu mereka.
Penghargaan kepada penyumbang-penyumbang untuk Hari Sukaneka
Antara peserta-peserta awal yang telah memenangi hadiah bagi acara masing-masing
Guard untuk Unit Keselamatan Desa Mewah yang telah berjaya menggagalkan cubaan pecah rumah serta telah menjalankan tugas dengan baik mendapat penghargaan.
Tetamu kehormat YB Dr. Rosli (Ahli Parlimen Hulu Langat) serta wakil Jabatan Perpaduan Pn. Suziana Ismail
Penyampaian Hadiah Pertandingan Carom Tertutup Desa Mewah
Johan : Shaari 5 minit
Naib Johan : Cikgu Razak (DJ)
Ketiga : Tok Siak
Keempat : Ramli Canggih
Acara mummy berpasangan
Acara makan pisang oleh kaum ibu
Disini pihak RTDM merakamkan jutaan terima ksaih atas kerjasama semua pihak secara langsung atau tidak, serta sambutan yang luar biasa terhadap acara yang dijalankan.
Pihak RTDM juga memohon maaf sekiranya ada atas kelewatan acara serta apa jua kesilapan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penduduk.
Sekiranya ada cadangan yang membina dapatlah disalurkan ke email RTDM atau komen didalam blog ini. Pihak RTDM akan memastikan acara yang akan datang lebih baik & lancar.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.
Saturday, August 9, 2008
MESYUARAT PERLAKSANAAN SUKANEKA DESA MEWAH 2008
Para hadirin meneliti minit mesyuarat lepas yang diedarkan
Kusyuknyeeeee...... Ada yang tak puas hati ke. Hai.. Cikgu senyum je. Dah siap ke tugasan.
Masing-masing rancak membincangkan pendapat.